KAU PELUKISNYA…

by azszua03 on 11 September 2014

RONA SEJUTA WARNA BUAT LAKARAN ABSTRAK KEHIDUPAN…
Pernahkah anda melihat sesebuah karya-karya lukisan abstrak…Dengan ilustrasi yang bersahaja dan menggabungkan pelbagai warna, hasil lukisan ini terlihat sangat menakjubkan…Ada sesetengah pelukis dapat meluahkan perasaan yang terpendam di lubuk hatinya melalui lukisan dan ada juga mesej-mesej yang hendak disampai melalui lakarannya walau tak semua orang boleh menterjemahkannya…Tidak mustahil ada antara lukisan-lukisan abstrak ini nilainya melebihi jutaan ringgit…
Lukisan pemandangan
Kadangkala sesetengah lukisan ini tidak difahami oleh semua orang yang melihatnya…Mungkin hanya pelukis yang tahu apa maksud atau ceritanya…Adakalanya ia menceritakan emosi semasa ia melukisnya.Marah, sedih, gembira atau apa pun mungkin hanya dia yang tahu…Tetapi oleh kerana dengan beraninya dia menggarap pelbagai warna ia menjadikan karya itu memukau pandangan sesiapa yang melihatnya walau terkadang mereka binggung apa sebenarnya maksud karya tersebut…
Lukisan ini mungkin tak semua kita dapat memahaminya…
Sebenarnya ada juga lukisan abstrak hanya menggunakan warna hitam dan putih…Jika dilihat dari mata seorang penilai karya mungkin jika lukisan itu betul-betul baik ia sangat bernilai tetapi jika dinilai pada mata orang kebanyakkan yang mungkin tidak memahami mesejnya, rasanya kita tidak akan setertarik semasa melihat lukisan abstrak berwarna…
Lukisan abstrak hitam dan putih…
Motif mesej yang saya nak sampaikan adalah dalam kehidupan ini, kitalah yang mencorakkannya…Sama ada kamu ingin menggarap sejuta warna untuk meronai perjalanan kehidupanmu atau hanya ingin merwarnai kehidupanmu dengan rona hitam dan putih itu semua keputusanmu…Manusia perlu bermimpi…Mimpilah yang banyak dan garaplah mimpi-mimpimu seperti seorang pelukis abstrak kerana nescaya hidupmu akan dipenuhi cita-cita dan semangat ingin mengapainya…
“Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati…”
“Kita tidak akan mendahului nasib!!!”

Ini adalah salah satu dari beribu lakaran abstrak kehidupanku 

bagaimana dengan lakaran abstrak anda?…

oleh Penjejak Bayang…
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 4 comments… read them below or add one }

mai mdsaupi September 11, 2014 at 9:24 am

Aaminnn…

Reply

azmiah mohamad September 11, 2014 at 9:33 am

terima kasih mai….

Reply

Najihah Abdul Mutalib September 11, 2014 at 11:55 am

Master Noor Azmiah pasti boleh!

Reply

azmiah mohamad September 12, 2014 at 6:39 am

TQ kak jihah! yakin dengan IzinNya

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: