PENGEMBARAAN SELEPAS 10 HARI KEHILANGAN MH 370 PART-3

by azszua03 on 2 April 2014


Jumpa lagi dalam siri ketiga pengembaraan kami ke Guangzhou.Pada hari ketiga di sini bersamaan hari jumaat 21 March kami ,diawal pagi kami sudah bersiap sedia kerana waktu yang suntuk kerana menunaikan solat jumaat di masjid Saad bin Abi Waqas…Kami bergerak menuju destinasi bernama Zhan Xi Lu…Tempat ini adalah tempat memborong pakaian dewasa berjenama seluruh dunia…Bukan hanya baju dan seluar,pelbagai jenis kasut,beg topi,jam hingga ke peralatan kasino ada dijual disini…Pesanan saya jangan tukar duit anda di sepanjang laluan ke sini kerana risiko anda ditipu adalah sangat tinggi…Mereka mencampurkan duit palsu bersama …
(Ayat -ayat dia berbunyi :hello ,change your money…Malaysia..)

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,
Gambar di atas adalah salah satu kedai menjual sut…Saya membeli dua pasang di sini kerana..tentulah kerana harganya jauh lebih murah walaupun bukan beli dengan harga borong…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

Di sepanjang laluan ini banyak penjaja menjaja pelbagai makanan…Harap maklum, ia bukan makanan halal…Jika anda melihat penjaja yang menjual sate kambing dan roti mereka ada mempaparkan stiker halal ataupun mereka memakai kopiah dan biasanya muka mereka berbeza dengan muka cina -cina yang lain…Tapi bukan halal jakim..Yang penting halal…Diingatkan jika anda ada membeli buah-buahan, ia memang nampak sedap dan segar tapi anda akan ditipu timbangan…Sila bawa kemana-mana timbang poket (ia sangat kecil tapi boleh menampung sehingga 50 kg)…Gambar di atas saya telah di tipu ketika membeli anggur..1 kg bersamaan 13 yuan…Apabila saya ambil segugus dia timbang ,4 kg lebih…Jadi saya tukar yang lebih sedikit dan ringan kemudian dia timbang ,2 kg lebih…Bila tengok dan rasa berat macam tak logik, kebetulan pula timbang kepunyaan saya tertinggal di bilik hotel…So saya bayarlah 26 yuan tapi saya tidak langsung makan kerana mahu menimbang semula di hotel…Bila saya timbang semula beratnya hanya 900 gram sahaja…Lahabau punya nyonya…Esok-esok kalau aku datang lagi jumpa nyonya memang aku sepak  laju-laju dia punya pipi…
penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

Antara benda yang pasti akan kami beli setiap kali ke Zhan Xi Lu ialah lugage ini..Biasalah dah tentu murah,cantik dan berqualiti…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Tiba di hotel dari Zhan Xi Lu saya bertegur sapa dengan warga lebanon…Biasalah bila bertemu dengan en PB ,siapa pun cepat mesra …Setelah berborak kami mengambil gambar bersama…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

Tiba_tiba teman warga Lebanon yang mengambil gambar tersebut berkata ,saya pun mahu mengambil gambar bersama En Penjejak Bayang…hahaha..Nampaknya terpaksalah Puan Mia Nurqaseh mengambil gambar kami…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Laluan ke Masjid Saad bin Abi Waqas…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Kalau nak beli roti ,disilah tempatnya…Dijamin halal…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

Asal nampak sate kambing je mesti singgah…huhuhu Sate ini lebih besar daripada sate di tepi jalan…Harganya secucuk 10 yuan…Ia menggunakan batang besi…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Tempat makan sate juga disediakan…Oleh sebab itu kalau nak pergi masjid ,bolehlah pergi awal …Boleh lepak makan-makan dulu…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Ayam percik beli bungkus bawak balik hotel…Tak larat pasal dah makan sate kambing banyak…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

Yeahhh…Ini lah puff kambing yang sungguh lazizah cakap arab…(sodap bah itu )…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Lepas maghrib turun lobby hotel dan berkenalan dengan mamat ni…Dia dari Egypt Mesir..Datang sini pun memborong gak…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

  Ramai plak yang nak bertegur sapa dengan PB kat lobby ini…Member yang sebelah kanan dari Amman Jordan dan sebelah kiri dari Sudan .Walaupun kami berlainan bangsa,budaya dan pertuturan tapi kami berborak dengan begitu mesra bagaikan teman akrab yang terpisah 10 tahun…Biasalah kalau dah borak-borak begini Incik PB mula la bercerita tentang Rahsia orang Singh…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Malam ini kami menyantap di Restoran Lebanon…Jalan kaki dari hotel dalan 5 ke 7 min…

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

 Malam ni Puan Mia Nurqaseh rasa nak makan pizza…Pendapat sayalah, pizza di sini jauh lebih sedap berbanding pizza hut,Dominos pizza atau papa john pizza..

penjejak bayang , guangzhou , borong , jalan-jalan ,

Balik hotel sempatlah cuci-cuci mata menyinggah di kedai-kedai di pinggir jalan…Semangat tol budak nih…

ok jumpa di siri ke-4 dengan kisah hari ke empat kami berada di sini…
jumpa lagi


IKLAN INI DI TERBANGKAN KHAS OLEH PUAN MIA QASEH…KLIK SINI

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 8 comments… read them below or add one }

Muhammad Faiz Mohamed Saaid April 3, 2014 at 12:51 pm

Hooo entry best , jumpa membertu yang seronok

Reply

Ainul Mustafa April 8, 2014 at 12:56 pm

Sedapnyer pizza 🙂

Reply

..::Mama Chrysalis::.. April 8, 2014 at 3:31 pm

Abang PB cakap omputeh ke dengan kawan baru die tu?

Reply

azmiah mohamad September 12, 2014 at 4:09 pm

Broken je

Reply

Anne Kay December 7, 2014 at 3:27 pm

boleh tak saya dapatkan itinerary puan… atau boleh email saya adziekarmila@gmail.com

Reply

azmiah mohamad January 5, 2015 at 5:08 pm

Belum tahu lagi bila saya mahu kesana lagi…biasa saya xrancang awal pun..bila nak pegi saya pegi je 😉

Reply

eina ahmad January 13, 2015 at 6:46 am

Assalam,

boleh tau tak kat mana nak carik barangan pastry atau bakery?terima Kasih

Reply

azmiah mohamad January 20, 2015 at 3:51 am

barang2 bakery saya tak pasti la puan…belum peah terjumpa lagi…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: