SATE KAMBING TERBAIK DI DUNIA DI GUANGZHOU

by azszua03 on 23 March 2014

GUANGZHOU 2014
Jumpa lagi setelah lama menyepi….Rasa penat dan sengal-sengal badan masih terasa walaupun hampir 24 jam tiba di tanah air setelah hampir seminggu berada di Guangzhou …Jika disana rasa penat itu dapat diubat dengan sate kambing,  namun disini asam pedas pari lar penawarnya….Sate kambing???…OMG…Antara sate termabeles di dunia…Cewahhh… macamla dah keliling dunia…hahaha (Insya allah,  Penjejak Bayang akan keliling dunia 10 tahun lagi )… tapi barang siapa yang datang ke Guangzhou  tanpa merasai atau menyantap atau paling dahsyat sekali disebut melahap sate kambing ini adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi dikemudian hari…Sebab kat Malaysia takde yang macam ni terkecualilah dia memang tak kamceng dengan kambing atau bahasa yang mudah difahami iaitu anti kambing…

sate kambing, guangzhou, borong china
Inilah kambing yang diceritakan tadi…Emmm maksud aku sate kambing…

sate kambing, guangzhou, borong china
korang boleh pilih nak pedas atau original…Satu cucuk 3 yuan..Kebetulan tengah musim sejuk,jadi memang terangkat le dimakan panas-panas…

sate kambing, guangzhou, borong china
 ” Sedap ke bang…Saya rasa dulu satu boleh…Kalau sedap saya beli banyak…Tapi yang satu ni kira free la”…Tukang jual sate tersenyum mengangguk seolah mengerti walaupun haram sepatah tak faham sebab aku cakap bahasa Melayu…
sate kambing, guangzhou, borong china
Ha, kalau makan dua tangan sekali gus barulah namanya pelahap….Tapi jangan bimbang, kami takla sampai macam tu kerana sentiasa mengekalkan adab dan kesopanan orang melayu…
sate kambing, guangzhou, borong china
( keesokkan harinya di tempat yang berbeza)
Ambil gambar bersama dengan harapan dapat sate lebih…Sekali serius pulak brader nih…
sate kambing, guangzhou, borong china
Akhirnya aku bukak cerita rahsia orang singh kepadanya  barulah beliau tersenyum tersipu-sipu…Oooo kalau cerita macam tu kau faham pulak…
sate kambing, guangzhou, borong china
“Saya pun suka jugak” kata Mia Nurqaseh Outlet Full…Err maksud saya sate kambing ni, bukan cerita rahsia orang Singh tu…
sate kambing, guangzhou, borong china
Saya bukan mahu simbayang arr tapi nak beritahu saya makan empat cucuk…Orang perempuan kalau nak makan jangan lebih empat cucuk…nanti sendawa bau kambing tapi yang lebih penting nanti laki tak dapat makan banyak…hahahaha…
okla cukup sampi sini kisah sate kambing…sambung nanti k…
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 8 comments… read them below or add one }

Muhammad Faiz Mohamed Saaid March 23, 2014 at 5:45 pm

hehehe, terbaik ni, tapi memang cina area area pendalaman yang jual sate ni

Reply

Ainul Mustafa March 23, 2014 at 11:29 pm

Saje je…blh buat org mengidam ni.hehe

Reply

Huzair Bahrin March 24, 2014 at 6:21 pm

tu china muslim faiz..dia punya muka ada ala2 arab pakistan skit…

Reply

Puan azmiah / En. Huzair March 25, 2014 at 1:55 am

Hihi…mula2 rasa mcm nak tapau bw balik…tak jadi sbb benda ni makan panas2 je sedap

Reply

Anne Kay December 7, 2014 at 3:13 pm

Boleh tanya sikit… sate kambing nie area mane?…

Reply

azmiah mohamad January 5, 2015 at 5:05 pm

Maaf lambat reply…banyak jual di zhan xi lu, atau di zhong za ba road…

Reply

ezza azlan April 9, 2015 at 1:22 am

Sekarang dekat malaysia pun dah ada..dkt kl, rawang & s.alam.. tapi diaorg jual atas motor single rider kiosk. ari tu order n diaorg leh anta..baru buat entry ni semalam.

Reply

azmiah mohamad April 17, 2015 at 3:04 pm

oh ya ke? bagus tu…xlah nak ke Gz baru boleh rasa

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: