SIBUK JE NAK TAHU APA ADA DLM BEG SAYA TAU!

by azszua03 on 22 September 2014

Cabaran 30 hari berblog yg dianjurkan oleh Kelab Blogger HEBAT! Hari ni sibuk nak tahu “Apa ada dlm beg saya” …ewah2.. suker2 hati jer eh nak tahu apa ada dlm handbag kitaorg….hahaha…Tapi sebab takder barang terlarang atau barang yg menyalahi udang2 dlm beg ai….ai kasi la juga korang tahu…meh tengok nih

handbag coach, micheal kors, personal, Sid masjid tanah, sid melaka, cabaran blog, kami blogger hebat,Ha…nih lah dia… handbag Coach pink tu motivation saya sbb hadiah dari mami hadhatina upline Shaklee saya. Suka sgt sbb warna dan compartment yg luas walaupun saya taklah bw botol susu dan pampers anak tapi saya boleh letak mcm2…terutamanya buku catitan saya. Jom tengok apa yg ada dlm handbag saya :

1. Buku catitan 2 buah.

Dulu saya bw sebuah jer buku catitan sebagai tempat untuk saya tulis to do list dan juga apa2 note yg saya baca dan jumpa. Tapi sejak giler berblog nih saya “up” kasi 2 buah buku nota dlm beg…ha..senang utk asingkan apa yg patut. Buku nota cover merah tu dapat masa seminar Jom Hebat Selatan dan yang bawah warna oren tu dapat masa Jom Hebat Utara. So, gunakan selagi boleh! hehehe…

2. Wifi broadband.

Ha….sekrg ni internet dah mcm makan nasi…makan nasi pun kadang2 terlupa. Tapi kalau wifi nih kalau terlupa sanggup patah balik pi ambik. Punyalah internet sekarang satu keperluan pada kami.

3. Pen 2 batang.

Ni mmg wajib ada dlm handbag saya. Pegi mana2 nak buat catatan. Sbb apa 2 btg? Sbb suami saya selalu xbawa pen dia sendiri. So kalau ada class, xyah la nak meminjam pen org. Pada saya kalau SID tak bawa pen itu sesuatu yg memalukan. Hehehe….setiap batang pen ni ada kenangan tersendiri. Yang satu tu come from USA, waktu saya bersama geng Shaklee travel ke USA, pen tu beli Kat Universal Studio USA. dan sebatang lagi tu adalah dari my super upline iaitu Master Shareeza a.k.a Cery MamaFaiz

4.Kalkulator kecil.

Ha..yg ni mesti ada gak dlm handbag. Sbb sebagai seorg SID, urusan perniagaan akan berlaku dimana2 dan bila2 masa sekalipun. So bersiap jer kalau ada yg mahu bertanya harga barangan.

5. Bussines card

Ok, yg ni pun mmg wajib dibawa kemana2. Senang nak promote diri sebagai SID. Mana tahu boleh dapat new member yg berminat nak bisnes juga. Mmg selalu pun jumpa org dan bussines card ni mmg benda paling wajib ada. Sid yg hebat akan bersedia intuk segala kemungkinan dan peluang.

6. Purse Micheal Kors

ha ni wajib la kan…dlm tu ada kad pengenalan dan lesen memandu. Takkan xbawak pulak kan.selain ada duit, ada kad debit dan juga resit2 belian yg dok kumpul utk kira incometax nanti..hehehe. Purse tu saya beli kat Factory Outlet kat Gilroy, San Francisco siap satu set dengan sling bag, tapi akibat suka tukar pakai handbag, purse malas nak tukar2…jadi pasangan purse pun bertukar2 tak selari…hihi…

7. Tasbih mini

Ni hadiah dari teman masa class di JB awal2 tahun aritu. Alhamdulillah mmg bawa kemana2 sbb senang nak gunakan. Selain itu ia juga comel! ada yg suka guna digital tasbih, tapi saya lagi selesa guna manual yg gini…entahlah…masing2 kan?

8. Compact powder.

Brand silky girl jer. Walaupun tak layak pun nak dok kategori “girl” lagi….hahaha. Saya mmg bukan jenis org pakai make up…biasanya compact powder ni pun saya lupa nak pakai.heheh…punyalah tak feminin eh….takper natural always the best….sama mcm vitamin Shaklee la kan…

9. Surat dari Shaklee

Ni surat dr Shaklee utk ambil Pin (ikut rank). Tapi asyik lupa jer nak ambik pin tu even surat ada dlm handbang. Ada 2 helai surat tu…so ada 2 pin yg belum dituntut iaitu utk rank Sr Coordinator dan Key Coordinator.
Hobi saya mmg selalu tukar2 handbag. Biasa dlm masa sebulan dua tu mesti sekali tukar. Bukan tukar sbb asyik beli baru jer, biasa rotate guna handbag yg saya dah ada jer…sebab saya mmg jenis sayang handbag2 saya. Ada kenangan2 tertentu. So, kalau tambah handbag pun saya akan pastikan yg benar2 saya suka atau ada sentimental value. Husband pun tahu bab pilih handbag saya cerewet. Tukar2 tu sbb ikut event apa yg saya hadiri. So biasanya handbag saya mmg kemas la..xde barang2 yg bersepah2 dlm tu. Lagipun takde anak kecil, so handbag pun hanya ada brg2 peribadi saya sahaja la…
ok tu sahaja yg saya nak share hari ni….sajer suka2, takder niat nak menunjuk ke apa yer…nak naikkan traffic blog jer pun…tapi kalau ada yg nak fikir lain pun….”Ada aku kesah?” hehehe….
Your Trusted SID

Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 6 comments… read them below or add one }

Chrysalis Nurul September 22, 2014 at 5:05 am

Takde gambo kerrr

Reply

Chrysalis Nurul September 22, 2014 at 5:06 am

Eh…adelah atas tu…loading terhegeh2…hahaha

Reply

azmiah mohamad September 22, 2014 at 5:15 am

hahaha…wajib la ada gambor…kalau tak takleh nak feel….

Reply

Nor Farizan Mazlan January 31, 2015 at 8:44 pm

This comment has been removed by the author.

Reply

cikjan January 31, 2015 at 8:45 pm

wewiittt… berkenan sgguh dgn beg coach tu.. ��
jumpa italy yea… kikiki 😀

Reply

azmiah mohamad February 2, 2015 at 3:59 pm

hihihi….malu ai cikjan….beg org hadiah tu 🙂
jumpa di italy!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: