KOMPLIKASI HIPOTIROIDISME KEPADA KEHAMILAN DAN BAYI

by azszua03 on 3 March 2015

Penyakit tiroid adalah salah satu masalah yg berpunca dari sistem endokrin tubuh manusia. Sistem ini berkait rapat dengan hormon badan manusia. Masalah tiroid ketika hamil atau hipotiroidisme maternal adalah sangat merbahaya kepada ibu dan sekaligus bayi yang dikandung. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera.

Hipotiroidisme yang lazim terjadi kepada wanita semasa hamil adalah bersifat auto imun semulajadi. Maksudnya, tubuh membentuk antibodi sendiri untuk melawan sel sel tiroid. Keadaan ini seterusnya amat memberi kesan kepada kelenjar tiroid.

Antibodi yang menyerang sel sel tiroid ini menyebabkan keradangan pada kelenjar tiroid (tiroid limfosit atau hashimoto). Apabila terjadi tiroid limfosit atau keradangan kelejar tiroid ini, maka akan menyebabkan masalah hipotiroidesme (hypothyroidisme).

KOMPLIKASI HIPOTIROIDISME MATERNAL KEPADA KEHAMILAN

Hypotiroidisme memberi komplikasi kepada ibu yang hamil dan juga kepada bayi yang dikandung. Jadi sangat penting untuk wanita yg mempunyai sejarah penyakit tiroid atau pun mempunyai simptom simptom masalah tiroid untuk mendapatkan rawatan segera.

Antara komplikasi yang berlaku kepada ibu hamil ialah

  1. Tekanan darah tinggi,
  2. Keguguran,
  3. Kelahiran pramatang,
  4. anemia,
  5. mudah terkena jangkitan,
  6. abruption placenta,
  7. arythmia (kelainan pada denyutan jantung)
  8. sakit jantung.

Semuanya komplikasi sgt berisiko tinggi. Manakala komplikasi yang mungkin akan berlaku kepada bayi yg dikandung ialah bayi berisiko mengalami masalah masalah seperti :

  1. Neonatal hypertiroidisme,
  2. Intrauterine growth restriction(IUGR),
  3. Kematian selepas kelahiran,
  4. lahir pramatang, dan
  5. kemungkinan mengalami kecacatan mental.

{ 1 comment… read it below or add one }

Ummi Jual Vitamin August 25, 2015 at 3:14 am

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: