KEMANISAN SEBUAH PERJUANGAN

by azszua03 on 24 April 2014

 

Pada mulanya sajak ini ditulis khas untuk si isteri tercinta…Mengajar ia erti berdikari, tidak bergantung pada sesama manusia dan memberi semangat bahawa dia bisa mengejar semua mimpi-mimpinya sendiri…Alhamdulillah ia sedikit sebanyak memberi inspirasi kepadanya…
Hari ini saya kongsikan sajak yang saya beri padanya di tahun 2010 semoga memberi sedikit sebanyak terkesan di hati anda…terimalah…

Menyingkap dari sebuah kenescayaan

Menghindar dari sikap kebergantungan

Biar suram mula mewarnai pandangan

teguh  menerus langkah perjuangan

Walau terhalang sejuta rintangan

Tekad hati merubah kehidupan

Erti apalah sebuah perjuangan

Jika tidak di susuli pengorbanan

Biar titis darah mewarnai lautan

Biar lantera menyala seribu amaran

Segenap raga telah ku pertaruhkan

Kerna kibar panji kemenangan telah kelihatan

Bahawa esok bakal menjanjikan

Erti kemanisan sebuah kemenangan

Dari segunung harapan… 

 

Nukilan oleh
Penjejak Bayang
16 dec 2010 (ditulis semula)

{ 4 comments… read them below or add one }

Hadhatina Mkb April 24, 2014 at 8:10 am

fuhhh..

Reply

noor azmiah mohamad April 24, 2014 at 8:15 am

Tq mami kerana sudi membaca…puitis tak en pb? Hehehe

Reply

..::Mama Chrysalis::.. April 24, 2014 at 8:36 am

Dah macam usman awang pulang….huhuhu

Reply

noor azmiah mohamad April 24, 2014 at 9:51 am

ni huzair sawang….hihihi

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: