PENGEMBARAAN SELEPAS 10 HARI KEHILANGAN MH 370 PART-1

by azszua03 on 29 March 2014

 Hookay, jumpa lagi dalam siri menjelajah Guangzhou…Pada 18 hingga 23 March yang lepas kami berada di  bandar Guangzhou…Kali ini saya nak berkongsi perjalanan dari mula persediaan hingga ke akhir…Sebelum bertolak pastikan tiket , passport dan visa lengkap dibawa dan hotel sudah ditempah.Biasanya kami pergi berdua dan  pergi hanya membeli berat bagasi 15 kg dan balik 60 kg…Pastikan anda membawa pakaian anggaran untuk dua hari sahaja kerana selebihnya beli saja disana kerana harga pakaian yang murah…Sila pastikan pakaian yang anda bawa dalam keadaan yang baik…Rasa-rasa kalau seluar dalam tu getahnya dah longgar beli saja yang baru kerana kita akan banyak berjalan disana dikhuatiri ia akan terlondeh semasa anda berjalan…Saya tidaklah berpengalaman sedemikian tapi baru-baru ni pengalaman dengan tali pinggang…
Borong Guangzhou
Pemilihan kasut yang sesuai adalah sangat penting kerana sewaktu berada di sana anda akan banyak berdiri dan berjalan…Kemungkinan anda akan berdiri dan berjalan perlahan-lahan  selama 5 hingga 6 jam tanpa anda sedari kerana khusyuk membelek barang-barang…
Borong Guangzhou
Belum sempat naik kapal terbang pun, baru naik tangga rumah adik di pusat bandar puchong sekali tali pinggang terputus…Hampeh betulla…Terpaksa asik memegang seluar dari terlondeh di sepanjang berada di LCCT dan sepanjang penerbangan…Dua hari di Guangzhou baru beli yang lain sebab hari pertama kami pergi di pusat memborong kanak-kanak…Bayangkan dengan memikul beg dan menolak troli juga terpaksa memegang seluar dari tercicir…Lepas dapat je tali pinggang terus fuhhh lega…

Borong Guangzhou
Semasa perjalanan ke LCCT saya kebiasaannya akan memakan kacang kuda sebagai persediaan untuk terbang…Anda tahu apa kebaikkannya…Andai kata jika di dalam penerbangan itu ada yang kurang ajar melepaskan gas beracun sekurang-kurangnya anda bolehlah membalas…Tapi kali ini punyala tension sepanjang perjalanan 3 ekor beruk che ya nun alip tah dari mana datang menceceh punyala kuat dari terbang sampai mendarat…4 jam wooo…Ingat nak lepaskan senjata rahsia, puas di cuba2 namun tak berjaya..Rupa-rupanya dia nak keluar selepas sehari …Sorry puan Isteri , bagi aroma terapi di bilik hotel…hahahaha
Borong Guangzhou
Waktu pagi memang susah nak cari sarapan kerana kebanyakkan kedai dibuka jam 10 pagi…Jadi kami memang ada membawa bekalan roti dan mee segera sebagai pengalas perut…
Borong Guangzhou
Tepat jam 10 kami tiba di terpat memborong pakaian kanak-kanak…Cam biasa, apa -apa hal yang penting snap gambar dulu, jadi model tak berbayar…
Borong Guangzhou
Lepas borong , berhenti makan dulu di restoran cina muslim…
Borong Guangzhou
Asal gambo dia mesti tengah makan…Di sana takde nasi campur…Lauk dia memang satu macam…Gambar ini ialah nasi berserta daging dan cendawan…
Borong Guangzhou
Haa, inilah hasil tangkapan untuk hari pertama…Shopping dalam masa 7 jam (10 pagi hingga 5 petang ) boleh mencecah RM 10K…

Borong Guangzhou
Malam hari kami makan di Restoran Saba’ yang menyediakan makanan Arab…Apalagi menu mandy ayam dan mandy kambing menjadi santapan…sepinggan mencecah 120 yuan…

Bersambung ke part -2
Jumpa di episod akan datang…

IKLAN BERBAYAR SILA KLIK DI SINI

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 2 comments… read them below or add one }

Akmal Azmi March 29, 2014 at 9:11 am

Sepinggan rm60 jugak, not bad..kat europe mcm ni sepinggan rm100, nanti pi sana kita bwak periuk nasik n beras,.kih2

Reply

Muhammad Faiz Mohamed Saaid March 30, 2014 at 3:37 am

Lepas ni kena pergi kid city, tak pernah pergi sana lagi

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: