BIARKAN AKU TERUS TERBANG…

by azszua03 on 10 September 2014

TINDAKAN SEIRING KEMAHUAN…

Sepuluh tahun dahulu, saya sering berangan-angan ingin menaiki kapal terbang, ingin mempunyai passport untuk keluar negara…Walaupun saya lahir di negeri Johor saya tidak pernah ke Singapura dan walaupun pernah menetap di Kelantan selama setahun setengah tidak pernah melintasi sepadan Siam…
Menaiki kapal terbang pertama pergi ke negeri Sabah di bawah bayu adalah pengalaman pertama…Ia menjadi titik tolak kemahuan untuk terbang lebih jauh…Terbang ke Sabah tiga kali dan sekali ke Langkawi sudah cukup hebat bagi saya…
Mengorak langkah lebih jauh apabila mula membuat passport untuk ke Guang Zhou China…Pengalaman pertama terbang ke luar negara…Biasa penerbangan ke sabah mengambil masa 2 jam tetapi untuk ke Guang Zhou mengambil masa 4 jam…Setelah 5 kali ke Guang Zhou saya memperolehi peluang lebih besar setelah menjadi ahli keluarga Shaklee…
Bulan dec 2013 menjadi tarikh pertama dalam hidup saya ke Singapura bersama keluarga supermoms Shaklee saya…
Selepas itu pada bulan jan 2014 saya terbang ke Jeddah untuk menunaikan Umrah pertama saya bersama isteri  dan ibu mertua…Penerbangan selama 8 jam begitu terasa panjang…Di dalam hati saya inilah penerbangan terpanjang saya seumur hidup…Saya tidak pernah menjangka akan terbang lebih jauh dari itu…
Bulan March saya sekali lagi bersama-sama keluarga supermoms Shaklee terbang ke Indonesia untuk ke YogYakarta dan Jakarta…mmg menyeronokkkan melihat negara orang…
Pada bulan Ogos 2014 saya dan isteri bersama-sama keluarga besar Shaklee seramai lebih 300 orang di terbangkan ke USA…Shaklee telah menaja seluruh perbelanjaan penerbangan dan penginapan 6 bintang selama 12 hari untuk kami…Kami semua terbang selama lebih 18 jam …Penerbangan terjauh dan terlama setakat hari ini…Tahun hadapan Shaklee akan membawa ahli keluarga Shaklee untuk bercuti ke Italy dan Insyaallah saya akan pastikan saya ,isteri dan anak-anak GMF akan mendapatkan tajaan sepenuhnya…
Siapa sangka kalau dahulu saya sering berangan-angan kalaulah dapat ke Brunei ,Singapura dan Indonesia sudah memadai tapi jika anda selalu bertindak seiring kehendak anda mungkin akan mendapatkan lebih dari apa yang anda impikan….
Hidup tanpa impian,
umpama melihat filem hitam putih…
Angan-angan tanpa tindakan,
Umpama kisah mat jenin…
Bersama isteri di Golden Bridge San Francisco USA
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: