Assalamualaikum….

Setelah hampir 2 bulan blog ahkak bersawang….akhirnya ahkak berkesempatan untuk membersihkan sawang…hahaha…sorry korang sbb cerita Jepun tak jumpa ending lagi. insyaallah akak cuba habiskan pada dlm 2 entry lagi ni k…enjoy reading!

Bagi yg belum baca entry entry sebelum ini boleh la selak selak page kat belakang yer…rugi kalau tak baca dari awal…tak “feel” org kata…hehehe…actually, menulis ni bukan sahaja untuk rujukan sesiapa yg memerlukan, tapi sebagai catatan memori yang boleh diabadikan sampai menutup mata kemudian hari nanti…insyaallah

Oklah…sambungan dari entry sebelum ni selepas melawat Pink moss, singgah Restoran Ninja dan perjalanan yg mengambil masa hampir 2 jam, akhirnya kami sampai ke Bandaraya Tokyo! so, baki 3 hari 3 malam lagi kami akan habiskan di Bandaraya terkemuka dunia ini. Alhamdulillah berpeluang menginap di tengah tengah Bandaraya Tokyo iaitu disebuah hotel terkemuka, Imperial Hotel. Tq Shaklee menyediakan yg terbaik buat kami. Dengarnya bukan mudah urusan untuk booking di hotel ini.

Imperial hotel Tokyo

The most Famous and Expensive hotel…tapi semua Shaklee yang bayor…

Waktu sampai di Imperial Hotel, kami terus bersiap untuk Gala Dinner yg diadakan di hotel sama. Nasib la dah rehat dalam perjalanan menaiki bas tadi. Semasa Gala dinner kami berpeluang bertemu dengan Dr Kojima iaitu saintis yang mencipta salah satu signature produk Shaklee, Nutriferon. Itulah kenagan manis kami selai¬† dari makanan yang sedap…hihihi. Lepas Dinner, balik bilik dan berkumpul dengan geng untuk pembahagian harta karun (produk shaklee japan yang kami siap siap order sebelum bertolak ke Jepun) hihihi….borak borak…gosip gosip…possing possing…live video…then balik bilik memasing dan tido…hahaha…esok aktiviti lagi!

Bandaraya Tokyo dan Goverment Building.

Hari pertama di Tokyo kami bersiar siar dan melawat keindahan dan landskap sekitar bandar Tokyo. Kami dibawa meninjau suasana sekitar bandaraya Tokyo melalui menara yang terdapat di Goverment Building ditengah tengah bandar Tokyo. Sangat luas. Sangat besar Bandaraya Tokyo. Dilihat dari atas, memang hanya binaan batu dan besi sahaja kelihatan.

Oh ya sebelum tu, malam tadi semasa Gala dinner, kami diberikan kejutan istimewa apabila Presiden Shaklee Japan menjemput kami untuk melawat Shaklee Japan. Memang ditunggu tunggu! Makanya, ada satu itinerary kami terpaksa ditukar kepada Shaklee Japan. So selepas menijau bandaraya Tokyo, kami beramai ramai akan ke bangunan Shaklee Japan pula.

Tokyo, Government building

kami di salah satu menara tinjau di Government Building melihat sekitar bandaraya Tokyo

Shaklee Japan

Teruja sangat dengan peluang yang satu ini. Jika pada tahun 2014 berpeluang untuk melawat headquaters Shaklee di San Francisco, kali ini berpeluang pula melawat Shaklee Japan. Alhamdulillah.

shaklee jepun, shaklee japan, shaklee tokyo

Akhirnya jejakkan kaki di Shaklee Japan.

 

shaklee jepun, kosmetik shaklee

Dapat masuk..kami terjah bahagian kosmetik dulu…hahah…pompuan sangatkannn…

Banyak produk Shaklee Japan yang tidak dijual di Malaysia terutama produk kosmetik. Ada juga produk yang sedang diusahakan utk memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. semoga lebih banyak produk shaklee yang semestinya selamat, semulajadi dan berkesan digunapakai oleh rakyat Malaysia.

 

ireach, japan, tokyo

bergambar kenangan dengan geng Bas B…majoriti Ireach…

 

king crab, tokyo

Makan Tengahari di Restoran King Crab…semua pun ketam….

 

king crab, tokyo restaurant

persembahan makanan yang unik dan cantik…carrot pun bentuk ketam

 

sumida river, cruise tokyo

Sempat merasa menaiki cruise di Sumida River sambil melihat bandar Tokyo yang cantik dan bersih…

 

sumida river cruise, sumida river tokyo

Kak miah sempat posing mengabdikan kenangan di dalam Sumida River Cruise…hehehe

 

Cruise Japan, Sumida river

#IreachJapan bergambar di dalam Cruise

 

subway train tokyo

berkesempatan menaiki fast train di Tokyo

 

train jepun, subway tokyo

kak miah tersepit antara org2 jepun…hahaha…pegi jepun kenalah ada gambar org jepun kan?

 

hardrock tokyo, baju hardrock

inilah yang dinantikan oleh encik suami….buah tangan yg buat mak kopak poket…huhuhu…sib baik 2 helai je

 

 

{ 0 comments }

Assalamualaikum….

Cerita pasal Jepun lagi..hihihi…almaklumlah skrg ni hot kan isu 3 org budak yang buat hal kat Jepun tu…tak nak ulas pasal diaorg tu…cuma nak ckp…sgtlah tak patut seorang yg dah cukup dewasa berperangai macam tu. Malu sgt la pergi negara org dok tunjuk samseng dan buat benda benda jijik mcm tu…jgn buat malu negara wokey!…(korang paham kan isu yg akak dok bebel ni? Kalau tak paham buat buat paham jelah hihi)

Jepun antara negara yg sgt menjaga adab dan tatasusila. Sewaktu sebelum kami berangkat dulu pun, kami ada taklimat khas utk dijelaskan tentang budaya dan adab ketika berada di Jepun. Tak boleh la buat mcm kat negara sendiri. Kenalah hormat bila gi negara org… ” hormat ” tu kita kena bawa kemana mana sekalipun tak kira negara mana.Oklah panjang pulak intro akak…hihi..

Sambung lagi perjalanan kami hari berikutnya. Selepas berpenat lelah penuh keseronokan menyusuri Tateyama Alpine Kurobe Route semalam, hari ini kami akan ke satu lagi tempat yg ditunggu tunggu…ha…tempat ni mmg semua perempuan suka la kot…almaklum, wanita dan bunga tak boleh dipisahkan. Shiba Sakura Flower Festival (Pink Moss). The best place to take a photo!…hahaha….ok, sebelum tu, meh nak citer dari awal pagi kami di Yatsugatake Royal Hotel.

Mcm biasa solat suboh jam 3pagi waktu jepun. Lepas solat suboh leh sambung tido balik…hahaha…nak bagi badan recharge (alasan! Hahaha). Morning call baru bangun n bersiap siap utk meneruskan perjalanan. Oleh kerana di Yatsugatake Royal Hotel ni kami menginap satu mlm jer…luggage mmg tak dikumbahlah malam tu…kuarkan siap siap baju nak pakai je. So esok senang takyah nak packing lagi.

So lepas sarapan, sementara nak tunggu peserta lain siap sarapan, amik gambar dulu depan hotel. Sebelum ke Pink Moss kami akan ke Kebun strawberry dulu hari ni.

Yatsugatake Royal Hotel…menginap 1 malam je disini

 

Cantik kan? hehehe…bunga tulips tu….tema purple kami ari ni

ISHIHARA NOJO STRAWBERRY FARM

Pagi ni makan strawberry puas puas dulu. Sebenarnya, ini bukan musim strawberry pun, tapi pihak syarikat Shaklee telah ambil inisiatif untuk adakan juga sekebun strawberry untuk deligasi kami. Bertuah kan? Very big thanks Shaklee! Tak pernah 2nd class service…mesti 1st class….

So, kat sini merasalah kami makan strawberry free semahu mungkin. Tapi, sengkak perut kalau makan banyak banyak.¬† Yang bestnye strawberry kat sini manis…kalau kecik pun manis..apa lagi yg dah besar dan ranum ranum tu…fuhhh mmg kecur bila teringat balik….bila tengok gambar gambar nih pun telan air liur jelah…hahaha..

Kat Jepun nih..makan strawberry dengan susu pekat, bukan coklat…so pengalaman baru bagi kami. Sedap wo…creamy n juicey giteww…

Kami di Strawberry Farm Ishihara Nojo

 

Jangan terliur ha…hihihi

 

Peliknya strawberry kat sini yg kecil tu pun manis….apa lagi yg besar besar tu…

SHIBA SAKURA FLOWER FESTIVAL (MOSS PINK)

Sebelum ke Jepun lagi asyik terbayang bayang akan tempat ini. Terbayang bayang adegan tarian hindustan..hahaha…dan terbayang juga keindahan latarbelakang gunung Fuji dalam photo photo kak miah. Tapi malangnya, petang selepas kami bertolak dari Ishinara Nojo, awan mendung mula kelihatan. Makanya, gunung Fuji pun malu nak menunjukkan diri. Tapi tetap bersyukur kerana impian untuk jejakkan kaki dan bergambar di Pink Moss akhirnya menjadi kenyataan. Jon layan gambar di Pink Moss!

I love pink!

 

Kalau tak posing banyak banyak kat sini tersangatlah rugi!

 

selagi boleh kita possing !

 

Dengan #360sistur latar belakang pink moss yg sgt indah.

Lama juga kami menghabiskan waktu kat sini…waktu yg dipenuhi aktiviti posing hahaha….puas hati wokey! Bukan senang nak dapat peluang ni. Dan bukannya Pink Moss ni selalu ada je.

RESTORAN NINJA

Selesai aktiviti di Shiba Sakura, kami meneruskan perjalanan ke Bandaraya Tokyo. Agak jauh juga, sempatlah tidur dalam bas…hihihi. Sebelum tu kami sempat singgah makan tengahari di restoran yg ditempah khas oleh pihak Shaklee. Kami panggil Restoran Ninja. Sebab restoran ni sememangnya mengenengahkan sejarah dan tradisi Ninja di Jepun suatu masa dulu.

Singgah makan di Restaurant Ninja dan kehadiran kami disambut oleh seorang Ninja!

 

 

Sorang jer Ninja buat Overtime hari ni…hahaha

Kalau dengan Shaklee perut memang tak sempat nak lapar dah disogok makanan lagi. Asyik makan jelah keje kami. Kat Jepun ni asyik makan seafood. Dari sebesar besar udang hingga sebesar besar ketam semuanya dihidangkan. Bab makan, penginapan memang mewah. Puas hati baq hang!

Makan sedap…seni masakan jepun mmg takleh challenge.

Apa yang paling best di Restoran Ninja ni ialah, tersedia sebuah “Prayer Room” untuk menunaikan solat. Siap tempat wudhuk juga sekali dalam “prayer room” tu. Semestinya bersih dan selesa. Kagum sebentar kemudahan yg disediakan itu. Al maklumlah…ini di Jepun, bukan di Malaysia wokeyyy….sempatlah ahkak bergambar jap..hihi

musollah, jepun prayer room, jepun surau

Prayer room kat dalam Restoran Ninja sgt melegakan kami untuk solat jama’ dan qasar sebelum menerukan perjalanan yang jauh (Tokyo)

 

japan prayer room, mussolah jepun

Tempat mengambil wudhuk sgt bersih.

Selepas makan dan solat kami sempat juga melihat lihat di kedai cenderamata yang terdapat di restoran tersebut. Tapi sebab panjang sangat beratur (kontijen Shaklee jer pun!) ahkak malas nak menunggu lama…so ahkak bersiar siar di sekitar restoran Ninja sebelum naik bas semula. Kami meneruskan perjalanan lagi ke Tokyo!

 

Jumpa di entry seterusnya nanti ya!

 

{ 0 comments }

DESTINASI PERCUTIAN DI JEPUN (PART 3)- TATEYAMA ALPINE ROUTE

New chapter! Morning and assalamualaikum… Lagi sambungan cerita percutian saya di Jepun bersama deligasi Shaklee Malaysia. Hari yang ke 4 di Jepun, Itinerary ialah ke Tateyama Kurobe Alpine Route. The place that we all waiting for! Hahaha…nak main salji u olls…EH sebelum tu korang jgn lupa baca entry entry kak miah sebelum ni yer… Part […]

Read the full article →

DESTINASI PERCUTIAN TERBAIK DI JEPUN (PART 2)- TAKAYAMA & SHIRAKAWAGO

Ok…new page….assalammualaikum… Sambung lagi cerita dari Jepun Part 1 aritu, kali ni kak miah citer aktiviti dan juga tempat yg kak miah dan kawan kawan lawati sewaktu berada di Jepun untuk hari ke 3 pula. Hari ke 3 ni memang happening sgt dan rasa dekat dengan kebudayaan dan tradisi masyarakat Jepun.   Sewaktu kaiseki dinner […]

Read the full article →

JEPUN DESTINASI PERCUTIAN TAJAAN SHAKLEE (PART 1)- TOKI PREMIUM OUTLET, GERO SUIMEIKAN HOTS SPRING RESORT

Assalamualaikum wbt… Lama tak bersiaran. Rindu nak berbloging, ada yang rindu akak tak? hahaha perasan. So sempena bulan baru ni berazam la nak hari hari mencoretkan apa yang patut di blog kesayangan hamba ini. Nak amik mood cerita tentang travel ahkak bulan lepas. Trip bersama group Shaklee ke negara matahari terbit, Jepun selama 8hari. Alhamdulillah […]

Read the full article →

APA MAKSUD ANEMIA SEMASA HAMIL ATAU “HB LOW” DAN APA SIMPTOM ANEMIA SEMASA HAMIL?

Assalamualaikum… Hari ini saya sambung lagi mengenai anemia tetapi pada skop yang lebih kecil iaitu anemia semasa hamil atau mengandung dan simptom simtomnya. Di Malaysia, kita sering dengar tentang masalah anemi atau “HB low” ini pada wanita wanita hamil. Tapi sejauh mana kita menyedari bahawa masalah ini sebenarnya serius atau tidak? Apa itu anemia semasa […]

Read the full article →

CYST SEPERTI MENGANDUNG 7 BULAN KECUT DENGAN VIVIX

Pada hujung tahun 2016, seorang wanita membahasakan dirinya sebagai kak watie, berusia 47 tahun menghubungi saya. Mengadu menghidap cyst yang agak besar. Katanya besar seperti dia mengandung 7 bulan. Size cyst dalam 20cm. Saya agak terkejut juga sebab agak besar dan dia masih tidak mahu melakukan pembedahan untuk membuangnya. Kak watie buat check up di […]

Read the full article →

21 FAKTA TENTANG ALFALFA COMPLEX YANG AKAN MENGEJUTKAN ANDA

Assalammualaikum dan selamat pagi kawan kawan…. Hari ni nak bercerita tentang Alfalfa Complex pula. Ha..raja herba ni sure ramai yang kenalkan terutama bagi wanita wanita diluar sana. Orang perempuan kalau tak ambil alfalfa ni mmg sangatlah rugi….apalagi waktu waktu promo ni (FEBUARI 2017)…double la ruginya..   Rugi kenapa? Ha jom baca nih…. 1. Alfalfa Complex […]

Read the full article →