JOGJAKARTA-JAKARTA PART 2

by azszua03 on 24 April 2014

hari kedua, kami semua ke KRATON YOGYAKARTA….tempat apa? Kraton bermakna Istana. sekarang nih yg memerintah ialah Raja Yang ke 9. Kami hanya dibenarkan melawat dibahagian2 tertentu istana sahaja. melihat bekas2 tinggalan dari kerajaan2 terdahulu. Sejarah Malaysia pun tak berapa mahir, so tak beranilah nak citer lebih2 sejarah negara orang…hihihi
 nenek ni umur dah 70 tahun masih setia berkhidmat di Istana.

En. PB khusyuk mendengar penerangan.
sebelum berangkat ke tempat lain kita bergambar dulu utk kenang2an

selepas penat menjelajah kesegenap Kraton yg luas tu, kami pun ke Taman Laman Sari, tempat bersiram dan bermain puteri2 raja. Tapi saya tak turun pun dari kenderaan, so takdelah capture sebarang gambar disana. Perut pun dah keroncong, kelaparan, kami teruskan perjalanan ke tempat makan. Jauh juga perjalanan dan akhirnya berhenti di BUMBU DESA. terbaik tempat nih, makan nasi padang….sgt menepati citarasa, katanya ada cawangan di Malaysia ya pak?


 Singgah lunch di Bumbu Desa…serius sedap!
Selesai mengisi perut…kami teruskan lagi perjalanan….memandangkan hari ni hari terakhir di Jogjakarta, kami dibawa ke tempat “shopping”…hihihi beli cenderamata sikit untuk kenang kenangan disini…DAGADU DJOKDJA…kalau cari t-shirt atau cenderamata kualiti bagus2 boleh cari disini. Oh ya, sebelum beli cenderamata tu kami singgah di Universitas Gajah Mada…Universiti yg terkenal di Indonesia. Singgah masjid untuk solat jamak. hihi…bukan melawat universiti tu pun….

kapan ke jogja lagi??
Malam terakhir kami di Jogja kami ingin abadi sebagai kenangan terindah. Dari petang tu kami habiskan masa di RATU BOKO. Atas bukit ni mmg pemandangan sangat cantik dan indah….Subhannallah…oleh lihat perkampungan yg permai dan mendamaikan…oh ya Ratu Boko nih adalah salah satu tempat yg startegik dan unik untuk menyaksikan matahari terbenam. tapi sayangnya kami tidak berpeluang menyaksikannya kerana cuaca petang itu mendung dan agak berjerubu.


 pemandangan indah dari atas bukit Ratu Boko


kebetulan masa kami sampai ada persembahan kesenian Jawa, org tepi tu mula2 duduk jer..lama2 join sekali…Jawalah katakan… 



  Dicandi Ratu Boko

Selepas makan malam di Ratu Boko kami sempat singgah shopping di Maliboro sebelum balik ke hotel…Maliboro adalah tempat shopping barang2 cendera mata, t-shirt dan yg berunsurkan Jogjakarta.


Maliboro…pusat segala macam cenderamata
Andong, atau kereta kuda adalah salah satu jenis pengankutan di Jogjakarta.
Selepas shopping serba sedikit, kami pulang ke hotel. Ada yg memilih untuk menaiki Andong untuk pulang ke hotel, saya dan suami beserta 2 orang agent pelancong hanya berjalan kaki ke hotel…tak sampai 10 minit berjalan kaki. so lain kali senang la kalau kami nak kesini sendiri. sampai hotel mmg flat kepenatan. tapi terpaksa berkemas dan packing barang dulu sebelum tidur. kerana esok selepas subuh dan sarapan kami akan terus bertolak ke Stasiun Keretapi untuk ke Jakarta.
hari ke 3 di Jogjakarta, kami menuju ke stasiun keretapi seawal jam 7.30 pagi selepas sarapan. walaupun jarak antara hotel dan stasiun dalam setengah jam sahaja, tapi kami keluar awal bagi mengelakkan “macet” atau kesesakan lalulintas.
 
Walaupun 8jam perjalanan menaiki train, ia sgt menyeronokkan. serius! tak sama mcm naik Air Asia walaupun 2jam je…hihihi…saya 1st time naik train…even kat Malaysia pun xpernah….cuma kat Guangzhou China penah naik Metro (Train Electric) tu…tapi pengalaman mmg tak sama, apa lagi excited sbb ngan geng2 dan half geng lagi dah menunggu di Jakarta. Perjalanan yang sungguh menyenangkan…Jom cuci mata tengok pemandangan sepanjang perjalanan menggunakan train Yogja-Jakarta.

insyaallah bertemu lagi JOGJAKARTA!! 
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: