5 MAKANAN ELAK DARAH TINGGI

by azszua03 on 8 October 2014

Apabila usia menginjak ke angka 30 tahun, statistik menunjukkan ramai dikalangan rakyat Malaysia mula menghidap penyakit darah tinggi. Ramai yang mengambil mudah penyakit ini walaupun sedia maklum bahawa akibat dari penyakit darah tinggi ini sangat bahaya. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan jantung harus bekerja lebih keras untuk mengalirkan darah keseluruh tubuh. Jika tidak dirawat boleh mengakibatkan risiko penyakit jantung atau angin ahmar lebih tinggi.
Oleh itu penjagaan pemakanan adalah sgt  penting untuk mengawal tahap tekanan darah anda. Ada beberapa jenis makanan yg terbukti boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Antara 5 dari makanan tersebut ialah :

1. Sayur Bayam.

Sayur bayam terkenal dengan kandungan kalsium dan magnesium yang sgt hebat dalam mengawal tekanan darah. Oleh itu pengambilan sayur bayam sgt digalakkan oleh pakar pemakanan. Pastikan setiap 2 atau 3 kali seminggu anda menyediakan sayur bayam dalam hidangan keluarga anda. Selain ianya penuh dengan khasiat, ia juga merupakan sumber tenaga untuk tubuh kita. Cara penyediaan makanan juga harus lah dititikberatkan agar khasiat bayam tidak disia siakan.

2. Coklat gelap

Wah…bila sebut tentang coklat semua pasti akan bimbang membayangkan berat badan akan naik bila makan coklat ataupun coklat akan mengundang diabetes!…oh takut! Nak kawal tekanan darah sekali diabetes pula yg hinggap yer? Jangan salah tafsir…ada sukatan yang perlu anda tahu. Coklat gelap hanya perlu diambil antara 25 hingga 30 kalori sahaja sehari. Tak perlu lebih dari itu. Tahukah anda pengambilan sedikit coklat gelap setiap hari memberi manfaat kepada kesihatan pembuluh darah seperti menurunkan tekanan darah dan juga meningkatkan aliran darah ke otak dan jantung. Ini kerana coklat gelap mengandungi sejenis bahan iaitu flavanols.

3. Tomato

Tomato mmg terkenal dengan sumber makanan baik untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa tomato adalah sangat bagus untuk mengawal tekanan darah tinggi kerana tomato mengandungi bahan antioksidan yg tinggi. Anda nak tahu apa kandungan lain yg ada dalam tomato? Baca artikel saya sebelum ini mengenai Lychopene dalam entry Tips utk elak strok. Ok, pastikan anda mengambil tomato secara mentah bagi memastikan khasiatnya terus anda serap. Salad adalah cara penyedian makanan terbaik  untuk tomato. Selain itu juga boleh dijadikan sebagai ulaman dan makanan ringan.

4. Susu

Semua orang tahu bahawa susu adalah sumber makanan yang tinggi kandungan kalsium, kalium dan vitamin D. Ia sgt membantu dalam mengurangkan tekanan darah sekaligus menguatkan tubuh dan menyihatkan. Pastikan lebih dari 2 gelas susu sehari untuk mendapatkan khasiat paling minumum. Namun, jika anda tidak boleh menyediakan hidangan 2 gelas susu sehari, Ostematrix adalah produk yg sangat mudah diambil dan lebih efektif. Kandungan kalsium yg tinggi dan vitamin D serta mangan menjadikan Ostematrix senang diserap oleh tubuh.

5. Kacang soya.

Soya telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak 5000 tahun yang lalu. Walaupun pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan soya, tapi soya terus membuktikan keberkesanannya sebagai makanan tambahan dari sumber protien yg terbaik. Kajian juga membuktikan bahawa soya tidak memberi kesan terhadap pesakit kanser sekalipun diberikan kepada bekas pesakit kanser payudara. Kisah lanjut berkenaan soya boleh dibaca pada entry seterusnya. Disini saya cuma ingin menyampaikan bahawa, soya adalah salah satu makanan yang baik untuk mengawal tekanan darah. Pastikan soya yang anda makan atau minum adalah Non GMO (tidak diubahsuai genetik) seperti soya dari produk Shaklee iaitu Energyzing Soy Protien (ESP).

 

NAK ORDER SET DARAH TINGGI DAN KOLESTEROL? JOM!

 

 

 

h

 

 

Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb : NoorAzmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: