“RUSUHAN” DI SUNWAY CONVENTION CENTER

by azszua03 on 10 June 2014

Akhirnya tarikh keramat 7hb Jun 2014 tiba jua. Tarikh yang ditunggu2 oleh semua Shaklee Independent Distributor(SID) terutama SID yang bergelar Leader. Ya, inilah hari dimana semua mereka yang layak, semua mereka yang telah banyak berkorban, menerima pengikhtirafan dan hasil dari pengorbanan mereka untuk tahun 2013/2014. Oh ya National Conference tahun ini dibuat selama 2 hari, 7 & 8hb June 2014. Peserta semakin bertambah dan ahli shaklee juga sudah mencecah jutaan orang. Sudah tentu masing2 teruja nak menerima anugerah masing2 kan? Sayalah salah seorang dari mereka! Mak mmg over excited!

 

suasana di hadapan SCC awal pagi sebelum majlis bermula jam 1 petang

NATIONAL CONFERENCE HARI PERTAMA

Oleh kerana saya dan suami menginap bukan di Sunway hotel & resort, jadi kami terpaksa bergerak ke Sunway Convention Center lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan parking. Mujur diawal pagi Sunway Shopping Mall belum beroperasi, kalau tidak tentu bertambah2 sesaknya. Walaupun National Conference bermula jam 1.30 petang, jam 10.30 pagi kami sudah berada di SCC. Perbarisan untuk pendaftaran sgt panjang dan mengambil masa yg sangat lama. Alhamduillah walaupun crowded macam berlaku rusuhan, tapi masing2 sabar dan mengikut prosedure yang pihak Shaklee tetapkan

Selepas pendaftaran, kami diberikan goodies bag yg berisi pelbagai cenderamata dan juga senaskah surat khabar Utusan Malaysia yang mana cerita tentang perkembangan syarikat terdapat di dalamnya. Masa baca artikel itu mmg sgt2 bangga menjadi salah seorang yang mengambil peluang menjalankan bisnes ini.who next? saya tak simpan peluang ini utk diri saya sendiri sahaja…saya ajak kawan2 kenalan2 mahupun strangers diluar sana utk sama2 mengambil peluang ini untuk merubah kehidupan anda semua.

supermom sisters, gmf group, national conference

 

1st day Outfit~silver theme

National Conference 2013/2014 dimulakan dengan pembentangan mengenai pencapaian syarikat dan perkembangan jualan Shaklee Malaysia oleh Mr Victor Lim, dan juga ucapan aluan oleh pemilik Shaklee Corporation Mr Roger Barnett …Amazing! kenaikkan sebanyak 840% berbanding 3tahun lepas. its not  a small effort…kami bersyukur kerana berada didalam sebuah syarikat yg sgt kukuh dan terus berkembang. Setelah itu berlangsung pula Majlis Pelancaran produk terbaru iaitu Phytocol-st. Kalau nak tahu lebih detail tentang produk terbaru boleh click PHYTOCOL-ST. kami mendapat sedikit penerangan dari Dr Bruce Daggy iaitu saintis yg bertanggungjawab mengkaji dan mencipta Phytocol-st. Pstt…kalau tengok Dr Bruce ni, tak percaya dia sudah warga emas. hihihi. Penjagaan kesihatan yg konsistan ni…

Hari pertama NC kami mendapat 3 anugerah…alhamdulillah…semangat kian membara untuk melebarkan sayap dan empayar GMF. Terkenang saat kami datang NC tahun lepas dan hanya menerima 1 award. Disaat itulah keazaman kami bertambah, keyakinan semakin tinggi dan keinginan semakin memuncak. Kali ini kami buktikan segala keazaman, keyakinan dan keinginan kami bukan hanya angan-angan.

supermom sisters, gmf group, national conference
 Kami bersama award2 yg diterima utk 1st day National Conference.

NATIONAL CONFERENCE HARI KE 2

 

supermom sisters, gmf group, national conference
bergambar bersama “supermom sisters” dan juga anak2 GMF sebelum masuk dewan.

Hari kedua NC berlangsung lebih awal, iaitu pada jam 10.30 pagi. Hari kedua lebih meriah kerana anak cucu ramai yg hadir dihari kedua ni. Dapat lihat mereka naik pentas terima award sgt2 memberi kepuasan kepada saya. terutama anak sulong saya, Mrs Ayu Nawawi, 5 award dia bolot sorang, sib baik mami tak kalah. hehehe….semoga Ayu seakin bersemangat dan naik 2-3 rank tahun ni. begitu juga anak2, cucu2 mami yg lain.

supermom sisters, gmf group, national conference
inilah antara barisan leader GMF yg membanggakan kami
supermom sisters, gmf group, national conference, roger barnett,
Bersama tuan punya Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett (tengah)

Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah…rasanya penat lelah terbayar saat melihat wajah2 gembira ini. Tiada kata yg mampu dilafazkan…semoga saya boleh bawa lebih byk senyuman gembira ditahun2 akan datang.

Penutup NC tahun ini disudahi dengan Majlis makan malam bertema “Gliters Gala Dinner” bermula jam 8.30 malam dan malam terakhir kami dapat bermesra bersama tops2 leaders. Allahmdulillah, semoga kami juga berpeluang menjadi Tops leaders tahun depan. Jom jamu mata dengan gambar2 sepanjang NC dan Gala Dinner.

 

supermom sisters, gmf group, national conference, gmf group
Dengan Leader GMF, Suhaila (kak su) a.k.a ratu vivix dan Anis a.k.a Ratu ESP
supermom sisters, gmf group, national conference, penjejak bayang, nurqaseh outlet
 Pemilik Tulang Rusukku, Penjejak Bayang
supermom sisters, gmf group, national conference, cery mamafaiz
selepas bergambar, dapat nasihat berharga dari PM cery, thanks!
supermom sisters, gmf group, national conference
Perasan Pinchess!

 

supermom sisters, gmf group, national conference Antara award yg kami terima.
8 anugerah sebenarnya, cuma ada anugerah yg digabungkan menjadi satu piala

Semua kini telah menjadi kenangan terindah didalam kamus kehidupan kami berdua, Insyaallah tanggungjawab untuk memberi, berkongsi kini lebih banyak. Apapun, saya gembira dan sgt2 bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Ditemukan dengan insan2 hebat dan tak lokek. Tak lupa saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yang bertnggungjawab mengubah kehidupan saya….Master Cery, Mami Hadhatina dan Dedi kamarul, Supermom sisters, anak cucu GMF, Bonda tercinta dan keluarga saya, serta yang paling berhak mendapat penghargaan ialah si pemilik tulang rusukku, Huzair bin Bahrin a.k.a Penjejak Bayang. Terima Kasih and love u all!

P/S : Jangan lupa bahawa saya adalah Pengedar Shaklee terutama bagi kawasan Masjid Tanah, Melaka dan Negeri Melaka khasnya dan sedia memberikan konsultasi terbaik kepada pelanggan2 saya.

your best SID,

 

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: