PUNCA SEMBELIT IBU BERPANTANG YANG PERLU DITANGANI

by azszua03 on 11 March 2015

Hati gusar, gundah gulana bila pertama kali nak ke tandas untuk menunaikan “hajat besar” selepas kelahiran? Rasa ngeri makin terasa apabila melalui proses bersalin secara normal terutama jika proses kelahiran menyebabkan anda menerima beberapa jahitan dibahagian vagina. Lagi parah jika segelintir ibu2 berpantang ini mengalami sembelit selepas melahirkan. Seperti ibu di dalam video ini…sengsara tau…dan jangan pandang remeh tau masalah ini, kalau tak ditangani dengan segera masalah lain pula akan timbul, kesian diaaa…..

Sembelit! Satu perasaan gelisah pasti wujud. Sebenarnya perasaan ini memainkan peranan penting. Semakin ada rasa takut untuk menghadapi keadaan ini, semakin tidak selesa anda rasa. Perasaan takut ini juga boleh menyukarkan lagi keadaan. Ia boleh meyebabkan pengecutan otot disekeliling bahagian rectum dan anus atau dubur iaitu bahagian paling hujung didalam sistem penghadaman manusia. Usus juga berkemungkinan akan memberi implikasi yang sama. Jom kita lihat apa punca sebenar yang memungkinkan terjadinya sembelit ketika berpantang.

rectum, anus, sembelit, berpantang, sembeli semasa pantang, punca sembelit, ibu hamil sembelit, ibu bersalin sembelit, sistem pencernaan,

PUNCA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

  • Sistem pencernaan menjadi perlahan.

Seorang ibu yang baru melahirkan akan mengalami proses pencernaan yang lebih perlahan berbanding biasa. Ini kerana tindak balas dari organ dan hormon ibu itu sendiri. Ini juga mungkin disebabkan hormon kehamilan masih bersisa walaupun selepas kelahiran.

rectum, anus, sembelit, berpantang, sembeli semasa pantang, punca sembelit, ibu hamil sembelit, ibu bersalin sembelit, sistem pencernaan,

 

  • Jahitan selepas bersalin normal.

Perasaan ngeri dan takut menyebabkan anda menangguh untuk menunaikan “hajat besar” anda yang mana keadaan ini sgtlah tidak diboleh diamalkan. Jika anda asyik bertangguh untuk ketandas, kemungkinan najis akan menjadi lebih keras dan menyukarkan sewaktu pembuangan. Pengumpulan direktum akan menyebabkan bermacam implikasi lagi.

  • Ubat penahan sakit seperti pethidine dan diamorfin.

Ubat penahan sakit juga menjadi punca sembelit selepas bersalin. Ubat2 ini biasanya diberi ketika proses kelahiran berlangsung. Sebenarnya ubat ubatan ini menyebabkan usus lambat utk menghuraikan makanan sekaligus menyebabkan sembelit.

  • Diet yang tidak seimbang ketika berpantang.

Ini punca paling selalu kenapa ramai ibu berpantang selalu sembelit. Tidak dinafikan byk pantang larang yg perlu dipatuhi oleh ibu2 berpantang terutama bab pengambilan air. Jika anda menyusukan bayi, pengambilan air sebenarnya sgt penting untuk sistem pencernaan anda. Makanan yang berserat tinggi juga sgt penting. Pengambilan sayur sayuran dan juga buah buahan semasa berpantang juga selalu disekat kepada ibu2 berpantang. Inilah antara faktor2 penyebab mengapa ibu2 sering sembelit semasa berpantang.

ok sekarang anda tahu dah kan punca2 yang meyebabkan sembelit selepas berpantang. so tolong ambil kira dan hati2 dengan faktor2 penyebab ni yer…insyaallah entry akan datang saya akan berikan tips2 untuk menangani masalah sembelit semasa berpantang ni pula…stay tuned!

 

Saya kongsi, saya prihatin
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: