JENIS JENIS CYST YANG SERING DIHIDAPI WANITA

by azszua03 on 8 March 2015

Ok, sekarang anda dah tahu simptom simptom, cara utk mengesan dan pemeriksaan cyst, dan juga dah baca pengalaman saya semasa menghidapi cyst….sekarang anda perlu tahu pula jenis2 cyst yang biasanya dihidapi oleh para wanita. agak komplikated kan? tapi slow2….diharapkan artikel artikel ini semua dapat membantu anda.

JENIS- JENIS OVARIAN CYST

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst, Yang paling biasa ditemui ialah functional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau lebih mudah sewaktu ovulasi. Functional Cyst terdapat dalam 2 jenis iaitu Follicle Cyst dan Luteal Cyst. dua jenis cyst ini mudah hilang dalam masa 1-3 bulan sahaja. saya cuab jelaskan lebih terperinci dibawah yer…bersama2 jenis cyst yang lain.

  • FOLLICLE CYST

Cyst ini terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepas telur(ovum) tetapi terus membesar dan berkembang. Kebiasaannya cyst jenis ini akan hilang dalam masa 1-3 bulan kitaran.
cyst, jenis cyst, sista ovari, ovary cyst, dermoid cyst, luteal cyst, endometriosis,
             Luteal Cyst                           Follicle Cyst
  • LUTEAL CYST

Cyst jenis ini terjadi apabila selepas folikel membebaskan telur (ovum), tetapi bila ovum sudah dibebaskan kantung terus membesar. Kebanyakan cyst seperti ini akan hilang dalam beberapa minggu shj. Ia mampu membesar kadang-kadang melebihi 5cm. Cyst ini boleh pecah dan meyebabkan ovari berpusing (twisted ovary) dan sakit.

  • ENDOMETRIOMA ( CHOCOLATE CYST)

Cyst jenis ini terjadi kepada wanita yang mempuyai masalah endometriosis. Masalah ini terjadi ialah apabila tisu lapisan rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim. Cyst ini menyebabkan kesakitan terutama semasa hubungan intim dan semasa haid. Endometriosis adalah peyebab uatama kemandulan terhadap wanita.

cyst, jenis cyst, sista ovari, ovary cyst, dermoid cyst, luteal cyst, endometriosis,
Endometrioma cyst
  • CYSTADENOMA

Cyst jenis ini juga menyebabkan kesakitan. Cyst ini terbentuk daripada sel-sel dipermukaan luar ovari. Ia selalunya dipenuhi denga cecair kekuningan dan pekat. Cyst jenis juga mampu membesar.

  • DERMOID CYST

Ha, cyst jenis ini yang saya hadapi dulu. Cyst jenis ini  mengandungi pelbagai jenis tisu primitif  seperti bahan bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Cyst jeis ini juga mampu membesar.

cyst, jenis cyst, sista ovari, ovary cyst, dermoid cyst, luteal cyst, endometriosis,
Dermoid cyst

 

  • POLYCYSTIC OVARI

PCOS, Cyst jenis ini pula disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda disebabkan berlakuya ketidaksimbangan hormon. Biasanya penghidap mempuyai kitaran haid yang tidak teratur dan masalah cyst ini biasanya mengganggu kesuburan wanita. Selalunya cyst jenis ini dikesan sewaktu melakukan rawatan kesuburan dengan pakar O&G.

 

ok, bykkan jenis cyst? Ada yg nampak tak serius, ada juga yg agak menakutkan. Tapi walau apa pun anda jangan down atau give up untuk merawat jika anda menghadapi masalah ini. Masih ada byk cara untuk anda ikhtiar mengelakkan dan menangani masalah ini. Boleh cuba ikhtiar dengan supplemen Shaklee sebagaimana testimoni customer saya yang telah berjaya dengan supplemen Shaklee.

SIDPro,

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: