MENGAPA ANDA MESTI SIHAT?

by azszua03 on 9 October 2012

Kenapa anda mesti sihat? Jawapannya mungkin berbeza bagi setiap individu, antaranya :

Saya SAYANG diri saya – kulit saya cantik, rambut menarik, mata menawan …
Saya berTANGGUNGJAWAB – saya seorang ayah, saya ada keluarga, saya ada kerjaya…
Saya hambaNYA yang TAAT – saya suka solat, rajin puasa, nak buat Haji…
Saya ada CITA-CITA tinggi – saya bakal Graduan, saya mahu jadi Jutawan…
Saya MAHU BERUBAH – saya perokok, saya mengalami obesiti, saya malas bersenam..

Anda boleh menjadikan hidup anda lebih baik dengan MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT, mencegah diri dari risiko penyakit dan membuat saringan awal bagi mengenalpasti dan merawat penyakit sedia ada.

Tapi, tahap kesedaran terhadap kesihatan masih di tahap kurang memuaskan. Masyarakat hanya akan tersentak tentang isu kesihatan bila tiba-tiba ada wabak menular seperti Influenza A H1N1, Meninggitis, Japanese Encephalitis dan sebagainya. Penyakit-penyakit kronik seperti buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan barah pula sudah menjadi ‘biasa’ di negara ini sehingga ramai yang mengambil mudah mengenainya.

Sesetengah penyakit memang sukar dielakkan.TETAPI, alangkah baiknyer jika kita meningkatkan pertahanan diri dan berusaha bagi mengurangkan risiko penyakit yang mungkin diwarisi dari generasi terdahulu.

Masyarakat kita hari ini semakin maju; teknologi berada di hujung jari. Masing-masing berlumba-lumba mendapatkan gaya hidup serba selesa, terkini dan bergaya. Anak-anak kecil pun telah dijinakkan dengan pelbagai gadget dan teknologi. Orang dewasa dan berusia sekarang sudah pandai update status di laman-laman sosial.Tetapi berapa ramai yg sedar tentang masalah penyakit masa kini yg semakin kronik dan berapa ramai yang mengambil langkah “mengelak lebih baik dari merawat?”
Ingatlah bahawa “KESIHATAN ITU LEBIH PENTING DARI DUIT” ….Duit banyak manapun jika kesakitan menguasai….TIADALAH gunanya…
ONE OF THEM ARE HEALTH!

 

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: