SUMBANGAN KEPADA PONDOK REMAJA TAPAH, PERAK

by azszua03 on 22 October 2014

Assalamualaikum w.b.t…
Hari ini, 20hb Oktober 2014, hari terakhir jelajah untuk projek Gerak Gempur Supermom (GEGEMASU 2014). Kami, diketuai oleh Master Kamarul Bahrin dan Master Hadhatina founder “Supermom Academy” mengakhiri lawatan kami ke sebuah sekolah tahfiz di Tapah iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Wal-Qiraat ADDIN-4 (MTQ4). Alhamdulillah kami disambut mesra oleh ustaz-ustaz dan juga anak didik Maahad Tahfiz tersebut dan dijamu dengan hidangan tengahari.
Tujuan lawatan kami ini ialah bagi menyampaikan sumbangan Master Kamarul, Master Hadhatina dan juga sumbangan mereka yang bernaung dibawah Supermom Academy. Alhamdulillah, semoga sumbangan tersebut dapat menokok tambah tabungan MTQ4 untuk merialisasikan impian membina ” Pondok Remaja”

pondok remaja tapah, pondok remaja,maahad tahfiz tapah, MTQ4, sumbangan pelajar tahfiz, sekolah pondok, aktiviti supermom, shaklee bisnes, perniagaan shaklee

Apa itu “Pondok Remaja”?

Pondok remaja adalah hasil kerjasama antara Pusat Pengajian dan Perniagaan Pondok Remaja (IP 0407064-D) dengan Pertubuhan Usahawan Muslim Malaysia (PPM-001-28122013) dan Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat Addin-4 (MTQ4). Tujuan penubuhan Pondok Remaja ini ialah untuk memberi peluang pengajian agama dan keusahawanan kepada remaja atau pelajar lepasan SPM yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka keperingkat lebih tinggi. Ia bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berwibawa dan mampu menyumbangkan kepada pembangunan negara dan agama.

Lokasi Pondok Remaja

Lokasi untuk operasi Pondok Remaja ini ialah diatas tanah wakaf berkeluasan 1.6 ekar no lot 136 yang beralamat di Kampung Raya (Mukim Batang Padang) 35000 Tapah Perak. Di atas tanah inilah perancangan untuk membina beberapa bangunan untuk keperluan remaja2 yang akan dididik menjadi seorang da’i yang kuat ilmu agamanya, hafiz dan usahawan muslim yang bijak.

Agenda Pendidikan Pondok Remaja

Agenda utama sistem pendidikan di sekolah ini sangat unik dan pada pandangan saya sangat bagus. Memang jarang atau mungkin tidak pernah saya temui sebuah institusi pengajian yang sebegini. Apa agendanya?
1- Hafazan Al Quran dan matapelajaran agama aliran pondok
2- Matapelajaran perniagaan dan keusahawanan
3- Kemahiran hidup dan jatidiri.

saya yakin dan percaya, Pondok Remaja akan melahirkan ramai da’i yang bijak dalam perniagaan juga disamping memartabatkan semula sistem perniagaan islam terutama menjauhi riba’.

Berapa Kos Cadangan Pembangunan Pondok Remaja?

Di atas tanah yang telah diwakafkan oleh seseorang, kos pembangunan yang dibentangkan  beranggaran RM500k. Pembangunan melibatkan Satu Blok Kelas, Satu blok Asrama, Surau, Tandas, Kantin, Rumah kakitangan, pagar, wakaf, dan kelengkapan bangunan yang lain.

pondok remaja tapah, pondok remaja,maahad tahfiz tapah, MTQ4, sumbangan pelajar tahfiz, sekolah pondok, aktiviti supermom, shaklee bisnes, perniagaan shaklee
Bersama pelajar Tahfiz MTQ4 yang mungkin juga akan diserap ke Pondok Remaja selepas SPM atau 18tahun.

Bagaimana ingin membuat sumbangan?

Anda boleh menyumbang kepada Pondok Remaja melalui:

Pejabat Urusan
No. 30, Persiaran Damai II,
Taman Damai, 35000
Tapah, Perak

AJK Jemaah pentadbiran :
Pengerusi – Ustaz Wan Termizi Bin Abdul Aziz 019-5101772
Tim Pengerusi – Ustaz Apawani bin Abdul Wahab 019-4499241
Setiausaha – Ustaz Mohd Fazali bin Abdul Manas 013-5305228
Bendahari – Ustaz Ismail bin Ibrahim 019-5028604

Akaun Bank
Maybank : 5581 2750 3907 (Pusat Pengajian dan Perniagaan Pondok Remaja)

Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan sumbangan murni anda. Oh ya, saya bukan salah seorang AJK Pondok Remaja. Saya cuma menyampaikan hasrat mereka melalui penulisan entry blog ini melalui pengalaman saya.

Hubungi saya hanya sekiranya anda ingin mendapatkan PRODUK SHAKLEE atau ingin menyertai PERNIAGAAN SHAKLEE bersama saya. Insyaallah setiap pembelian anda hasilnya sedikit sebanyak dpt juga saya sumbangkan kepada mereka.

Your Trusted SID
Noorazmiah Mohamad/Huzair B. Bahrin
Wsp : 0103223139/0103223137
Fb :Noor Azmiah Mohamad
ig : nurqasehoutlet

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: