UKHUWAH DAN PERSAHABATAN – HOMESTAY KUALA SUNGAI BARU

by azszua03 on 11 March 2014

Assalamualaikum

Cerita kali ini mengenai percutian mengeratkan tali silaturrahim antara beberapa leaders group Shaklee kami SuperMoms yang menggelarkan diri mereka sebagai Super Moms Sister. Perancangan ini telah di buat hampir dua bulan… dan pada 1-3hb Mac 2014 Bertempat di Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka owner nye Pak Rahman dan Kak Roslina. Ahli supermom’s sister ada yang bertolak dari selatan tanah air iaitu JB, Selangor dan ada yg mmg menunggu di Melaka. Percutian ini bukanlah ditaja kerana segala perbelanjaan di tanggung sendiri tapi kami berbesar hati dapat berkumpul bersama-sama..

Untuk permulaan  saya ingin memohon maaf jika ada dialog yang saya tulis berbeza dengan keadaan sebenarnya. saya hanya mengandai dan memandai dengan melihat bahasa tubuh anda. Andai dialog yang saya tulis tiada kena mengena ,anggaplah ia hanya satu gurauan saja…

 

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Istana Adabi

Pada pertama kali mata memandang ia seperti Istana Adabi…Rupanya inilah homestay Pak Rahman..rasa nak nyanyi lagi iklan Adabi pun ada….Diberitahu tempat ini sudah beberapa kali disewa untuk penggambaran filem dan drama melayu..Sapa tahu suatu hari nanti Shah Rukh Khan pun akan berlakon di sini…

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Wakaf pak Rahman lebih nyaman berbanding Wakaf Cek Yeh yang di tempat lain..

Ternyata wakaf ini lebih nyaman  dan kedudukan yang strategik di bawah rimbunan pokok dan keluasan wakaf ini amat sesuai untuk aktiviti yang membabitkan bilangan yang ramai..Kerusi jua di sediakan disini.Ia di lengkapi kipas dan soket kuasa untuk mendendangkan irama muzik melayu lama..Mata akan segera kuyu jika berada di sini sambil dibelai angin laut yang sepoi-sepoi bahasa…

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Halaman rumput kekal hijau walaupun kemarau

Rumput ini kerap di siram untuk kekal hijau almaklumlah musim kemarau. Sepanjang perjalanan kami melihat rumput yang kering dan mati..Alhamdulillah sekurang-kurangnya mata kami redup melihat kehijauan rumput di sini yg disiram oleh Pak Rahman setiap hari…

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Kelengkapan perang

Khemah celoreng askar ini sentiasa di bawa Master Sifu MKB kemana-mana..Mungkin masa kecil beliau pernah bercita-cita menjadi seorang soldier..

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Menjelang malam yang dinanti

Ini bukan malam pengantin baru yerr.Sebentar lagi sesi post mortem prestasi cycle  lepas. Perancangan untuk cycle baru in juga mahu di analisa…

Homestay sebenar

Di sini kami merasai suasana sebenar homestay kerana homestay sebenarnya kita akan tinggal bersama tuan rumah…Pak rahman atau “man bukit kuda” nama tuan punya rumah ini…Beliau  sedang memanggang ayam dan udang bersama anaknya Azim, untuk kami. Kalau nak mengharapkan kami yang buat sendiri alamat rentungla kerana leka berborak…



homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Sesi menidurkan anak

Sebelum meneruskan sesi S.W.O.T. anak-anak di dodoikan dengan lagu “sedetik lebih” oleh Puan Salwa…Kemudian sesi pun berjalan dengan lancar membincangkan dan menganalisa kekuatan,kelemahan,kelebihan dan peluang yang ada untuk terus berjaya membina empayar masing-masing..

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Capai impian seperti pesawat tempur

“Kita mesti pastikan prestasi anak-anak kita terus meningkat seperti jet” sambil mengisyaratkan tangannya seperti pesawat tempur yang sedang menjulang ke langit
terang Mami Hadhatina..

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Berehat sebentar bersama kit kat

Memandangkan kami berbincang secara santai acara ini di selang-selikan dengan makan dan gossip..Kali ini Puan ainul menjadi tekong kumpulan..



homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
Rahsia akhirnya dibuka

Akhirnya tibalah masa mommy hadhatina membuka satu rahsia penting..
Dengan melindungi sebahagian mulutnya lalu berkata “korang tahu tak bla bla bla bla”
sorry saya tidak boleh tulis di sini sebab rahsia mana boleh bagi tahu..

 
Puan Salwa mendengar sampai terbeliak mata,
Puan Nurul santai sambi menikmati sagu gula melaka,
Puan Sara melindungi sebelah kanan katanya,
Puan Azmiah control cun seperti biasa…

(sekali macam sajak la pulop)



peneman setia

Seperti biasa para suami tekun dan sabar menjadi peneman setia.Taklimat sedang di beri oleh Master Sifu MKB mengenai suami menjadi pendorong utama kejayaan isteri..
Tak lupe jua beliau mengingatkan pada ahli SuperMoms untuk menaikan persen(PENTING) mengikut kadar kenaikan gaji tahunan pegawai kelas satu kerajaan..

 pemenang sukaneka tempat ketiga
Ya,  kumpulan satu telah menyandang tempat ketiga dalam keseluruhan acara.
Kata wakil kumpulan satu “walaupun semua ahli kumpulan satu terdiri dari  kaum ibu tapi kami bangga meraih tempat ketiga”(sebenarnya hanya 3 kumpulan yang bertanding)…

 Wajah riang pemenang tempat kedua
Inilah wajah anggota kumpulan dua tersenyum dan masih terpinga-pinga kerana tidak menyangka mereka di tewaskan oleh kumpulan tiga di dua acara terakhir..

 Juara segala juara
Inilah wajah kumpulan tiga.Walaupun tiga anggota kumpulan ini bertubuh ( sasa ) dan kalah di awal permainan tapi dengan keazaman yang tinggi kami berjaya membuka mata pihak lawan dengan memenangi markah keseluruhan paling tinggi…

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
 Gambar kenang-kenangan Supermom’s sister
Setelah selesai acara sukan, masing-masing masih mengeluarkan tanda protes kerana kalah .Isu botol kemek , juri ada kena mengena dengan peserta dan yang paling hangat ialah  isu perah kain..

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
 berdamai akhirnya
 Isu telah di selesaikan dengan baik akhirnya kerana hadiah nombor 1, nombor 2 dan nombor 3 adalah sama.
Ratu perah kain :Puan Salwa “yearkhhh supermoms “
Puan Azmiah ” peace yooo”

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
 Ke Jakarta jua akhirnya
Akhirnya En Khairul Izwan Ke Jakarta jua walau pun dapat tempat kedua kerana mengikut perjanjian ,syarat nak ke Jakarta harus menyandang gelaran juara. Melihat dari gambar ini adakah beliau sedang solat sunat syukur di atas tangga kerana gaya beliau bersedekap tangan seperti sedang solat.Ini hanya andaian saya sahaja…huhuhuhuhu

 

homestay melaka, family day, jalan2 di melaka, tempat menarik dimelaka
 Berakhirnya acara 
Tamat sudah semua acara..Gambar kenangan untuk cycle baru.Segala perkongsian ilmu akan di manfaatkan insyaallah.Semoga ukhuwah SuperMoms akan terus kukuh dan kami harap generasi GMF akan mencontohi kami..

Kami saling membina empayar perniagaan kami bidang dan produk yang sama..Tapi kami bukan generasi yang saling menjatuhkan dan membunuh pesaing tapi kami generasi baru yang berkongsi ilmu untuk sama-sama bersaing secara sihat untuk terus menuju kemuncak dalam bisness ini.Inilah pengalaman paling luar biasa yang pernah saya jumpa.Kami bukan berkerja untuk sesiapa tapi kami berkerja bersama-sama untuk berjaya.

Syukur pada Allah kerana membuka pintu rezeki kami melalui Shaklee…

sampai disini dahulu
jumpa lagi

di tulis oleh penjejak bayang.. 
Credit to Master Kamarul Bahrin (MKB) for photo
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 4 comments… read them below or add one }

ladysara84 March 11, 2014 at 10:58 am

aduh..sakit perut ketawa…

Reply

Ainul Mustafa March 12, 2014 at 1:32 am

Terbaik la..keras perut gelak jekk..

Reply

nursalwa Ishak April 3, 2014 at 2:26 am

Byk kali baca pun tetap nak gelak.. apsal erkkk aduiii

Reply

nursalwa Ishak April 3, 2014 at 2:27 am

Byk kali baca pun tetap nak gelak.. apsal erkkk aduiii

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: