APA ITU CYST? BAHAYAKAH CYST?

by azszua03 on 5 March 2015

Mengimbau kenangan 7 tahun dulu sewaktu disahkan terdapat cyst sebesar 8 cm di dalam rahim saya, ngeri rasanya. Segalanya2nya bermula apabila bahagian bawah perut belah kiri selalu sengal dan sakit2. Dan pada satu hari saya mengalami masalah susah utk kencing. Pundi kencing rasa penuh tapi kencing tidak lawas. Saya terus membuat pemeriksaan disebuah Poliklinik dan mendapati saya terkena UTI atau kencing kotor, tapi apa yang lebih mengejutkan ialah doktor yang membuat pemeriksaan memaklumkan terdapat kelainan pada bahagian rahim saya. Ok, waktu ini mmg sgt menakutkan yer kawan2….doktor Poliklinik meminta agar saya terus ke hospital utk pemeriksaan lanjut. Waktu tu suami pun dah risau juga.

Keesokkannya kami mengambil keputusan untuk ke Mahkota Medical Center dan terus berjumpa dengan pakar sakit puan. Ingat lagi nama doktor tu, Dr Lee. Setelah membuat ujian X-ray, Dr Lee mengesahkan terdapat ketumbuhan pada rahim saya. Terkejut sgt. Dr Lee beritahu size ketumbuhan tersebut ialah lebih kurang 8cm. Cuma semasa pemeriksaan Dr Lee menyatakan dia belum dapat memastikan bahawa ketumbuhan tersebut adalah cyst ataupun kanser. Lagilah seriau bila dengar. Mmg doa byk2 masa tu agar bukan penyakit yang satu tu. Oleh kerana ketumbuhan tersebut besar, Dr Lee menasihatkan kami supaya melakukan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut dengan segera. Dalam minggu yang sama pembedahan berlangsung dan ketumbuhan tersebut berjaya dibawa keluar. Suami berkesempatan utk melihat ketumbuhan tersebut dan doktor mengesahkan ia adalah salah satu jenis Cyst iaitu Dermoid Cyst. Alhamdulillah sbb bukan kanser yang ditakuti.

sista ovari, pengalaman cyst, cyst bahaya, dermoid cyst, jenis cyst, masalah wanita, hormon, protesteron, estrogen, kanser ovari, shaklee product, produk shaklee utk cyst, ovari, kesuburan, ketidaksuburan
Dermoid Cyst

Itu dia sedikit pengalaman saya mengidapi cyst. Ok jom saya terangkan apa itu Cyst ataupun dlm bahasa melayunya Sista. Tentu ramai yang nak tahu kan.

APA ITU CYST?

Cyst ada pelbagai jenis dan boleh berlaku dimana2 bahagia tubuh manusia. Tapi yang selalu berlaku kepada wanita ialah Ovarian Cyst atau Sista Ovari. Ovarian Cyst juga terdapat dalam pelbagai jenis. Disini saya ceritakan tentang Ovarian Cyst.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.

sista ovari, pengalaman cyst, cyst bahaya, dermoid cyst, jenis cyst, masalah wanita, hormon, protesteron, estrogen, kanser ovari, shaklee product, produk shaklee utk cyst, ovari, kesuburan, ketidaksuburan
Ovarian Cyst

 

Bagi wanita2 diluar sana, byk faktor yang menyebabkan terjadinya cyst. Faktor utama sudah tentu pemakanan. Dan cyst boleh mengganggu dan menjejaskan fungsi kewanitaan. Nanti saya ceritakan jenis2 cyst, simptom simptom penghidap cyst dan juga rawatan yg wujud untuk merawat cyst pada entry akan dtg.

Perkongsian ilmu dan pengalaman
SIDPro,

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: