CARA MOHON VISA USA

by azszua03 on 24 June 2014

Alhamdulillah…sebelum National Conference 2013/2014 pada 7-9hb Jun hari tu Shaklee dah email memberitahu bahawa kami layak untuk mendapat 2 tiket ke United States Of America. Sangat bersyukur kerana dapat bawa Abg P.B sekali untuk ke US. Kami kalau keluar negara mmg tak pernah sendirian. Satu kepuasan bila dpt bersama menikmati hasil usaha kami setelah bertungkus lumus selama 1 tahun 8 bulan. Tak susah kalau kita sungguh2 mahukannya…tapi kalau buat nak tak nak je jgnlah harapkan sesuatu yg diluar kawalan kita. Dan jangan lupa pula selalu mohon agar dipemudahkan urusan kita…mohon dari Nya….
ok, semalam kami start buat permohonan Visa USA. Mmg agak rumit jika dibandingkan dengan permohonan visa ke China. Permohonan dibuat secara online jer. Tapi, harus berhati2 mengisi setiap maklumat kerana apa yg kami dengar tak semua permohonan diluluskan dengan mudah. Apapun…jom saya tunjukkan satu persatu

Gambar untuk Permohonan Visa USA

Perkara pertama yg perlu anda lakukan sebelum anda mengisi borang permohonan ialah memastikan anda telah pun mempunyai softcopy gambar ukuran 50mmx50mm berlatar belakang putih selain hardcopy gambar 4 keping. Jika ke kedai gambar, insyaallah jurugambar sedia maklum tentang ini. Oh ya…waktu gambar di ambil wajah anda perlu dalam keadaan natural. 

Cara Mengisi Borang Permohonan Visa USA

Kemudian anda boleh memulakan pengisian borang secara online. Pergi website https://ceac.state.gov/genniv/ untuk permohonan Nonimmigrant Visa Application (DS-160).
Anda perlu memulakan dengan memilih lokasi anda semasa memohon visa. Jika berada di Malaysia. Sila pilih Malaysia, Kuala Lumpur. Jika lokasi tidak dipilih butang “Start An Application” tidak akan diaktifkan. Butang “Retrieve An Application” adalah untuk sekiranya anda ingin menyambung menyiapkan permohonan yg tertangguh. Jangan lupa untuk “save” setiap page permohonan anda ye.

Apabila anda sudah masuk untuk memulakan permohonan…anda akan menerima satu ID sebagai ID permohonan anda. Cetak supaya anda boleh simpan sebagai rujukan dan login semula sekiranya anda telah keluar dari website.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Kemudian anda boleh mula mengisi borang bermula dengan maklumat peribadi sehinggalah ke bahagian memasukkan softcopy gambar visa anda. Anda boleh berhenti mengisi dimana2 bahagian tetapi perlu “save” utk memastikan maklumat yg anda isi tidak hilang. Dan borang online ini auto unactive jika tiada aktiviti selama 20minit. Jangan risau, anda boleh menyambung pengisian dengan login sekali lagi.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Selepas mengisi dan menyemak maklumat semua betul dan diisi dengan sempurna. Boleh la anda terus “Sign and Submit”. selepas submit form anda, anda akan dapat “confrmation”. Print out dan simpan.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Bayaran Permohonan Visa USA

okey…baru 1 part jer settle tau…byk lagi yg perlu nak hadap. Lepas ni nak buat apa? Jom saya tunjukkan lagi….dah siap isi borang dan dah submit, kena buat bayaran pula tau. Bayaran untuk Visa USA hanya boleh dibuat melalui Bank Standard Chartered sama ada Cash deposit ataupun online. Sebelum ke Bank pastikan anda bawa salinan slip seperti dibawah ini. Mana nak dpt slip ini? ambil kat link ini yer… http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-paymentinfo.asp dan pilih Deposit Slip – USD160 MRV FEE

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Sebelum ke bank pastikan anda membawa sekali Salinan Pasport dan juga RM512/visa. Slip pembayaran juga pastikan anda simpan sebaiknya. Selepas selesai pembayaran, anda akan terima slip begini pula…ok, slip ni penting untuk menerus kebahagian seterusnya itu bahagian Temujanji untuk Interview. Sebelum itu, ada tidak boleh terus memilih tarikh dan masa interview. Perlu tunggu sekurang2nya 4 jam (mungkin lebih dr 10jam) sebelum id unik anda diaktifkan dan anda dpt meneruskan ke bahagian seterusnya.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Temujanji untuk Interview Permohonan Visa USA

Bahagian seterusnya ialah untuk tetapkan tarikh dan masa temujanji anda. Anda boleh memilih masa dan sesuai mengikut kehendak anda.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

selepas anda tetapkan tarikh dan masa temujanji,  dan menjawab beberapa lagi soalan….anda akan mendapat “confirmation” begini. Print out untuk dibawa bersama bersama2 dokumen lain semasa interview nanti.

tarvel USA, Visa USA, cara mohon visa, Global incentive, trip shaklee, shaklee USA

Demikianlah penerangan secara ringkas bagaimana untuk anda membuat permohonan Visa ke USA. Agak complicated, tapi jika dibuat mengikut langkah2 satu persatu insyaallah mudah sebenarnya. Doakan interview saya dipermudahkan yer!

sambungan tentang proses interview dan juga langkah seterusnya boleh click DISINI

US, tunggu aku datang!

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 16 comments… read them below or add one }

shazwan musa January 11, 2015 at 4:01 pm

As'salam Kak, mcm mane kita nk loggin blk utk visa application form DS-160?

Reply

azmiah mohamad January 12, 2015 at 8:43 am

wslm shazwan…semasa mula2 login utk register…kita dpt satu id permohonan….boleh rujuk gambar atas sekali dlm entry ni…id tu yang kita guna utk login utk kali kedua dan seterusnya supaya kita tetap dlm akaun kita….thats y akak ada pesan kat atas tu, kena print out page tu

Reply

Anonymous January 16, 2015 at 5:51 am

Askm nak Tanya.Lepas dh interview,berapa lama proses utk dpt Visa yg dh approved ye?

Reply

azmiah mohamad January 20, 2015 at 3:56 am

sekejap jer…dlm 2-3hr bekerja…ada yg dpt keesokannya lepas interview…bergatung pada kedutaan…

Reply

Nurul Ashikin January 26, 2015 at 5:09 am

Assalam, kak.
tq so much. Really helpful with the steps given! I apply for my bos since he dont have much time to complete this. Barakallahu Fik.. atas ilmu yg dikongsikan.

Tq so much.

Reply

azmiah mohamad January 28, 2015 at 10:31 am

sama2 nurul….thanks sbb singgah blog akak… 🙂

Reply

revo February 17, 2015 at 3:06 pm

salam , visa akak sah utk berapa tahun ?

Reply

azmiah mohamad February 18, 2015 at 4:27 am

wslm….dpt visa utk 10 tahun alhamdulillah….insyaallah 2 tahun sekali kesana

Reply

Anonymous February 23, 2015 at 1:13 am

as salam kak, visa tu mmg untuk 10 tahun ker? Rm 512.00
kalau kurang daripada tu ada x?

Reply

azmiah mohamad February 23, 2015 at 6:41 am

ada yg dpt kurag dr 10years….5yrs tak silap akak, tapi semua tu bukan kita yg minta, ditentukan sendiri oleh kedutaan AS. bayaran rm512 tu mmg fixed….kalau dpt kurag dr 10yrs pun sama bayarannya…

Reply

EmmaNoor Faezah March 18, 2015 at 3:47 am

brape lama pula dia akan pggl utk ke interview ?

Reply

azmiah mohamad March 18, 2015 at 5:24 am

interview kita yg pilih date…lepas settle bauaran dan isi form visa tu kita akan diberikan pilihan date utk interview…sobergantung pada emma nak bila, lagi cepat interview, lagi cepat la dpt visa

Reply

EmmaNoor Faezah March 20, 2015 at 1:21 am

oic .. so nak tetapkan interview perlu log in dkat website tu yea ?

Reply

azmiah mohamad March 20, 2015 at 10:41 am

yup….kena login selepas kita dapat unique id tu

Reply

zurina yahya June 28, 2015 at 7:44 am

ASALAM KAK
UNIQUE ID TU KITA DPT SELEPAS BUAT PEMBAYARAN KE
SAYA KURG FAHAM LA

Reply

azmiah mohamad July 27, 2015 at 4:36 pm

Maaf zurina xperasan komen awak…haah uniqe id dtg lepas buat bayaran di bank…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: