SIAPA KITA?…

by azszua03 on 12 June 2014

 

Banyak hal yang bisa menjatuhkanmu,tapi salah satu yang benar-benar membuatmu jatuh ialah sikapmu sendiri…

Jangan hanya pandai mengeji,
Jika hidup tak pernah berbudi…

Bila bersembang kau bersuara lantang,
Ibarat separuh harta telah kau sumbang…

Kau bilang “Ekonomi negara bukan ditangan kita”,
Lalu ku bertanya” kau buat apa”…

Kau bilang “aku sedih bangsaku dihina”,
Aku bertanya “lalu tindakanmu apa”…

Kadangkala kau berkata”hidupku sudah selesa”,
Minta secupak kau sudah rasa tersiksa…

Terkadang kau bilang ” Aku sudah cukup memenuhi permintaan keluarga”,
Tapi bila anakmu bertanya bila ayah mahu bawa ke luar negara,
kau kata “anakku,agaknya kau sudah gila,kau fikir ayahmu Ahmad Albab agaknya,Jumpa harta dalam gua???”…

Jika lahirmu kau derita, mungkin itu sudah takdir ilahi,
Jika tuamu masih begitu, itu salahmu sendiri…

sajak ini untuk kita,
Untuk renungan kita bersama,
Bukan niat meninggi diri,
hanya sekadar ingin berkongsi,
pada sesiapa yang sudi……

di tulis oleh :Penjejak Bayang

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: