RAHSIA KEJAYAAN HJH FAIZA “BERSAMAMU”

by azszua03 on 4 October 2014

Siapa Hajjah Faiza Bawumi?

Pada hari sabtu 10 Ogos 2014 bersamaan hari raya ketiga, saya dan keluarga berkunjung ke rumah Hajjah Faiza Bawumi sayed Ahmad yang terletak di Batu Pahat Johor. Sudah menjadi rutin setiap kali lebaran, kami akan berkunjung ke rumah beliau. Tapi berlainan kali ini saya berkesempatan menemubual beliau dan Alhamdulillah, sudi bercerita  tentang asal usul perniagaannya bermula…
 
faizah bersamamu, faiza beras, faiza basmathi, kisah kejayaan, zakat, kisah tauladan, usaha utk berjaya, faiza herbapony

Nama sebenar Faiza Bayumi Sayed Ahmad tetapi ditulis “Faiza Bawumi”  di Jabatan Pendaftaran. Lahir pada 09/03/1942 bererti umur beliau kini mencecah 72 tahun. Berasal dari Mesir dan mengikut suami menetap di Batu Pahat

 
Penghijrahan beliau dari Mesir ke Malaysia selepas melangsungkan pernikahan adalah satu pengorbanan yang besar. Mula-mula di negara orang, walaupun beliau diterima gembira oleh keluarga di Malaysia dan sangat senang dengan budaya Melayu. Hari2 berlalu…beliau sebagai suri rumah mula merasa bosan kerana tidak berbuat apa-apa. Apabila terpandang anak-anak jiran yang hampir sebaya dengan anaknya bermain, Beliau terfikir “saya ada diploma jahitan mengapa tidak saya manfaatkan”. Beliau memulakan langkah pertama dengan membeli kain dan menjahit  baju gaun kanak kanak sementelah abang iparnya menghadiahkan sebuah mesin jahit. Bermula berniaga di sekitar kediamannya dan mengumpul modal sendiri, sehingga cukup modal, beliau membeli mesin jahit yang lebih baik dan boleh membuat sulaman. Membuat sarung bantal dan alas meja adalah misi seterusnya. Kain “saprah” kecil di jual dengan harga RM4.50 dan kain saprah besar dengan harga RM6.00. Manakala 4 sarung bantal, 2 sarung bantal peluk berserta cadar bersulam dijual dengan harga RM 35.00…
 
Selepas dari itu beliau menceburkan diri dalam perniagaan pinggan mangkuk pula. Semua dibeli mengikut kiraan dozen dan dijual mengikut hidang. Dimasa ini beliau telah menetap di Mersing semasa menjalankan perniagaan ini beliau sgt sibuk dengan aktiviti perniagaan hingga mengganggu masa bersama keluarga dan juga ganggu waktu makan. Beliau juga ada membuat  perniagaan “direct selling” menjual buku Ensiklopedia sehingga mendapat pingat emas sebagai team manager terbaik seluruh negeri Johor. Pernah mendapat pakej perlancongan keluar negara keana kecemerlangan beliau terbabit, tetapi terpaksa beliau tolak kerana memikirkan anak2 yang masih kecil. Oleh kerana waktu kerja yang tak menentu dan sering meninggalkan waktu makan,  beliau menghidap penyakit gastrik ulser. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berehat panjang dari bisness MLM dan pinggan mangkuk
 
Setelah berehat panjang dari perniagaan MLM, beliau yang memang jenis tidak boleh duduk diam, memulakan perniagaan baru menjual cili mesin buatan sendiri di kedai-kedai mara. Mula membuat cap sendiri untuk cili mesin. Dibungkus dengan cap bunga raya dan bila mendaftarkan ia tak sah kerana bunga raya adalah lambang khas untuk negara kita dan setiap rakyat berhak menggunaakannya. Setelah berfikir panjang, akhirnya beliau menggunakan nama sendiri untuk membuat cap pada semua bungkusan produknya. Setelah agak lama menjual cili mesin beliau berkata kepada suami ” Kalau kita buat kari sedap agaknya”. Kerana niat hendak menjual kari dan rempah, beliau memanggil seorang tua (dirahsiakan) yang sangat pandai untuk memasak kari. Barang-barangnya di beli oleh beliau sendiri dengan maksud ingin melihat apakah rahsia orang tua ini masak. Bila melihat orang tua ini masak, rasanya mudah saja kerana main cekut-cekut tanpa sukatan dan hasilnya memang sedap. Bila beliau masak sendiri dan main cekut-cekut atau agak2 rasanya tidak sedap. Akhirnya beliau mula menyukat satu-satu bahan dan mencuba masak dan di jamu kepada kawan-kawan untuk meminta pandangan. Kadangkala kurang pedas, ditambah pedas kurang seri pula warnanya. Beliau terus mencuba sehingga 6 bulan, barulah mendapat sukatan yang tepat untuk ramuan yang mantap…

 

Gambar di atas adalah keratan akhbar antara kisah suka duka ketika membangunkan perniagaan.
 Di bawah ini adalah gambar-gambar bungkusan rempah ratus pada masa ini..
 
 

Pada tahun 70an, beliau tinggal di Kluang kerana mengikut suami yang bertugas di sana…Di sana beliau mula berniaga barang-barang runcit. Di sinilah beliau mula mengenal jenis-jenis beras. Pada masa itu beras cuma ada tiga jenis sahaja. Beras A1, beras wangi dan Basmathi. Perniagaan2 sebelum ini tiada lesen perniagaan kerana beliau berniaga di rumah tempat beliau menetap dan rumahnya ialah rumah pegawai kerajaan, sudah tentu tiada lesen yang akan diluluskan. Akan tetapi walaupun beliau berniaga tanpa lesen dan tidak di ketahui pihak penguasa, beliau tidak pernah sekalipun lupa untuk membayar zakat dan cukai pendapatan pada kerajaan dan dibayar menggunakan nama suami. Sebelum ini semasa jual baju gaun secara kecil-kecilan pun beliau tetap membayar zakat…Pesannya kepada saya “paling mustahak, zakat. Jangan tak bayar”

 
Ingin tahu kisah selanjutnya? Antaranya ialah

 

  1. Beli kedai no 13 ? kebakaran?
  2. Cerita sedih dari diari
  3. Rahsia besar orang cina berniaga
  4. Hamba Allah membawa rezeki besar & Kisah Lesen esklusif bernas
  5. Program bersamamu
  6. Impian besar Dan Rahsia kejayaan
Nantikan sambungan akan datang dengan petualangan dan liku yang penuh pancaroba. Jumpa lagi…..
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: