SIMPTOM SIMPTOM MENGESAN OVARIAN CYST

by azszua03 on 5 March 2015

Assalamualaikum….dah baca tak pengalaman saya tentang Cyst dalam entry sebelum ni? Ok hari ni saya share tentang simptom simptom penghidap cyst yang saya dapat melalui pembacaan dan juga pengalaman saya dulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.

SIMPTOM SIMPTOM OVARIAN CYST

  •  Tekanan, Bengkak atau sakit dibahagian perut dan pelvik.

Ini simptom yang paling selalu dihadapi oleh pengidap cyst. Pesakit akan merasa bahagian perut dan pelvik semakin membengkak atau membuncit. Kadangkala diikuti dengan kesakitan yang tidaklah terlalu kuat tetapi menyebabkan tidak selesa. Biasanya keadaan ini berlaku setelah cyst membesar atau sudah memenuhi ruang dan memberi tekanan kepada organ berhampiran seperti buah pinggang atau pundi kencing.

Saya juga mengalami simptom ini sebelum saya mengetahui bahawa terdapat cyst di ovari saya.

simptom cyst, simptom sista ovari, sakit bahagian perut, shaklee cyst, pendarahan abnormal, bleeding, ketidaksuburan, ganggu fungsi ovari, cyst bahaya,perut buncit sbb cyst, sakit ketika seks, sakit ketika haid
Sakit pada bahagian tertentu
  • Masalah pembuangan Air kencing.

Cyst yang dikesan lebih lewat dan telah membesar akan menyebabkan gangguan kepada organ lain terutamanya pundi kencing yang terletak berhampiran dengan ovari. sekaligus akan menyebabkan masalah pada pembuangan air kencing seperti kerap kencing dan tidak lawas. Cyst yang membesar akan memberikan tekanan terhadap pundi kencing.

Simptom ini saya hadapi dan sehingga menyebabkan saya mendapat masalah kencing kotor atau UTI akibat dari pembuangan air kencing yang tidak teratur.

  • Sakit Semasa Hubungan kelamin atau semasa Haid

Pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin ataupun sewaktu haid akan menyebabkan cyst turut terlibat. Pesakit akan merasa sengal dan sakit dibahagian cyst.

simptom cyst, simptom sista ovari, sakit bahagian perut, shaklee cyst, pendarahan abnormal, bleeding, ketidaksuburan, ganggu fungsi ovari, cyst bahaya,perut buncit sbb cyst, sakit ketika seks, sakit ketika haid
  • Pendarahan tidak normal

Cyst sebenarya mula terjadi semasa proses ovulasi wanita. Semasa proses ovulasi ini, perubahan perubahan hormon menjadi faktor utama perkembangan cyst sekaligus menentukan sama ada cyst hilang secara semulajadi ataupun ianyanya terus membesar. akibat dari perubahan2 hormon ini, sistem peranakan wanita yang sgt sensetif kemungkinan akan terjadinya pendarahan yang tidak normal seperti pendarahan yang berpanjangan tapi sedikit.

Selain dari simptom2 diatas, ada beberapa lagi simptom seperti pertambahan berat badan, sakit di payudara dan juga rasa tidak selesa pada belakang dan peha. Sila dapatkan pemeriksaan dari pakar sakit puan sekiranya anda mengalami simptom2 seperti diatas. Jangan tunggu untuk membuat pemeriksaan dan pengesahan.

SIDPro,

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 6 comments… read them below or add one }

azira wati March 6, 2015 at 11:43 am

Pengalaman yang sama dialami..

Reply

azmiah mohamad March 6, 2015 at 12:22 pm

jangan lupa utk kongsikan…

Reply

Nurul Muhayat June 14, 2015 at 2:09 pm

As'salam.. sy bru kt sini.. Sy nk tnya , peluang utk hamil skiranya kita ada cyst cmna ?? Sbb last month , sy tlewat haid.. Spttnya sy haid 1hb.. Tp, sy kluar spotting bmula 20/4.. Sy jumpa doktor n doktor sahkan ada cyst bsaiz 1.91×2.12.. Doktor bri supplement utk naturalkan hormon shj.. Slps mkn supplement , 7hb sy period tp xlma.. Cuma 4hri.. Dan slps wktu subur , sy spotting utk 3hri.. Skrg sy xperiod lgi.. Nk buat UPT tkut frust plak.. Hehe.. Any suggestion x yg bleh sy buat skrg ??

Reply

azmiah mohamad June 16, 2015 at 1:52 am

Wslm nurul….cyst mmg sedikit sebanyak mengganggu hormon wanita..ada masa period akan jadi kucar kacir…tapi kalau ikutkan size cyst nurul masih kecil..insyaallah boleh kecut semula…anything boleh wasap akak 0103223139…nak tahu supplement apa yg nurul makan skrg

Reply

Nurul Muhayat June 18, 2015 at 3:11 am

Sy xambik apa2 supplement.. cma hri tu doktor beri Epo.. mkn utk 15hri.. hri nie sy spotting tp kt pantti xda pulak.. dh msuk hri ke4 kluar drh mcm nie.. risaulaa.. sy nk sgt ada bby.. 🙁

Reply

Unknown December 14, 2015 at 4:49 pm

Assalam. 2 tahun lepas sy masuk wad, doktor suspek cyst masa scan mmg nmpk benda bulat kt belah kiri tp tak lama lepastu scan lg dah kecut. Tapi kebelakangan ni bhgian kiri sy selalu berdenyut2. Tu normal ke?

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: