JOGJA – JAKARTA : KEPERLUAN ASAS SEBELUM TRAVEL

by azszua03 on 19 April 2014

Pukul 2pagi….aku masih bergelumang dengan baju bajan dan all the stuff utk packing. Oh lupa nak beritahu…kami akan ke Jogjakarta 3 hari dan Jakarta 4 hari dari 11-17hb April ni..eh hari ni la nak berangkatnya…tinggal 8jam utk berkemas sebelum bertolak ke LCCT. Actually baju bajan dan siap masuk luggage. Tinggal small2 things je lagi. Tulah..selagi lom berangkat selagi tu rasa ada jer benda nak diangkut sekali…mau xcukup beg nak bw nanti..hihihi..gurau jer…
Saya nih mmg suka packing last minute…mmg setiap kali travel la…actually dah biasa travel so xdelah kekok…kalau dulu mula2 nak gi oversea….mmg seminggu sebelum dah start packing…excited terlebih kot…tapi now…esok nak pegi mlm tu baru terkial2 la nak packing…macam sekarang ni…hahaha…korang jgn tiru aksi2 tak bagus ni tau….
sebab dah biasalah kami xkisah sgt kalau ada brg2 yg tertinggal…kadang2 tertinggal kain pelikat hubby nak solat la…kain batik saya la…but take it easy…small matter jer semua tu…bukan apa..kadang2 tertinggal berus gigi pun ada yg nak nanges…aper susah..korang ingat org negara lain tu tak gosok gigi ker…beli jerlah…sure kat kedai runcit ada …bw duit byk2 syaratnya…budget org kaya pi melancong la…hahaha…
tapi, kalau rasa nak jimat..packing awal2…buat list semua brg agar xde yg tercicir…sendiri mau ingat la yer..hihi…
Ok utk malam ni selain baju bajan…benda2 basic yg perlu saya bawa ialah toiletries seperti berus gigi (asyik beli baru jer sebulan 2kali travel 2kali beli, tak termasuk yg kat rumah), ubat gigi, sikat, Nutriwhite gentle deep cleanser shaklee (wajib) dan shampoo botol kecil (saya xboleh guna shampoo yg disediakan hotel). Selain itu juga benda wajib walau kemana pun saya pergi saya akan bawa iaitu supplement shaklee…ha..nak jalan byk lihat negara org badan kenalah segar…antibodi kuat dan sendi otot semua bersedia…Nutriferon, Ostematrix, Coqhealth dan Vita C SR….lengkap dah rasa kalau all this masuk dlm luggage….hihihi
 keperluan asas saya bila travel
  
supplement shaklee pelengkap perjalanan
Apapun yg paling penting pasport dan itinerary jgn pulak hangpa tinggalkan yer…tu kalau tinggal kompom la kena balik semula xleh terbang…hihihi…pasport tu mesti pastikan tarikh luput lebih 6 bulan dari tarikh anda kembali ke tanahair.

Sampai di Air port teruslah check in, sebolehnya sampai 3 jam sebelum waktu berlepas untuk perjalanan international supaya urusan Check in dan drop luggage dibuat awal  dan 2 jam sebelum berlepas untuk perjalanan domestic. Jangan lambat terutamanya penerbangan Air Asia.

lepas check in, dapat boarding pass…simpan elok2..nak berlepas perlu boarding pass wokey…
Sambungan pengalaman kami travel boleh click disini
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: