PEMERIKSAAN DAN TEKNOLOGI UNTUK MENGESAN CYST

by azszua03 on 8 March 2015

Salam semua….

Sambung lagi cerita tentang Cyst…bukan apa, saya tahu cyst ni mmg penyakit yang paling glamer buat kaum wanita kan…so kenalah wanita2 diluar ada info sepatutnya atau cara2 menangani masalah ini.

Jika anda  merasakan adanya simptom simptom Cyst Ovari pada diri anda. Jangan berlengah untuk membuat pemeriksaan. Terus ke klinik perubatan berhampiran untuk pemeriksaan. kebantakan cyst dikesan melalui pemeriksaan pelvik yang rutin (pelvic examiation). Sebagaimana pengalaman saya dikesan menghidap cyst 7 tahun lepas, melalui pemeriksaan diklinik. Jom saya kongsikan sedikit info yang saya tahu tentang pemeriksaan2 dan rawatan yang biasanya dilakukan untuk penghidap cyst.

Beberapa ujian yang biasanya dilakukan untuk membantu dalam perawatan cyst ialah :

ULTRABUNYI (ULTRASONOGRAM)

Ujian ini biasanya dilakukan untuk melihat sista tersebut dari segi bentuk, saiz, lokasi dan jisim iaitu sama ai dipenuhi cecair, pepejal atau campuran. Biasanya boleh dibuat pemeriksaan dimana2 klinik yang mempunyai kelengkapan ultrasonogram.

cyst, rawatan cyst, pemeriksaan cyst, kesan cyst, simptom cyst, ujian cyst, ujian darah, ultrasonogram kesan cyst, ujian darah kesan cyst, cyst ketika hamil, teknologi kesan cyst, sakit puan, supplement utk cyst, elak cyst

 

UJIAN KEHAMILAN

Ujian kehamilan boleh dilakukan untuk memastikan tiada kehamilan kepada pesakit bagi memastikan sebarang rawatan selanjutnya tidak memudaratkan sekiranya adanya kehamilan. Terdapat juga wanita yang menghidapi cyst sewaktu hamil. Doktor biasanya menasihatkan wanita hamil agar lebih mengutamakan kehamilan dan memantau size cyst sebab kebanyakkannya cyst tidak membesar bersama2 dengan janin.

UJIAN TAHAP HORMON

Ujian tahap hormon dilakukan bagi mengenalpasti sekiranya penghidap menghadapi masalah berkaitan dengan keseimbangan hormon atau terdapat penyakit lain yang berkaitan dengan hormon.

UJIAN DARAH

Ujian ini dilakukan untuk mengetahui jika cyst tersebut kemungkinan kanser. Contohya sejenis protien di dalam darah yang dipanggil CA-125, jumlah protien ini adalah lebih tinggi sekiranya pesakit tersebut mengidapi kanser ovari. Jika hanya Cyst, bacaan protien tersebut adalah normal.

cyst, rawatan cyst, pemeriksaan cyst, kesan cyst, simptom cyst, ujian cyst, ujian darah, ultrasonogram kesan cyst, ujian darah kesan cyst, cyst ketika hamil, teknologi kesan cyst, sakit puan, supplement utk cyst, elak cyst

 

Terdapat juga ujian pengimejan yang lain seperti Imbasan CT, MRI, dan pancaran positron tomography (PET). Ujian ujian pengimejan ini boleh memberikan gambaran yang lebih terperinci dan jelas mengenai jenis jenis cyst yang dihidapi. Jadi sekiranya anda ingin melakukan pemeriksaan, ujian2 seperti diatas boleh dilakukan segera dan mendapat keputusan yang lebih tepat dan cepat.

Share ilmu dan pengalaman
SIDPro,
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: