KENAPA VITAMIN SAYA BERBAU?? BOLEH MAKAN LAGI TAK??

by azszua03 on 23 September 2014

Semalam, sorang customer saya datang jumpa saya sambil bawa botol vitamin Shaklee. Agak risau juga air muka dia. Bila saya tengok dia pegang botol B complex, saya dah boleh agak apa soalan dia…hehehe. Soalan pertama dia, ” kak B comp saya ni dah expired ke?” saya ambil botol B complex dari tangan dia dan tengok expired date, aduh…dah hilang tulisannya….yang nampak cuma perkataan SEPT kat situ. saya beritahu dia “Belum lagi, ni SEPT 2015…ada lebih kurang setahun lagi” kenapa saya yakin menyatakan Sept 2015 sedangkan tulisan dibotol hanya kelihatan perkataan SEPT sahaja?
B complex
Sebab pertama ialah, Stok vitamin di dalam simpanan saya sentiasa bergerak, setiap satu jenis biasanya akan habis terjual dalam masa 1-2 minggu sahaja, yang mana rotation akan berlaku, setiap vitamin ada lebih kurang 10 botol, sebelum habis 10 botol yg pertama saya akan order stok yg baru. dan saya akan pastikan expired date disemak. Bukan main jual sahaja. kebiasaannya, order baru akan mendapat stok yg lebih terkini dan expired date yg lebih jauh. Sebab kedua saya yakin untuk menyatakan expired date Sept 2015 kerana, terkini botol B complex di dalam simpanan saya tarikh expired ialah Dec 2015. Jadi, mustahil pihak Shaklee mengeluarkan setiap produk hanya setahun sekali, mestilah berkali2 sebulan mengikut permintaan yg hot…sekarang ni lagi la kan….

 

Label menunjukkan expired date terkini B complex dlm simpanan saya

 

Dan sebab ketiga, saya kenal siapa customer2 saya. Saya tahu bila dia beli dengan saya, apa yang dia beli, dia ambil set apa, dan sebagainya. Customer yg datang ini beli B complex tersebut lebih kurang  dalam bulan Jun 2014, so mustahil dia dpt B complex yg kurang dari 1 tahun tarikh expired.
Oleh kerana sudah hampir 4 bulan sebotol B complex nya tidak habis2 lagi, saya pun buka botol B complex yg dia bawa, perghh…mmg kuat baunya. ” tulah kak, saya was2 nak makan sbb bau dia kuat sgt” kata customer saya tadi. Saya senyum jer sbb mmg dah faham ketakutan2 customer nih. Saya terangkan panjang lebar dengan  adik tadi. so, disini saya terangkan dengan anda juga jika ada yang masih belum tahu yer…
Shaklee mengeluarkan vitamin yang paling mudah diserap oleh badan, dan dilarutkan oleh air. Jadi vitamin2 Shaklee sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor itu juga menjadikan material dan proses packaging produk Shaklee sgt dititikberatkan. Sebagai end user, atau pengguna anda juga harus mengetahui dan mengambil berat cara2 penyimpanan vitamin2 dan supplement anda, jika tidak, anda akan panik bila vitamin2 anda mula berubah warna, bau mahupun rasa sedangkan tarikh expired lama lagi.
Cara penyimpanan yang paling bagus dan mudah ialah,
  • simpan semua vitamin anda di dalam peti sejuk dengan penutup botol vitamin berada dalam keadaan ketat. Keluarkan sekiranya perlu sahaja.
  • Jika sekiranya anda tidak dapat berbuat demkian, cukup sekadar anda menutup ketat penutup dan simpan didalam almari yg jauh dari sinaran matahari dan haba.

Jika vitamin sudah berubah bau dan warna, jangan dibuang terus. Jika tarikh expired masih lama, anda masih boleh menggunakan vitamin terbabit, kemungkinan vitamin terbabit dipengaruhi faktor lembapan juga. Cara utk hilangkan lembapan.

  • ambil 7 biji butiran beras dan masukkan kedalam botol vitamin
  • kemudian simpan dia dalam peti sejuk.
  • anda boleh terus mengambil vitamin seperti biasa kerana ia tidak merbahayakan kesihatan, cuma mungkin khasiatnya sudah terjejas.

Tapi sekiranya vitamin2 terbabit sudah terlebih dari expired date, sila lah lupuskan vitamin dengan cara yang betul. Beli vitamin yang baru, jangan berhenti untuk mendapat khasiat dari supplemen Shaklee.

Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 2 comments… read them below or add one }

Anonymous January 24, 2015 at 6:30 pm

Assalamualaikum.. terima kasih kongsikan tips ini. Saya juga ada Alfalfa Shakelee yang sudah berubah warna. Takut untuk makannya lagi namun masih belom expired.

Reply

azmiah mohamad January 28, 2015 at 10:29 am

sama2 dear….alfalfa, b comp mmg kuat bau dia…so jgn risau k

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: