KOPI LUWAK KOPI TERBAIK DAN TERMAHAL DI DUNIA

by azszua03 on 22 April 2014

Jumpa lagi setelah lama tidak menulis.Baru-baru ini saya dan isteri bersama-sama SUPERMOM SISTERS liburan ke Yogyakarta dan Jakarta dan sambil-sambil mencari idea dan melihat-lihat peluang… Kami dapati potensi di INDONESIA ini  sangat besar untuk memperkembangkan empayar SHAKLEE kami tentunya di bawah payung MBAK SUPER…Semasa liburan di Yogya kami dipelawa melihat industri pembuatan kopi luwak di Jogja…Kopi luwak adalah kopi terbaik dan termahal di dunia…Dikatakan di Amerika kopi ini dijual sekitar USD350 perkilo…Bererti 1kg bernilai RM1k+++…Apa yang menarik tentang kopi luwak ini mari kita saksikan…

Ini adalah perusahaan menghasilkan Kopi Luwak Mataram…Mataram ialah nama kerajaan terdahulu sebelum ditukar  menjadi yogyakarta ataupun jogjakarta…Perusahaan ini tidak berapa besar kerana Kopi Luwak yang dihasilkan dari proses fermentasi semula jadi dalam pencernaan luwak (musang) ini dikatakan hanya 250kg setahun di seluruh Indonesia  menjadikan ia kopi termahal dan terlangka di dunia…
kopi luwak, indonesia, jogja, yogya, yogyakarta, jogjakarta
Di sini ada beberapa ekor luwak(musang) untuk pameran pengunjung…Luwak ini dipelihara di kebun-kebun kopi…Luwak ini hanya memakan buah-buahan dan kopi…Dikatakan luwak ini hanya memakan kopi yang paling manis dan terbaik sahaja….Setelah 8 jam di dalam perut, ia akan keluar melalui proses fermentasi biasa…

Inilah biji kopi yang keluar dari luwak tersebut…Biji kopi ini tidak bisa terhadam oleh perut luwak tersebut kerana ia terlindung oleh tempurung yang agak keras…Perut luwak hanya mampu menghadam luaran kopi yang manis dan lembut  sahaja dan tempurung kopi ini akan keluar semula…Satu lagi ia sama sekali tidak berbau…
Ini tempurung biji kopi yang sudah dicuci lebih 10 kali…proses ini dilakukan menggunakan air dan tangan kerana tidak mahu tempurung kopi ini pecah ini…
kopi luwak, indonesia, jogja, yogya, yogyakarta, jogjakarta
Setelah dicuci ia dipilih semula untuk memastikan tempurung yang tidak retak atau rosak sahaja dipilih…Setelah itu ia dikupas untuk mengambil isinya sahaja…proses ini juga menggunakan tangan sepenuhnya untuk memastikan biji kopi ini tidak pecah dan berkeadaan baik…
kopi luwak, indonesia, jogja, yogya, yogyakarta, jogjakarta
Setelah itu biji kopi ini akan dipanggang secara perlahan-lahan selama 3 jam…Proses ini menggunakan mesin untuk memastikan biji ini dipanggang secara rata dan sempurna…
kopi luwak, indonesia, jogja, yogya, yogyakarta, jogjakarta
Inilah kopi yang telah siap dipanggang…Gambar sebelum dan selepas dikisar…anda boleh membeli biji kopi yang belum dikisar atau yang sudah dikisar…Apabila dibuka penutup kopi ini aromanya memenuhi segenap ruang…Kopi arabica ohhhhhhh  ohsemmmmm….

kopi luwak, indonesia, jogja, yogya, yogyakarta, jogjakarta
Tempat duduk ini disediakan untuk pelancong…Anda diberi minum secara percuma… Mahu kopi luwak tanpa gula, gula putih atau gula perang…Terbaikkkkk
kopi luwak, indonesia, jogja, yogya, yogyakarta, jogjakarta
Akhir sekali inilah model kopi luwak mataram yang paling “cakep” di Jogja…hehehe….
Sebelum terlupa ada yang bertanya hukum meminum kopi luwak ini…Hukum meminum kopi luwak ini adalah HARUS…Ia bukan najis tetapi di ketagorikan sebagai muttanajis, iaitu terkena najis dan apabila disucikan ia boleh di minum…Di sini saya sertakan pengesahan minda eksukutif halal dan majlis fatwa kerajaan indonesia dan malaysia…Selamat menikmati kopi luwak…Slruppppp perkhhhh terbayyekkk…

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: