IMPIAN PERTAMA TERCAPAI : UMRAH DAN ZIARAH

by azszua03 on 1 April 2014

Assalamualaikum semua…
 Alhamdulillah, berkesempatan menulis lagi…kali ini saya nak kongsikan tentang Impian Pertama saya dan suami sejak menyertai Shaklee.
sebenarnya kami telah lama menanam azam dan cita2 untuk menunaikan umrah. Sebelum kami menyertai shaklee lagi…tapi kekangan kewanggan dan juga kekangan masa sering membuatkan kami terpaksa menangguhkan setiap kali racangan kami untuk menunaikan umrah. Dari tahun ke setehun pakej haji dan umrah semakin meningkat. Simpanan ada, cuma org kata cukup2 jelah utk masa kecemasan…tak pernah berlebihan pun. Sehinggalah kami menyertai Shaklee dan mmg rezeki kami utk menunaikan umrah dengan duit bonus Shaklee barangkali. Alhamdulillah…
Perkara pertama yang saya idamkan dan cabar diri bila saya menyertai Shaklee pada Oktober 2012 ialah…saya ingin ke tanah suci Mekah dan ke Madinah setelah genap 1tahun bersama Shaklee. MATLAMAT saya jelas dan saya tetapkan MASA untuk matlamat saya itu. Syukur kerana genap 1tahun…iaitu pada oktober 2013…duit untuk menunaikan umrah sudah cukup…dan yg paling best dpt pergi bersama dengan Ibu saya sekali…syukur sgt2…walau bagaimanapun pernerbangan terawal ialah pada Januari 2014. Jadi kami terpaksa menunggu. Tiada yg mustahil bila kita ada impian dan usaha….
Maka…pada 23hb Januari 2014 terbang la saya, suami dan ibu ke tanah suci…tiada kata yg dpt menggambarkan kegembiraan saya….Syukur padaMu Ya Allah kerana sudi menjadikan kami tetamuMu…semoga segala amalan kami diterima…
Di KLIA…bersama ibuku menunggu penerbangan ke tanah suci
Masjidil Nabawi….air mata mengalir saat pertama kali menyaksikannya..seolah bermimpi telah berada hampir disisi kekasih Allah
Semakin hampir dengan Raudhah…semakin byk air mata yg tumpah…indahnya perasaan itu…kerinduan yg kuat terhadap Nabi Muhammad S.A.W
Kami bersyukur diberi peluang dan kesihatan untuk menyaksikan bumi suci ini…latar belakang Masjid pertama dibina…Masjid Quba’
Bersama mak tersayang…bila hanya kami berdua bersama2 melakukan amal ibadat…pergi balik masjid…hanya Allah yg tahu apa saya rasa disaat itu…sgt2 sayang mak saya…
Bersama kesayangan saya…selepas selesai tawaf umrah pertama kami…kenangan yg tak mungkin kami lupakan…masa ni hubby lom botak…lom selesai umrah

tara!!!botak sudah…..Selesai saei disafa dan marwah….dan tahalul…alhamdulillah…
umrah dan ziarah, jabbal thur
Jabal thur….air mata murah juga disini…mengenangkan kesukaran yg dihadapi oleh Kekasih Allah demi kasih dan sayang baginda terhadap umatnya…Allahuakbar

jabbal rahmah, umrah
Di Jabal Rahmah…berpeluh mendaki bukit ni…batu2 curam…fuhh….doaku disini semoga kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga…dan semoga kasih sayang Allah tetap bersama kami….Aminn…
Terlaksana sudah impian pertama kami…tanah suci ini menjadi saksi yg kami berjanji jika kami diberikan rezeki dan dijemput lagi ke sini…kamilah antara insan yg paling gembira…dan ia bukanlah terhenti setelah yg pertama…insyaallah ada kedua..ketiga…dan seterusnya…insyaallah…aminn
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 6 comments… read them below or add one }

abu sufian said April 1, 2014 at 10:31 am

Amin yarabbal alamin…

Reply

Muhammad Faiz Mohamed Saaid April 1, 2014 at 10:34 am

Amin

Reply

Ainul Mustafa April 1, 2014 at 10:36 am

Semoga saya & faiz berpeluang ke sana nanti

Reply

noor azmiah mohamad April 1, 2014 at 10:38 am

amin…terima kasih

Reply

noor azmiah mohamad April 1, 2014 at 10:38 am

amin…tq faiz

Reply

noor azmiah mohamad April 1, 2014 at 10:39 am

insyaallah ainul…akak doakan..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: