KENAPA SAYA BENCI PERNIAGAAN MLM?

by azszua03 on 28 January 2015

Bangun suboh tadi terbaca satu status di FB, cerita pasal bisnes MLM….intai2 komen yg berderet….fuhhh…ramai rupanya yang tak puas hati ngan bisnes MLM ni termasuklah si penulis status tersebut….simpati saya pada mereka2….tu jer yag mampu saya kataka sambil tersenyum2 membaca komen berunsur kemarahan tersebut….so, terus terfikir nak tulis entry nih…taklah harapkan pengomen2 tersebut membaca pun….tapi sesiapa la yg sudi nak membaca supaya terbuka sedikit minda mengenai bisnes MLM. Dan syaratnya bukalah hati dan berlapang dada kalau nak teruskan pembacaan entry nih….

KENAPA SAYA BENCI MLM?

Dulu saya pun pernah benci pada MLM….dengar jer org sebut MLM terus rasa meluat…. sebabnya saya pernah join juga satu MLM nih…kiranya join membuta tuli…sbb nak jaga hati kawan la nih, dan termakan janji2 manis dia…so join la…sanggup keluarkan beratus2 hengget sbb nak join…last2 duit burn camtu jer….sbbnya MLM yang nih mmg betul2 jual air liur…pastu konsep dia mmg kalau dah kena tipu, nak duit modal ko balik, ko kena tipu org pulak….ko janjilah apa sekali pun…bulan dan bintang asalkan org tu sanggup keluarkan duit…tapi saya nih jenis tak sampai hati dan tak tergamak nak menipu duit orang…was2 dengan hasilnya…confirm la tak berkat kan?
So, bertitik tolak dari situ, dengan tak pernah dpt apa2 hasil, satu sen pun duit modal tak kembali, saya tanam dalam minda dan hati bahawa “MLM NI PENIPU JER”…thats why masa baca komen2 kat FB tadi saya senyum jer sbb saya pun pernah melalui semua tu… ditipu dan diminta utk menipu adalah istilah saya utk bisnes MLM….

BISNES MLM YANG SAYA PASTI AKAN HINDARI

 

  • MLM yang tunjangnya menunjuk kemewahan dan gaya hidup umpama “Raja”.  
Jenis yang ini mmg bersepah kat media2 sosial kan? Tunjuk duit kat tangan berkepok2, tunjuk kereta mewah berderet2, tunjuk barang emas berutas2, tunjuk cek besau2…yang ratus2 ribu….adoi, lemas mak! masalahnya yang ditunjuk tu bukan dia punya pon….yang sibuk dok tunjuk2 tu mereka2 yang baru jer join MLM tu…yang baru jer register ahli 2-3jam lepas, pastu langkah pertama mesti tunjuk kemewahan “org”….atau mungkin kemewahan upline diaorg. Annoying betul la…bukan dengki tau…tak dengki pun dengan mereka2 yg “mungkin” betul hidup mewah tu, tapi annoying dengan sikap org kita yang nak cepat kaya…sanggup jaja kemewahan orang sbb nak soh orang join dia buat bisnes tu. Weird sungguh dengan orang yang sikap gini….

mlm haramjadah, mlm networking, benci mlm, mlm penipu, boikot mlm, mlm yang bagus, tak suka mlm, jual produk, jual air liur, janji manis, duit lesap, menunjuk kemewahan

Duit mampu menambat hati ramai orang

Persoalannya…..perlu ker tunjuk kekayaan org utk kita jadi kaya? BIG NO here!
  • MLM yang berasaskan “JUAL AIR LIUR”
ok bab yg nih mmg nampak nau menipunyer…rasanya orang kita paling byk terpengaruh dengan MLM cam nih la kan….sbb orang kita nih mmg terkenal nak kerja senang, tapi nak duit banyak….kalau nak kenal MLM jenis mcm ni ayat pengikat kasihnya mesti bunyi camnih…
Tak perlu susah2 jual produk….tak perlu buat kerja…dok goyang kaki jer..nanti duit berkepuk2 masuk akaun anda”. 
Tapi yang peliknya, ada jugak yang percaya tuuuuu…..hadoi ai…kesian sungguh, pastu bila dah tahu kena klentong mula la boikot semua MLM…asal MLM jer penipu…padahal kaki tipu nya dr MLM haramjadah ni jer…..MLM jenis ni takyah penat2 pun angkut produk atau buat susah payah nak fikir nak jual produk. Modalnya cuma “Air liur” dan kalau ada bawa la fail sekeping. Cakap mau manis. Janji mau bintang dan bulan, kalau tak nanti orang tak percaya. Haramjadah betul kan? hahaha….
  • MLM yang menjadikan produk hanya sebagai “wayang”
Ha, jangan tak tahu…yang jenis nih lagi la saya boikot habis2an….sebabnya, jual produk yang kualiti entah apa2 tapi harga ribu2…puloh ribu pun ada….yang jadi mangsanya orang2 yg baru nak join, kena modal puloh2 ribu…pastu produk tak terjual…upline dah lepas diri sbb dia dah dpt apa yg dia nak…last2 produk yg puloh ribu tu dok bawah katil…nak lelong murah2 pun fikir beratus kali sbb modal dah terbenam puluh ribu, takkan dpt pulangan dua tiga ratus jer yer tak?
saya tulis nih berdasarkan pengalaman kawan2…ramai rupanya kawan2 saya yang kena…mereka ni dulu seolah2 “dipaksa” dan terpaksa memaksa ahli2 baru jika ingin berndapatkan modal semula. ada yang sampai ke hari ni masih membayar hutang bank akibat dari penjaman utk berniaga MLM. Tapi ramai juga yang tak serik….tabik spring dengan mereka yg tak serik nih sbb tak menyalahkan MLM seumur hidup mereka…kalau tak saya tak jumpalah mereka2 ini….
  • Bisnes MLM yang menjual nama agama
Yang ini saya takde pengalaman sendiri, tapi dari ceramah2 agama saya ada dengar, dan pernah juga terbaca dari tulisan2 mereka yang pakar bab agama tentang perniagaan yang menjual nama agama. Nasihat saya yang ini kalau boleh avoid la…tak kisah kita nak berniaga apa pun, tapi jangan jadikan agama sebagai penarik kepada penjualan produk atau syarikat2 tertentu. dan jangan sampai memburukkan produk lain hanya kerana produk yang anda jual mengandungi sesuatu yang disebut di dalam Al Quran. Apa lagi dengan mengunakan duta2 produk yang terdiri dari golongan agamawan untuk melariskan perniagaan anda. Saya menyokong dan mengamalkan produk2 tempatan, dan gembira sekiranya banyak produk2 tempatan dapat diketengahkan agar setanding dengan kualiti produk antarabangsa. Tapi jika diselewengkan dengan menggunakan agama mmg saya tak setuju. BIG No here too.
oklah, tu jer yang saya nak share dengan kawan disini. Hati2 bila memilih perniagaan MLM, dan perlu anda tahu juga tak semua MLM tu sama. MLM cuma salah satu jenis perniagaan sahaja, sama juga mcm jenis perniagaan Peruncitan, dibawah peruncitan ada pelbagai jenis perniagaan dalam kategori Runcit. Begitu juga dengan MLM, mmg pelbagai jenis, cuma kaji dan selidiki dulu MLM yang anda ingin sertai….tak semuanya buruk dan menipu, walaupun tak banyak yang begitu. Semoga anda semua dilindungi dan dipermudahkan urusan oleh nya
Nak tahu MLM apa yang saya sertai boleh klik disini…alhamdulillah dah lebih 2 setengah tahun saya masih setia…dan dah byk muka2 gembira bersama saya….
Depressing Quotes 0001-0003 (Funny Quotes) (13)

Buat apa pun kena USAHA, takde istilah GOYANG KAKI dek non…..

 

Hanya Shaklee!
Azmiah & Huzair
Wsp: 010-3223139
Call 019-2423139
I.G : Kakmiah_jualshaklee

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: