SUDAHKAH USAHAMU SEBESAR IMPIANMU?

by azszua03 on 22 April 2014

Salam sejahtera semua…

Ada yg mengeluh hari ini, ada yg berputus asa hari ini dan ada yang patah semangat hari ini…”kenapa dah seminggu aku takde sales”…”kenapa semua pelanggan cancel order?” “kenapa takde orang tanya pun tentang produk?” kenapa…kenapa dan kenapa….
Jangan tanya saya semua tu, tapi tanya diri anda sendiri… Berapa lama usaha yang telah anda lakukan? Apakah usaha anda itu sudah cukup besar untuk mencapai impian anda? Apa yg telah anda korbankan untuk capai impian anda? berapa byk pula alasan yg anda berikan? jawab dengan jujur pada diri anda….
Adakah usaha untuk mendapatkan segelas juice apple SAMA dengan usaha untuk mendapatkan segelas air kosong? sudah tentu tidak bukan? yg sedap, yg enak, yg nikmat itu tentu lebih byk usaha diperlukan. begitu juga dengan IMPIAN kita, lebih besar impian kita, lebih besar juga USAHA yg perlu kita buat. Bukan goyang kaki dan nikmat2 itu dtg kepada kita.
Dalam Islam juga kita dituntut menjadi seorg mukmin yg kuat minda dan akalnya, yang tidak mudah berputus asa, kita diminta menjadi mukmin yg memberi manfaat pada org lain dan pada diri sendiri terutamanya. Jadi, bagaimana kita boleh membantu orang lain jika diri sendiri pun tidak kuat, tidak semangat dan tidak berusaha? Insyaallah, Allah telah menjanjikan rezeki buat mereka yg berusaha…janganlah cakap “kalau dah takde rezeki nak buat mcm mana….” itu hanya kata2 bagi org yg malas berusaha…Allah S.W.T Maha Adil, Maha Penyayang, Jika besar usahamu…besar juga hasilnya…jika usaha pun mcm melepas batoq di tangga…janganlah harapkan impian akan tercapai…
Renungkanlah wahai sahabat….

Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Orang mukmin yang kuat (dalam iman dan tekadnya) lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan masing-masing (dari keduanya) memiliki kebaikan, bersemangatlah (melakukan) hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mintalah (selalu) pertolongan kepada Allah, serta janganlah (bersikap) lemah…”. ( HSR Muslim (no. 2664).
Perkara utama yg pasti kita tidak boleh apla ialah DIA. Jangan lupa pada yg Maha Kuasa…kita usaha sehabis2nya dan kemudian bertawakal…bukan bertawakal sebelum usaha sehabis baik….sepanjang berusaha jangan lupa berdoa, meminta padaNya, jangan juga lupa amalan2 rohani yang lain seperti solat Dhuha, Zikir, Isthigfar dan juga solat Hajat…jadilah Mukmin yg dikasihi Allah SWT…insyaallah perjalanan kita menuju Impian dunia akhirat kita akan dipermudahkan…
oklah, setakat ini dulu saya menulis, buat anak2 GMF jgn lupa #RCA, usaha sehabis baik…kalau ingin impian2 kamu tercapai….pedulikan apa kata negetif org lain, yg penting kuatkan hati dan minda kamu. Yakin perkara2 baik akan datang kepada kamu jika itu yg kamu usahakan. Kejar impian mu!
motivation, motivasi, shaklee, gmf group, supermom sisters
salam sayang…
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: