KOPI BERDASARKAN TEORI KONSPIRASI…

by azszua03 on 16 September 2014

 Kopi oh kopi
 
Orang melayu dahulu sekalipun tidak moden, tetapi mereka faham benar kopi adalah sebagai sosial drink…Mereka  faham kopi bukan sekadar menghilangkan rasa haus tetapi dalam bentuk lain juga…Haus ingin berbicara,haus ingin mendengar dan ingin didengar…Kerana itu orang melayu membuat kopi dengan air yang panas mendidih, tujuannya agar dapat bersembang lama kerana sebelum kopi menjadi hangat dan dapat diminum…Ada sesetengah orang merasakan kopi sama seperti rokok sehingga kaum perempuan yang meminum kopi dianggap tidak wajar…

 

KOPI SEBUAH KISAH DI DALAM GELAS…
Kehidupan orang melayu dahulu kebanyakkan adalah dari golongan bawahanMereka memilih warung-warung kopi sebagai tempat hiburan mereka setelah penat seharian memerah keringat…Player adalah gelaran peminum kopi dan pemain catur…Ada antara peminum kopi yang disebut safety player …Mereka ini peminum kopi sejak mula berkerja sehinggalah waktu pencen duduk di penjuru meja memesan kopi yang sama selama bertahun-tahun sambil menghitung hari yang telah berlalu tanpa pernah berbuat apa-apa…Peminum kopi yang disebut semi player pula bercirikan seperti berikut…
  1. 4 senduk kopi yang sangat pekat ditambah gula setengah senduk sahaja orang ini merupakan ahli pada bidangnya…Mereka bertangan dingin dan penuh perhitungan…Adakalanya mereka adalah pencinta yang romantis…Sukatan kopi semacam itu membuat mereka merasa pahit di tekak namun terasa sedikit manis di hujung lidah dan mereka rasakan hal itu adalah sexy
  2. Mereka yang meminta sedikit gula,lalu apabila meminum menyatakan terlalu manis atau kurang manis mereka jenis orang yang senang dihasut dan tidak tetap pendirian…Merekalah pengacau sistem politik kerana kebanyakkan mereka terdiri dari ahli politik dan menteri-menteri kabinet…
  3. Mereka yang memerlukan susu lebih banyak umumnya bermasalah dengan kehidupan berumahtangga…

Orang yang meminum air panas dan susu sahaja tanpa kopi dan gula  orang ini sering mengelamun di warung kopi.Tidak tahu apa yang berkecamuk di dalam kepala mereka…Mereka ini adalah dari golongan ex-player
 

Namun ada pula yang suka minum air dengan gula sahaja tanpa susu dan kopi.Mereka adalah burung serindit yang tergantung dalam sangkar di alang warung kopi…

Kopi pahit para player diaduk 36 putaran…Setelah diminum hirupan pertama, senyumannya tersimpul-simpul,dan seluruh elemen dirinya dirinya polos,humoris dan bersahabat berpadu menjadi satu…  
Dan mereka yang meminta kopi sahaja tanpa air dan memakan kopi itu seperti memakan sagon, adalah penderita sakit gila nombor 29…Adapun mereka sama sekali tidak meminum kopi dan mensia-siakan hidup ini…  

 

BUKU BESAR PEMINUM KOPI TEORI ANDREA HIRATA 
  1. Orang yang memesan kopi dan teh sekaligus adalah orang yang baru gaji…
  2. Orang yang memesan kopi tapi takut untuk menyentuh gelas kopi,duit di saku tak sampai seringgit…
  3. Orang yang tak menyentuh gelas kopi tapi menyentuh tangan gadis pelayan warung adalah pemain piano…
  4. Orang yang minum dari gelas kosong , seolah-olah ada kopi di dalamnya ialah sakit gila nombor 27…
  5. Orang yang tidak meminum kopi tapi memakan gelasnya ialah pemain kuda lumping (kuda kepang)…
  6. Orang yang mahu ke warung kopi tapi bergaya ialah wakil rakyat…
  7. Orang yang hanya memandang orang minum kopi adalah pemandunya wakil rakyat…
  8. Orang yang tidak membayar kopinya polis mereka bukan kawan polis…
  9. Orang yang suka kopinya dingin mereka tidak punya bulu hidung…
  10. Orang yang meminum kopi dengan hirupan yang kuat mereka bukan kekasih artis…
  11. Mereka yang menjual kopi lebih dari 10 ringgit adalah pemuja setan…
  12. Anak yang disuruh ibunya membeli kopi tapi pulang dengan membeli tepung, waktu kecil pernah kena sawan…
  13. Orang yang mencuri gelas di warung kopi pernah bersalaman dengan perdana menteri…
  14. Orang yang mengembalikan gelas yang dicuri di warung kopi adalah bodoh sekali…
  15. Orang yang minum lima gelas kopi adalah orang yang ragu-ragu…
  16. Orang yang minum tujuh gelas kopi adalah pemalu…
  17. Orang yang pura-pura suka kopi adalah penerbit buku…
  18. Orang yang minum kopi tak habis-habis adalah penterjemah novel ke bahasa inggeris…
  19. Lelaki usia  30an bujang minum kopi tersenyum simpul adalah bujang lapok kerana sengaja…
  20. Lelaki usia 30an bujang minum kopi dengan was-was adalah bujang lapok kerana tak laku-laku…
  21. Orang yang minum kopi dan duitnya bertukar menjadi daun adalah hantu…
  22. Orang yang minum kopi sambil marah-marah adalah orang yang membakar rokoknya terbalik…
  23. Orang yang meminum kopi sambil menyingsingkan lengan baju adalah orang yang memakai jam tangan baru…
  24. Orang yang meminum kopi sebelum bermain pingpong  adalah orang akan kembung perut…
  25. Orang yang minum kopi setelah main pingpong adalah orang yang kalah bermain pingpong…
  26. Orang yang meminum kopi sentiasa berwaspada adalah orang yang memiliki bini muda…
  27. Orang yang meminum kopi secara gembira di pelihara bini muda…
  28. Orang yang meminum kopi habis sekali teguk adalah orang yang memlihara toyol…
  29. Perempuan yang minum kopi bersama perempuan adalah perempuan yang banyak tanggungan(hutang).
  30. Orang yang minum kopi sambil menulis adalah juling…
  31. Orang yang mandi pagi tak pakai sabun adalah orang yang tak hafal rukun negara..

KOPI,BERDASARKAN TEORI KONSPIRASI…

Moralnya bagi orang melayu, mereka yang beruntung adalah mereka yang ikut berkonspirasi, yang tidak pasti rugi…Kerana itu orang melayu sentiasa ada alasan jika dipanggil bergotong royong atau apa saja aktiviti kemasyarakatan…Tetapi kalau diajak berhibur,menonton pertandingan menyanyi atau bersetongkol memburuk-burukkan pemerintah semua ikut serta…

Mula-mula melihat dua orang peminum kopi tampak santai sahaja,masuk gelas keempat mereka mula merapat tanda bermulanya konspirasi…

Jika orang Tionghoa minum kopi lebih dari tiga gelas mereka berhajat mahu membuka warung kopi…
Jika orang udik(pesisir) minum kopi lebih dari tiga gelas,mereka haus…Tidak  hairan kerana mereka tidak bersekolah…Tapi kalau melayu minum lebih dari tiga gelas,siap-siaplah buku hutang…

Orang melayu minum kopi bercerita politik sambil menyalakan rokoknya.Pada gelas  yang pertama,habis perdana menteri dijelek-jelekkannya…Tak adillah,rasuahlah,tak pandai mentadbir negara….Gelas kedua timbalan perdana menteri yang kena…Pada gelas ketiga,semua menteri kabinet di hamunnya dan pada gelas keempat mereka akan berbisik…Gelas pertama hingga ketiga semua cerita politik.Gelas ke empat adalah gelas setongkol dan bermulalah  sebuah konspirasi...

 

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: