BERAPA BACAAN NORMAL GULA DALAM DARAH ?

by azszua03 on 2 February 2015

Assalamualaikum…bertemu lagi…hari in saya nak buat sambungan dari entry sebelum ni yang bertajuk Bagaimana Uji Kadar Gula Dalam Darah?….entry kali ni saya nak terangkan pula tentang bacaan normal dan juga bacaan berisiko diabetes.

Bila waktu yang sesuai untuk buat ujian kadar gula dalam darah?

ok, sebenarnya waktu untuk membuat ujian kadar gula dalam darah adalah bergantung kepada situasi dan keadaan seseorang individu. Biasanya terdapat 4 waktu atau situasi yang membolehkan seseorang doktor ataupun individu mendapatkan bacaan kadar gula dalam darah :

  • (FBS) Fasting Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan dimana individu tersebut telah berpuasa sekurang2nya 8 jam sebelum ujian dilakukan.
  • (2HPP) 2-Hour Postprandial Blood Sugar ataupun ujian yang dilakukan terhadap individuan selepas 2jam individu terbabit mula makan. Ujian ini bagi mengetahui keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin.
  • (RBS) Random Blood Sugar atau ujian kadar gula secara rawak ini dilakukan tanpa idividu terbabit berpuasa sebelum membuat ujian. Jika bacaan gula dalam darah individu terbabit luar biasa atau terlalu tiggi, kemungkinan besar megidap diabetes. walau bagaimanapun ujian ini tidak boleh mengesahkan keputusan tersebut. Perlu ujian selanjutnya.
  • (OGTT) Oral Glucose Tolarance Test yang ini ramai yag biasa dengar kan? Khas buat ibu2 hamil utk pemeriksaan samada mengidap diabetes atau sebaliknya. Ibu hamil akan diambil sampel darah untuk diuji sebelum dan selepas diberi minum air gula.Diabetes merbahaya untuk ibu hamil.

 

Berapa Bacaan Normal Kadar Gula Dalam Darah?

Soalan ni selalu kita dengar kan? sebenarnya bacaan kadar gula dalam darah yang diambil boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Bacaan2 ini hanya diambil kira untuk situasi Fasting Blood Sugar (FBS), 2-Hour Postprandial Bload sugar (2HPP) dan Random Blood Sugar(RSB). Untuk OGTT perlu refer jadual lain. Jom cek anda berada ditahap yang mana.
  • ~ Bacaan dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg/dL (Normal)

Jika angka yang keluar di Glucometer adalah dalam julat 3.9-5.5mmol/L, anda dikategorikan normal dan bebas dari Diabetes.

  • ~ Bacaan dari 5.6-6.9mmol/L atau 100-125mg/dL (Berisiko menghidapi diabetes)

Jika bacaan dalam julat 5.6 hingga 6.9mmol/L, dan anda membuat pemeriksaan pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), hati hati kerana anda berisiko tinggi menghidap Diabetes. Tapi sekiranya anda membuat pemeriksaa pada situasi 2-Hour Postprandial Blood Sugar (2-HPP) bacaan ini bukan penentu, sebalikya kemungkinan anda berada di garisan berisiko menghidapi Diabetes.

  • ~ Bacaan dari 7.0mmol/L atau 125mg/dL ke atas (Diabetes)

Jika anda mendapat bacaan 7.0mmol/L atau lebih pada situasi Fasting Blood Sugar (FBS), anda adalah penghidap diabetes. Sila dapatkan nasihat doktor segera.

hi-glucometer, kencing manis, ESP, produk shaklee, diabetes, glucometer, bacaan normal, bacaan diabetes, berapa bacaan diabetes, gula tinggi


Jika anda disahkan menghidapi Diabetes, Jangan panik, insyaallah ada pelbagai cara untuk menanganinya.

Your Trusted SID

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 8 comments… read them below or add one }

shukran TQ February 5, 2015 at 12:32 pm

thanks.. perkongsian yg mnarik… btw,visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ….Happy blogging

Reply

azmiah mohamad February 13, 2015 at 3:28 am

terima kasih singgah….dah visit blog awak juga…tq

Reply

yatt abdullah October 9, 2015 at 4:12 am
Syafiera Yamin October 19, 2015 at 9:54 pm

Saya harini kenan cek gula dal darah.. saya berhenti makan sebelum pukul 11 malam.. cek pukul 8.. tapi saya terminum air masak sedikit tadi pukul 5 pagi.. Hmm. Hopefully dapat lah bacaan 3.9..

Terima kasih perkongsiaan

http://Www.syafierayamin.com

Reply

Syafiera Yamin October 19, 2015 at 9:54 pm

Saya harini kenan cek gula dal darah.. saya berhenti makan sebelum pukul 11 malam.. cek pukul 8.. tapi saya terminum air masak sedikit tadi pukul 5 pagi.. Hmm. Hopefully dapat lah bacaan 3.9..

Terima kasih perkongsiaan

http://Www.syafierayamin.com

Reply

noor afiqah Rijaluddin December 2, 2015 at 1:03 am

Assalam,

semalam saya membuat random check dan bacaan adalah 3.2
jika bacaan bawah paras normal adakah ok?
saya sekarang hamil 15minggu

Reply

azmiah mohamad December 8, 2015 at 4:40 am

wslm…jika bacaan terlalu rendah juga bahaya untuk puan. kekurangan gula akan membuatkan badan lesu dan lemah kemungkin boleh menyebabkan puan pengsan. pemakanan harus dijaga dan ambillah makanan tambahan utk tubuh buan serta bayi dlm kandungan. boleh hubungi saya 0103223139 utk consultation

Reply

azmiah mohamad December 8, 2015 at 4:44 am

kawal berat badan supaya tidak mendadak naik…berat badan berlebihan meninggikan risiko diabetes

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: