GEMUK DAN BUNCIT : ANUGERAH ATAU PILIHAN?

by azszua03 on 10 March 2014

ASSALAMUALAIKUM
Menulis pada larut malam sebegini mungkin lebih banyak yang  merapu..Yang menjadi topik malam ini adalah lelaki  kurus, sederhana, sasa, buncit atau gemuk.Mana satu pilihan anda.??Persoalan ini ditujukan bagi kaum lelaki yang sudah bergelar suami atau kepada para isteri….
Adakah anda selalu berharap tubuh anda sama seperti anda masih bujang ???
( Rasanya saiz kepala macam tak balance dengan badan )
Atau anda selalu berfantasi tubuh anda boleh seperti ini dengan hanya berbaring-baring di hadapan tv..
( perkhh macam ahlil gusti..kalau ghope inile,melekatlah bini teman gamoknya 24 jam )
Walau hakikatnya anda seperti ini atau sedang menuju ke arah ini….
(soalan yang paling stress nak jawap dan rasa nak lempang je muka yang bertanya ialah “Ni dah berapa bulan ni” )
sebenarnya, apa yg menjadi faktor perubahan size badan dan perut kita? yup..semua tahukan….faktor genetik, faktor cara hidup dan juga cara pemakanan kita. Jika faktor genetik, kebanyakannya  tumbesaran berlaku sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Tetapi tidak semestinya ibubapa bertubuh besar akan melahirkan anak yg bertubuh besar juga.
Faktor cara hidup dan pemakanan pula, ha yg ni mmg ramai rakyat Malaysia”Failed” termasuklah saya…hihihi…secara kasarnya kita mmg malas utk melakukan aktiviti aktiviti yg mengeluarkan peluh, tak kiralah dengan berkebun ke, bersenam ke…sbb kita sayang sgt kat lemak lemak kita…hahahaha (sayalah tu). Bila ditanya kenapa tak buat, ramai yg ckp tak sempatlah…takde masa lah…alasan je semua tu…sebenarnya MALAS…betul tak? Tapi, bila sebut bab makan, semua jadi rajin…keluar kul 12 tengahmalam pun rajin jer kalau ajak makan. sebut je kat mana restoran terkenal, yg sedap, sure semua tahu. betul tak apa yg saya ckp ni? saya tahu dah jawapannya…sebab sayapun mcm anda2 semua…hahaha…
 
salah satu makanan kegemaran saya, nasi mandy kambing
( isteri saya paling boring kalau saya ajak makan kat sini..yelah orang melayu mana serasi makanan arab lainlah saya ade sikit-sikt keturun arab walaupun bila bertutur dengung jawa yang kedengaran.)

Selalu orang tanya tak bahayakan kesihatan ke makan selalu nasi mandy ni?..Saya jawab ia lebih membahayakan dompet anda kerana satu pinggan dekat 60 hengget…punyalah suker, sampai kalau boleh tak nak dengar org ckp buruk2 pasal makanan kegemaran saya walaupun sebenarnya saya sedar dan tahu mmg tak bagus utk kesihatan makanan berminyak nih…kolestrol tinggi…hahaha

Tapi, yang ni saya rajin…hihihi
Biasanya selepas makan saya mengambil supplement shaklee Lecithin untuk menguraikan lemak dan alfalfa utk detox selain itu saya mengambil Omega Guard dan COQhealth…dan tentulah pilihan saya Shaklee Supplement. Walaupun sebenarnya supplement mmg tak mencukupi untuk badan menjadi sihat dan mendapat BMI yg sepatutnya, sekurang kurangnya saya menjaga kadar kolestrol dlm badan saya dengan supplement….ini bukan cakap kosong yer…saya ada buktinya..nanti akan saya kongsikan di entry akan datang…

Jadi para isteri janganlan bersedih jika suami anda mempunyai aset seperti saya kerana kata orang tua-tua lelaki buncit setia dan sayang bini. Apa yang perlu pastikan suami anda mengambil supplement sebagai sokongan kesihatan atau utk menurunkan berat badan, supaya supaya suami anda terus sihat di samping anda….
ok kita sambung dilain masa
#prayforMH370
di tulis oleh Penjejak Bayang
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 8 comments… read them below or add one }

ZAINORA BT.YAHAYA March 11, 2014 at 3:40 am

wahhh ade bakat terpendam tulis blog….so pembaca x bosan bacer

Reply

Anonymous March 11, 2014 at 4:00 am

bab badan sasa tuh idaman qalbu haha.. x susah nak kuruskan badan tapi susah nak meintain bdn mcm tuh je.. hehe selamat beramal

Reply

Puan azmiah / En. Huzair March 11, 2014 at 4:07 am

Terima kasih Puan Nora …Hamboiii skemanya ayat ku sejak jadi bloggers..hahahaha

Reply

Puan azmiah / En. Huzair March 11, 2014 at 4:08 am

Berat saya pula senang naik dan susah nak turun..huhuhu

Reply

ladysara84 March 11, 2014 at 4:19 am

Kikiki..tulah kene rajin jalan2 dgn team supermom sister..barulah peluh2…��

Reply

Muhammad Faiz Mohamed Saaid March 11, 2014 at 4:42 am

Alhamdulillah, lama lama kuruslah tuh, rajin minum cinch shake

Reply

Puan azmiah / En. Huzair March 11, 2014 at 7:24 am

Yelah tambah naik ade..Jumpe korang asik makan pastu gossip pastu makan balik..

Reply

Puan azmiah / En. Huzair March 11, 2014 at 7:26 am

Saya memilih utk terus buncit..hahaha Sekarang buncit ada market wooo..saham tinggi.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: