CARA MOHON VISA KE CHINA

by azszua03 on 4 April 2014

Salam semua….

Walaupun semua sedia maklum bahawa hubungan Malaysia China semakin tegang, tapi rakyat Malaysia tidak putus2 berminat untuk mengunjungi negara terbabit. dan seperti saya, China adalah lubuk rezeki perniagaan saya. selain dari menjadi Shaklee Independent Distributor, saya juga adalah peniaga pakaian kanak2. Jadi, sekurang2nya 2 kali setahun saya akak pegi memborong di China. Guangzhou khususnya.

so bila ramai yg tahu saya selalu ulang alik ke sana, ada beberapa org kenalan Facebook yang PM  dan tanya tentang bagaimana nak buat Visa China. OK, meh saya explain kat sini…sebagai rujukan korang la yer…mana tahu nanti teringin nak ke China…Sebelum tu, meh tengok video ni dulu..mana tahu ada “hantu Travel” kat sini kan…

from iReach HD on Vimeo.

Borang Permohonan

Mula2, dapatkan secara percuma borang Permohonan Visa ke China dulu. Boleh walk in terus ke  

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur, 
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection). 
Hamsphire Place Office, 
Jalan Mayang Sari, 
50450 Kuala Lumpur. 
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm) 
Collection : (9am-4pm).

 

atau anda boleh juga download BORANG PERMOHONAN VISA KE CHINA di website

 
Ok, sebelum mengisi borang, pastikan anda menyediakan semua dokumen yg dikehendaki
 
  1. Sediakan sekeping gambar berukuran Gambar Pasport berlatar cerah
  2. Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
  3. Salinan Muka depan Pasport pemohon.
  4. Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah dibooking.
  5. Jika ada tempahan hotel, boleh sertakan satu salinan. Jika tiada pastikan anda tahu alamat tempat anda menginap
  6. Jika yg menyertai lawatan ramai, boleh menggunakan wakil untuk uruskan, tak perlu semua hadir.
  7. Anda perlu memilih dan isikan diborang permohonan anda memerlukan single entry atau double entry. (maksudnya dalam masa 6 bulan jika anda ingin buat 2 kali lawatan, tak perlu mohon visa sekali lagi, pilih double entry)
contoh borang V.2013
jika dokumen yg anda bawa lengkap, anda boleh isi di center shj, tak perlu berulang alik. selesai mengisi borang dan memastikan semuanya lengkap, boleh la beratur untuk mengambil nombor. Urusan submission sekejap shj…selepas pegawai yg bertugas membuat pemeriksaan, anda akan diberi Slip untuk pungutan.
Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja, anda juga boleh membuat pungutan dihari yang sama melalui Ekspress Visa, tapi harganya sudah tentu mahal. Selepas 4 hari, anda boleh datang membuat pungutan dikaunter dengan membawa bayaran dan slip pungutan.
BAYARAN untuk Single Entry ialah RM85….tahun lepas RM 58 (dah naik harga) sementara untuk double entry ialah RM 105 dulu RM 75 shj. so sediakanlah wang mencukupi.

    

contoh visa ke China (dah digunakan)
ok itu shj utk setakat ini, jika ada sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen anda yer…jgn lupa bekalan supplement jika mahu ke China!
boleh bincang dengan saya apa supplement yg patut anda bawa….
kalau nak baca mengenai pengalaman2 kami di Guangzhou, bolehlah klik DISINI
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 30 comments… read them below or add one }

Dania Azally April 7, 2014 at 12:20 pm

yezzz

Reply

noor azmiah mohamad April 8, 2014 at 6:09 am

jom bulan 6 nak?

Reply

Muhammad Faiz Mohamed Saaid April 8, 2014 at 7:53 am

entry yang sangat membantu mereka di luar sana,

Reply

noor azmiah mohamad April 8, 2014 at 9:37 am

alhamdulillah…itulah tujuan utamanya…tq faiz

Reply

Anonymous August 30, 2014 at 9:19 am

Boleh apply melalui pos?

Reply

Anonymous September 6, 2014 at 9:57 am

Aslkum. sy ingin bertanya. adakah ada sesi interview slps buat visa?…dan berapa tempoh siap visa tu ye kak? ..tq.. ^^

Reply

azmiah mohamad September 12, 2014 at 4:05 pm

Maaf lambat reply…by pos xboleh rasanya…tapi biasa boleh upah agen

Reply

azmiah mohamad September 12, 2014 at 4:06 pm

Takde intiview utk visa china. Biasa siap dlm 5hari bekerja jika tiada masalah

Reply

Anonymous November 3, 2014 at 5:02 am

salam puan,

gambar passport berlatar belakang cerah means kaler puteh ke? Biru boleh ke puan?

Emi

Reply

azmiah mohamad November 26, 2014 at 3:24 pm

cerah…biru samar boleh…sebaiknya putih jer

Reply

Anonymous December 15, 2014 at 3:10 pm

salam kak, borang tu btl ke? sbb diborang tu tulis of the peoples republic of china ( for the mainland of china only) lagi satu soalan.. 4hari baru siap? klu xpress haritu juga siap ek..harga brapa kak. ty

Reply

azmiah mohamad January 5, 2015 at 5:12 pm

Mmg itulah borang gg kita perlu isi…jgn risau sbb kat sana mmg ajar macam mana nk isi borang tu step by step..counter customer service pun ada…diaorg akan tolong…kalau express 1hari siap tapi tgk kes rasanya…harga terbaru akak xsure…setiap beberapa tahu akan naik…2015 ni akak lom buat visa lagi

Reply

ros hazrol January 6, 2015 at 1:30 am

salam…saya bercadang hendak ke china bersama isteri dan 2 anak. adakah saya perlu isi borang utk semua (4 borang) atau satu borang sahaja. terima kasih

Reply

azmiah mohamad January 9, 2015 at 4:13 am

setiap sorang satu borang, sama mcm pasport. dan setiap borang bayaran lain2

Reply

Muhammad May 24, 2015 at 4:11 pm

Salam…borang tu kalau nak isi kena taip dalam komputer atau tulis je?

Reply

azmiah mohamad May 25, 2015 at 8:46 am

tulis tangan shj muhammad….xyah guna computer

Reply

kamil kaze June 4, 2015 at 3:07 pm

Salam. Contohnya sy nk g china selasa mlm rabu dpn. Isnin sy nk buat visa. Boleh ke sy dptkn visa dlm hri yg sma dgn alasan dh beli tiket. Prgi utk melancong ja. Pastu hrganya sekitar brpa ya

Reply

azmiah mohamad June 13, 2015 at 5:58 am

saya tak pasti boleh atau tidak dlm masa 24jam keluar visa. rasanya kalau yg express memerlukan visa pun ada reason2 tertentu shj. harga utk 1 visa last saya buat 2 tahun lepas tak sampai rm200

Reply

Anonymous August 10, 2015 at 3:08 am

Tumpang tanya ya puan, saya ada beli tiket sekeluarga utk ke Guangzhau pada 19 November 2015 ni…selama 5hari. bila masa yang sesuai untuk saya dan keluarga pergi ke consul untuk membuat permohonan?
Alang2 bertanya, ada tak hotel murah2 dan senang cari makan yang puan boleh syorkan untuk saya?..hihihi..its a 1st time kami ke sana…TQ

Reply

Nazrul Fendi September 16, 2015 at 2:21 am

Klau wakil yg dtg buat visa boleh x..tp dokumen asal

Reply

azmiah mohamad October 1, 2015 at 6:22 am

sebulan sebelum ke China waktu sebaiknya mohon visa

ada hotel namanya Juzilian Hotel…3 bintang…kat Jei Fang road…sebelah hotel ada restoran muslim

Reply

azmiah mohamad October 1, 2015 at 6:25 am

boleh…asalkan dokumen lengkap…kalau ageng buatkan visa pn boleh

Reply

Anonymous October 11, 2015 at 3:49 am

Jumpa disana ye pn anonymos.. 18 -22 nov sy kat sane.
stay district Yuexiu…Changdi rd.. dekat dgn zhujiang river..
stesen METRO Yide lu

Reply

Anonymous October 11, 2015 at 3:52 am

boleh pakai borang online…isi..save..isi save…(max 30days die save) sampai siap isi then print..sign… hantar.. setiap kali nk buka smula kene isi no rujukan borang tu..
ini khas bagi yg tulisan tak lawa..kikihhhh…

Reply

akmal izyan October 31, 2015 at 4:41 pm

kalau collect visa pada hari yg sama agak2 berapa harganya?

Reply

akmal izyan October 31, 2015 at 4:42 pm

kalau collect visa pada hari yg sama agak2 berapa harganya

Reply

Anonymous November 6, 2015 at 3:23 pm

salam sy nak tanya, contohnya kalau visa sy dah siap tp sy nak ambik lewat dua minggu boleh ke?

Reply

Nickunpai November 22, 2015 at 4:42 am

Kak, kalau nak senang guna ejen ni http://www.tripvisa.my . Mereka cuma nak visa form,passport dan gambar je. Lain-lain macam flight booking ke hotel voucher ke tak payah. Siap pungut passport dari customer dan hantar balik, percuma. Nak buat 3 tahun multiple entry pun boleh. Tapi mahal la. Tak semua ejen boleh buat 3 tahun multiple entry. Hanya 3 atau 4 ejen je yang dapat privilege ni.

Reply

Nickunpai November 22, 2015 at 4:43 am

tambah lagi RM280.00

Reply

Nickunpai November 22, 2015 at 4:44 am

Boleh. Tapi jangan bagi resit hilang.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: