AKU BEBAS DARI KETAGIHAN ROKOK!!

by azszua03 on 9 April 2014

Adehhh…Lamanya tak menaip…Ape chegite nak kongsi nih…Pasal rokok buleh…Rokok ini bukan masalah boleh berhenti ke idak yang menjadi persoalan utama, tapi nak berhenti ke tidak…sebolum tu meh tengok video saya nih….saya share apa yang saya dah lalui….

Kebanyakkan perokok tegar ni sayang untuk meninggalkan tabiat mereka…Ye lah selagi belum sakit kronik, mana nak timbul kesedaran tu…Kalau dah doktor kata anda menghidap kanser bla3… baru nak menyesal…Antara alasan  yang selalu kita dengar perokok yg sayang sgt nak berhenti beritahu :

 
“Kalau nak mati, tak isap rokok pun mati gak…
“Orang kampung aku isap rokok sampai umur 70 tahun ok jer…
“Alah ade jer aku tengok orang tak merokok kena kanser…
“Biarlah…Isap rokok jer pun bukan isap ganja ke dadah ker…
“Isap rokok buleh dapat idea…Hilangkan stress…
“Biarlah …Duit aku, bukan mintak kat kau pun …”
Alasan di atas merupakan antara alasan yang selalu di gunakan oleh perokok tegar termasuk saya satu ketika dahulu…hihihi…Saya mula kenal rokok sejak umur 5 ke 6 tahun…Selalu curi curi rokok pakcik saya…Port selalu ialah bawah tangga…Masa tu rokok daun tanpa tembakau…Tak pandai tarik pun…
rokok daun
Berusia 9 tahun dah advance sikit…Dah kenal gudang garam balak merah , suria , Djarum, White horse , benson & hedges , lucky strikes , camel , 555 dan bla-bla-bla…Masa tu dah pandai tarik dalam-dalam…Perkhhhh asap keluar kat hidung….Gempak ahhh…Port mandi sungai lepak bawah jembatan….
rokok dulu-dulu
 
Tingkatan 1 dah pandai pilih jenama yang bujang sket, Marlboro…Masa tu rokok 20 batang baru berharga rm 3 hengget lebih sket…Tingkatan 3 bersekolah di Ulu Tiram dah merokok berjenama dunhill…

 

dunhill pelbagai saiz
(gambar di atas dunhill 7,10,14,20,40 )…

Mak selalu marah dan cakap masih sekolah dah pandai isap rokok…Kalau dah kerja dah pandai cari duit sendiri lainlah…Saya anggap itu satu cabaran dan lesen besar…Start berkerja saya terus merokok di rumah dan di hadapan mak sambil berkata dalam hati sekarang saya dah berkerja…Pastu mak cakap kalau tak merokok lebih baik…Sia-sia jer bakar duit…

 
Pantang jumper rokok yang pelik-pelik saya mesti beli…Kalau pergi Langkawi benda utama yang saya cari ialah jenama rokok yang ada di negara-negara lain yang tak ada di Malaysia…Antara yang saya ingat ialah red devil dan black devil…
rokok langkawi

 

Pantang ade duit lebih saya suka mencuba pelbagai cerut…Dari harga sebatang rm 3.90 beli di 7 eleven hingga Rm 50++sebatang  di kedai khas menjual curut…

 

cerut, cerutu, seven eleven
Kalau dunhill pantang ada keluaran baru atau limited saya mesti beli…Tak kira fine cut ker, green leaf ke tok nenek ape ker…mesti beli…kadang- kadang tu ade gift lighter…
rokok sedap ,dji sam soe, dji sam soe emas
Dan macam-macam jenis rokok yang saya hisap…Ada yang power dan ada yang power giler pastu susah nak cari antaranya dji sam soe emas…Kesedapan masih terasa di rongga tekak hingga kini…
Lepas kahwin biasalah puan isteri asyik membebel jer…Bilalah nak berhenti, tak puas-puas ke isap rokok dah bertahun-tahun…Rasanya janji ngan bini nak berhenti dah berapa kali tapi mesti gagal gak…kadang-kadang tahan sebulan, kadang-kadang tahan 2 minggu dan kadang-kadang berhenti depan dia jer blakang isap macam biasa…Kantoi dah berapa kali dah sampai dia selalu cakap ni janji munafik ni…Huhuhu sentap gak dengor…saya sampai pegi klinik berhenti merokok dengan kemahuan saya sendiri…Alhamdulillah… tahan 2 bulan ,pastu isap balik…Arghhhh


Akhirnya saya mencuba cara terbaru untuk menggunakan e-cigarette…Mula-mula saya beli ngan member yang paling kecil sepasang…Ada tiga perasa, layan gak…Asap tak berbau, tiada puntung dan habuk bertaburan ,badan dan mulut pun tak bau rokok…best kan…
e-cigarette
Rokok ini dikatakan kurang merbahaya kerana tidak mengandungi tar…Tapi bila di periksa kandungan nikotinnya agak tinggi berbanding rokok biasa…Rokok ini tidak dapat lekang dari tangan dan di hisap terus menerus menyebabkan puan isteri membebel lagi…”negara pencipta menatang ni, China pun mengharamkan penggunaan benda nih”…yelah, kalau kitaorg gi china, takde sorangpun yg kami jumpa pakai benda nih…kalau kat sini melambak2…

Masalah saya ialah rokok ini terlalu kecil dan asapnya tidak terlalu banyak. Maka misi pencarian e-cigarette baru bermula…walaupun masih kena bebel ngan puan isteri….hihi..
e-cigarette
Lebih kurang cengginila ghopenya e-cigarette yang di beli…
Perkhhh memang power ranger la…
liquid e-cigarette
Pastu ada masalah juga bila pakai e-cigarette ni, ingat dah oklah. Inilah masalah utama saya sebagai pengguna e-cigarette… Pantang jumpe liquid mesti nak beli pelbagai jenama dan perasa hingga stok sampai sebeban banyaknya (coffee, mocha, cappucinno, vanila, tiramisu, chocolate, espresso, peanut, butter, ice cream, chocolate mint, rasa buah durian, pisang, laici segala jenis tuk nenek berry dan tak hapa-hapa lagi perasanya)…Rasa sket kalau tak berkenan memang terbiar le jawabnya…

Mula-mula terpaksa mengambil kandungan yang ada nikotin untuk menampung keperluan nikotin dalam badan…Tapi lama kelamaan saya tukar kepada yang non nikotin…Memang tak umphh pasal rasa kosong jer tapi terpaksa isap juga pasal dah jadi tabiat menghisap walaupun dalam hati rase macam menyampah gak isap bende nih lama-lama sebab ada asap tapi rasa kosong pasal non nikotin…

Nak dijadikan cerita apabila saya ,isteri dan rakan group shaklee saya Supermoms & superdad berkunjung ke USS, Singapore (Universal Studio Singapore) tiba-tiba saya ditahan oleh kastam kerana membawa e-cigarette nih…Singapore melarang penggunaan e-cigarette…Diberi pilihan antara patah balik johor dan tinggalkan e-cigarette ni dan masuk balik atau terus masuk dan membiarkan e-cigarette ini dirampas…Tanpa berfikir panjang saya membuat keputusan biarlah ia dirampas walau sakit  hati pasal benda ni boleh tahan mahal gak…

Selepas kejadian itu saya terus tak nak melihat  apa saja yang berkaitan e-cigarette kerana bengang… Semua liquid yang bertimbun-timbun, filter dan pelbagai tank saya beri pada orang ….

Alhamdulillah semenjak dari peristiwa itu saya terus bebas dari aktiviti merokok…Mungkin itulah hikmahnya yang saya dapat …Kawan baik saya yang sebelum ini kerjenya mengondem saya kalau nak berhenti merokok, sekarang pun dah bebas dari merokok itu pun sebab ada masalah jantung…baru nak berhenti, tapi Alhamdulillah boleh pun berhenti…Cuma lebih baik berhenti sebelum anda di sahkan berpenyakit kronik…Alhamdulillah juga sebab kami diperkenalkan dengan supplement shaklee yg mana pada saya banyak membantu dalam proses berhenti merokok saya dan kawan baik saya tersebut. anda boleh baca supplement yg saya dan kawan saya ambil di sini.


Tepuk dada tanyalah hati…Sampai bila harus meneruskan benda yang sia-sia…Bertahun-tahun membakar duit…Bertahun-tahun meracuni tubuh badan sendiri dan keluarga…Rokok memberi idea??? Bertahun-tahun anda dapat idea tak jadikan anda seorang yang kaya pun…Malah anda lebih kaya bila tidak merokok then boleh la beli supplement untuk diri dan keluarga dari beli rokok kan?…Tiada lagi bermuka tebal meminta rokok sebatang atau meminjam lighter…

Apabila anda berhenti merokok, secara sendirinya anda benci perokok, anda akan rasa rokok itu sangat busuk, anda akan marah orang merokok di kedai-kedai makan atau tempat awam kerana tidak prihatin kepada orang lain, anda akan mula mencari kawan2 yang tidak merokok dan anda akan rasa lebih sihat tentunya…alhamdulillah….aminnnn

Mula cuba-cuba merokok umur 5 tahun 
Mula merokok umur 9 tahun
Mula aktif umur 13 tahun
kahwin umur 23 tahun
Berhenti umur 33 tahun

jumlah tahun merokok = 25 tahun
jumlah tahun kena bebel pn isteri = 10 tahun

SAYA PILIH UNTUK HIDUP SIHAT!!

korang, jomlah sama2 hentikan tabiat buruk merokok nih….sudah2lah tu…
Jom baca tips berhenti merokok

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 5 comments… read them below or add one }

Muhammad Faiz Mohamed Saaid April 9, 2014 at 4:01 pm

rokok oh rokok,

tips terbaik, semua patut baca

Reply

royanty baruddin July 2, 2014 at 12:37 pm

Terbaik

Reply

azmiah mohamad September 18, 2014 at 4:56 pm

Hihihi..tq yanty

Reply

azmiah mohamad September 18, 2014 at 4:56 pm

Tq faiz

Reply

AZENI AHMAD August 10, 2015 at 10:08 am

Hehehe..
Siap ada calculation brapa lama bebelan isteri kan.
Suami saya oun bebas rokok dah.
Yang penting kemahuan je.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: