TIPS TINGKATKAN SISTEM IMUN ANDA

by azszua03 on 22 September 2014

 

selak2 buku yang saya baca….hurm….menarik!….apa kata saya kongsikan apa yg saya baca? Hari ni saya baca buku yg saya beli dari Pesta Buku Big Badwolf tahun 2013. Huduhnyer perangai dah setengah tahun baru berapa kali jer belek buku nih…actually buku ni best buat rujukan…bukan bacaan harian. So tadi saya nak cari something utk menjawab pertanyaan customer…sekali ternampak pula tips2 utk tingkatkan imun sistem badan manusia. Sempatlah take noted sbb mmg niat nak sharing ngan korang semua. Jom lihat apa Tips2nya :

1. Cari cara untuk mengurangkan tekanan/stress

Sedia maklum, siapa yg hidup atas muka bumi Allah SWT ni yg tak pernah stress kan? yg tak pernah ada masalah kan? Jadi, its normal kalau kita “pernah stress”…pernah ada masalah. Tapi, tahukah anda, stress boleh menyebabkan sistem imun kita terjejas ataupun menurun? Kajian menunjukkan bahawa peningkatan tekanan emosi dan mental boleh menyebabkan sel sel yg berfungsi untuk melawan dan membunuh virus dan bakteria dlm sistem imun kita akan berkurang. Sekaligus sitem pertahanan badan akan menurun. Jadi, mereka yg mempunyai tahap tekanan yg rendah atau lebih mudah dikatakan, mereka yg mempunyai kehidupan yg bahagia dan ceria mempunyai sistem imun yg lebih tinggi.

percutian adalah salah satu cara untuk melegakan stress

 

2. Sediakan 8 jam setiap malam untuk tidur.

Badan kita memerlukan tidur yang cukup. Kekurangan tidur boleh menyebabkan badan kita menjadi kurang produktif dan letih. Anda cuba sendiri, atau mungkin anda pernah melalui waktu dimana dlm 1 minggu anda hanya dapat tidur selama 3 atau 4 jam shj. Mungkin sewaktu menjaga seseorang di hospital atau waktu kerja yg menyebabkan anda terpaksa berjaga malam. bagaimana kondisi badan anda waktu itu? sakit kepala? selsema? rasa nak demam?….Ya! itu tanda sistem imun anda terganggu. Jadi, pastikan tidur anda cukup!

3. Senaman 45 minit setiap hari

5 hari seminggu melakukan senaman selama 45 minit sekurang2nya meningkatkan sistem imun tubuh badan manusia.  Ini kerana, badan yg sihat meningkatkan pembinaan sel sel untuk melawan virus dan bakteria. Selain itu, senaman juga boleh mengurangkan tahap tekanan emosi dan mental seseorang. Hebatkan?

gambar sekadar hiasan

4. Makan makanan berkhasiat.

Yang nih rasanya nak ulas byk2 pun memasing dah paham kot. Simple jer..makanan yg berkhasiat menghasilkan sel sel yg sihat dan mampu melawan virus dan bakteria. So kalau makanan tidak sihat yg kita ambil, sebaliknya virus dan bakteria mudah la menguasai tubuh kita sekaligus menyebabkan sistem imun kita menurun. Jauhkan minuman berkarbonat dan juga makanan yg diproses segera. Tapi, anda harus ingat, tak semua khasiat dari makanan boleh memenuhi keperluan tubuh badan kita.

5. Ambil supplemen dan vitamin tambahan.

Ada yang tanya saya, mana saya tahu badan manusia nih kena ambil jumlah atau kandungan vitamin tertentu? Oh dear…mestilah kena belajar, kena cari ilmu2 itu, gunakanlah kajian2 dan jurnal2 yang telahpun di keluar oleh pakar2 pemakanan dan kesihatan sebagai panduan. kat sinilah kita tahu apa itu RDA, DV, AIs, ODA, UL dan beberapa istilah lain. Kalu tak, sia2lah semua kajian tu sbb tak digunakan. Tapi sebelum tu korang kenalah tahu supplemen apa yg terbaik dipasaran, supplemen apa yg sesuai dengan keperluan korangkan…nak kan konsultation boleh hubungi saya k! insyaallah tips terbaik akan saya berikan.

ok tu sahaja tips yg dapat saya kongsikan hari ini….selamat menjalani kehidupan yg sihat!

 

NAK JOIN KAMI DI SHAKLEE? JOM!

 

 

Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 2 comments… read them below or add one }

Muhammad Faiz Mohamed Saaid September 23, 2014 at 12:23 am

45 minit setiap hari, tu yang lemah skt tu

Reply

azmiah mohamad September 23, 2014 at 1:46 am

tulah pasal…kalau ada geng best gak nak gi joging ke…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: