SENANG “BER SHAKLEE” BILA PERNAH RASA SUSAH BISNES KONVENSIONAL

by azszua03 on 23 September 2014

Senang atau susahnyer sesuatu perkara itu sebenarnya boleh dilihat dengan apa perbandingan yang anda buat. Mcm pepatah mat saleh beritahu, “bandingkan epal dengan epal”….barulah adilkan? Tu sebab, bagi org yg cemerlang dan mempunyai matlamat, mereka akan bandingkan dengan perkara yg lebih sukar dan anggap halangan itu sebagai satu peluang! Mereka tidak akan lari dari masalah, tapi akan selesaikan dengan pendekatan yg lebih terbuka. Hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya menjalankan dua perniagaan sekaligus. Iaitu bisnes Shaklee dan juga bisnes baju kanak2.
Sebelum bermula dengan bisnes sendiri, saya bekerja makan gaji lepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2001, 4 tahun jer keje makan gaji, 2003 saya dan suami mendirikan rumahtangga dan setahun lepas tu saya berhenti kerja. sebab utama berhenti, saya tak tahan kerja siang malam sebagai Pembantu Juru Ukur Bahan, dengan tender tak berhenti, kena stay up bagai kat office. Penat sgt satu hal, tapi saya mmg tak suka kerja yg menyekat kebebasan masa dan kewangan saya. Lagipun byk sumber2 kewangan masa tu yg “panas” dikiri kanan saya. Mmg masa kerja makan gaji dulu rasa mcm tak nampak pun hasil dari duit gaji. Bayar duit kereta, lepas tu sama2 baru nak bina hidup suami isteri, walaupun cukup makan pakai, tapi saya tak nak hidup cukup2 sahaja.
nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah

 

Kemudian bermula saya dengan bisnes online pada tahun 2005, masa tu kami jual pakaian bundle kanak2, modal tak sampai rm500 jer masa tu utk mulakan bisnes, sehinggalah tahun 2007, saya stop buat bisnes bundle dan beralih kepada pakaian baru, tapi still pakaian bayi dan kanak2….Alhamdulillah, berkat kesabaran saya dan suami dapat kumpul modal hingga dapat buka sebuah kedai baju kanak2 di pekan Masjid Tanah, Melaka. Berkat bisnes yg tidak dimulakan dengan hutang. Sehingga sekarang, kami masih menjalankan perniagaan ini.
Oktober 2012, saya mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor. Terus terang saya katakan, saya nampak bisnes Shaklee ini jauh lebih mudah dari bisnes pakaian yg saya jalankan sebelum ini. Kenapa? Sebab saya dah lalui pahit getir berniaga pakaian sejak tahun 2005 lagi, beza sangat dengan berniaga Shaklee. Bila bisnes pakaian kanak2 dulu macam macam yg kami lalui,
  • ditipu supplier dari China,
  • order lain hantar lain, hantar baju dah rosak,
  • kualiti baju tak seperti diharapkan,
  • itu belum cerita tentang hal2 birokrasi lagi,
  • belum cerita kisah ditimpa banjir…stok rosak kena banjir,
  • kedai masuk pencuri, penyamun

Aishhh…. byk betullah dugaannya. Tapi saya tak pernah anggap semua itu sebagai halangan yg besar utk saya teruskan cita2 saya mencapai impian dan matlamat saya. Kalau saya lemah, putus asa dulu, mungkin tak wujud butik Nurqaseh Baby & Kids Store ini sekarang. Kita akan jadi hebat hanya setelah kita lalui dugaan dan ujian yg hebat juga. Kita takkan jadi hebat selagi asyik beririhati dengan mereka2 yg berjaya….asal mereka berjaya kita nak dengki kata mereka riak la…kuarkan ayat2 islamik konon tak baik menunjuk, tapi sebenarnya hati sendiri yang sakit tengok org lain lebih. No! saya tak pernah begitu, tapi saya akan take it positively, dengan cara itu sahaja saya akan cabar diri saya….saya akan rapat dengan orang yg berjaya sbb motivasi mereka berbeza, nak berjaya duduk sama dengan orang yg berjaya (mak saya selalu pesan tu)….nak pandai duduk dengan orang pandai pesan mak saya waktu sekolah dulu….mmg benar, pengaruh mereka sgt kuat.

nurqaseh baby & kids store, kedai bbay masjid tanah, motivasi, pengalaman berniaga, kuasa minda, mindset, shaklee masjid tanah, kedai naju baby, agen shaklee masjid tanah, agen shaklee sungai udang, agen shaklee alor gajah
Alhamdulillah…hasil dari usaha dan doa ibubapa

 

Bagi SID2 terutama anak cucu GMF, bersyukurlah kerana anda telahpun berada di jalan yg mudah, bisnes yang tepat. Shaklee jauh beza dengan bisnes konvensional…sebab :
  • Bisnes yg mmg takder siapa yg boleh tipu anda (group terbaik)
  • Juga tidak minta anda tipu sesiapa dlm bisnes ini, takyah paks org buat loan pun
  • Anda dapat produk terbaik untuk diniagakan,
  • Anda tak perlu nak fikir anasir2 luar yg menghalang anda.
  • Anda ada dibawah syarikat yang tepat

 

Apa yg kini menghalang anda hanyalah minda dan diri anda sendiri sahaja!

Wah macam ceramah motivasi la pulak….hahaha..tapi mmg benar, perkara pertama yg mesti anda kuasai ialah minda anda. Jika anda tanam difikiran anda perkara itu sukar, maka sukar la jadinya…begitulah sebaliknya. Apapun ini semua pengalaman saya mengendalikan dua bisnes serentak. Saya sayang dan setia dengan Shaklee sebagaimana saya sayangkan bisnes komersial saya juga. Cuma, bila saya pernah rasa susah dengan perniagaan terdahulu, apa halangan yg datang sekarang saya masih mampu tersenyum. Mohon Allah izinkan saya terus berbakti. Amin

 

Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : Nurqaseh Outlet Full
ig : nurqasehoutlet

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 11 comments… read them below or add one }

nursalwa Ishak September 24, 2014 at 1:16 am

memberi inspirasi .. bertuah dpt bersama mereka yg sentiasa memberi semangat..

Reply

azmiah mohamad September 24, 2014 at 4:46 am

sama2lah kita…insyaallah

Reply

Hasnieda Mohamad September 24, 2014 at 7:13 am

Saya adore kak mia sebenarnya… akak bersemangat tinggi… saya pun nk jadi macam akak…

Reply

azmiah mohamad September 25, 2014 at 3:53 am

aduh…malu akak….akak lom master lagi dik…apapun, yg baik boleh buat tauladan k…

Reply

Mama 2Princess September 25, 2014 at 11:55 am

Thanks kak mia.. semangat membara!!! Blik muar saya nk g kedai akak.. blh dpt diskaun x?? Hihi

Reply

azmiah mohamad September 26, 2014 at 4:00 am

tq dik…dtglah…insyaallah best price

Reply

siti sarah September 26, 2014 at 10:59 pm

Bila baca entry akak nie rasa bertuah pulak sbb start kenal biz dgn Shaklee..akak seorang yang tabah..sy kene tabah macam akak jugak..tq kak for sharing 🙂

Reply

azmiah mohamad September 28, 2014 at 2:27 pm

Yer sarah u can do it!

Reply

lydzar DN September 29, 2014 at 2:12 pm

Wow! Inspiring. Betul..apple mesti banding dgn apple. Bukan dgn pisang! Eh.. hehhehe

Reply

azmiah mohamad October 4, 2014 at 10:36 am

Pisang dah jadi pisgorcis….hehhee

Reply

masitah zainal abidin August 31, 2015 at 11:50 pm

Strive for life!

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: