6 TIPS UNTUK LEGAKAN SEMBELIT IBU BERPANTANG

by azszua03 on 17 March 2015

Sembelit sangat ditakuti ketika si ibu berpantang. Dengar perkataan “sembelit” pun dah cukup ngeri, apa lagi kalau mereka yang menghadapinya kan?….entry sebelum ni saya ada kongsikan tentang Punca punca Sembelit ketika ibu berpantang sebagai rujukan bagi mengenali punca sebenar sembelit sekaligus dapat menanganinya.
hari ini pula, saya nak kongsikan dengan anda semua 6 Tips untuk melegakan sembelit bagi ibu berpantang. mana tahu ianya serasi dengan anda kan. Jom teruskan membaca…
  • Ambil makanan berserat tinggi.

Lumrah semasa berpantang, ibu ibu terlalu menjaga pemakanan kerana takut badan masuk angindan menyebabkan bayi kembung jika menyusukan bayi. Tapi waktu ini, ibu2 sering lupa bahawa makanan seimbang perlu untuk sistem penghadaman yang baik. Jika makanan yang diambil tidak seimbang, tidak mengandungi serat yang tinggi, masalah sembelit akan terjadi. lebihkan sayur sayuran dan buah buahan yang sesuai dengan anda dan ambil secara berjadual.
  salad, sayur, makanan sihat
  • Segera ke tandas bila “terasa”.

Ramai yang tak ambil endah tentang ini. Bila badan sudah ready untuk membuang segala toksindari badan dansudah mendapat signal, teruslah ketandas,jangan ditahan. jika anda menangguh untuk menyingkirkan lebihan dari badan anda, ia akan mengganggu sistem penghadaman. Rectum (tempat pengumpulan najis sebelum dikeluarkan) perlu sentiasa dikosongkanagar tidak berlaku kepadatan sekaligus menyukarkan pembuangan.
  • Minum air yang cukup.

Air adalah keperluan utama tubuh badan manusia.Tanpa air, bahan2 kumuhan akan pasti menjadi keras dan kering dan menyukarkan pembuangan. waktu berpantang, sesetengah ibu ditegah untuk mengambil air yang banyak atas sebab sebab tertentu.Tetapi harus diingat air perlu cukup dalam badan apatah lagi jika anda menyusukan bayi. Saranan pengambilan air yang sihat ialah 1liter bagi setiap 25kg berat badan anda, normalnya 3 liter sehari sudah mencukupi. Byk minum, insyaallah masalah sembelit akan berlalu.
 air minum
  • Gunakan tandas cangkung.

Nampak seperti tiada beza menggunakan antara tandas cangkung dan tandas duduk. Tapi struktur tubuh sewaktu membuang air besar sebenarnya memainkan peranan penting. jika didalam keadaan mencangkung, lebih memudahkan anda membuang air besar berbanding keadaan relax duduk.
  •  Buat gerakan “menyangga dan membonjol”

Teknik ini menggalakkan pergerakan usus. Caranya ialah dengan menarik otot perut anda kedalam menggunakan tangan dan menarik nafas (menyangga) kemudian mengembungkan perut diikuti dengan menghembuskan nafas (membonjol). Lakukan secara perlahan2.  Ulangi sehingga 10 kali dalam satu masa. Pastikan kedudukan pelvis dalamkeadaan relaks.
  • Ambil supplemen

Selain utk kesihatan tubuh, supplemen juga penting bagi memastikan sistem penghadaman anda berfungsi dengan baik terutama selepas melahirkan. Jika anda mengambil Set Bersalin lengkap dari Shaklee insyaallah masalah sembelit bukanlah masalah yang akan menghantui anda kerana set lengkap tersebut mmg sgt sesuai dengan tubuh si ibu yang baru melahirkan. Selain set bersalin tersebut, anda boleh menambah kalsium dan alfalfa yang tinggi fibre sebagai supplemen melegakan masalah sembelit anda dan bagus untuk ibu yang menyusukan.

ok,itu antara 6 tips yang boleh saya kongsikan. tips2 ini saya temui melalui bacaan dan juga pengalaman dari beberapa ibu yang melalui saat sembelit ketika berpantang. Alhamdulillah, dengan mengamalkan tips2 ini dan juga pengambilan supplemen telah byk membantu menyelesaikan masalah mereka. Mesti cuba tau!
Saya kongsi,saya prihatin
Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: