KRONOLOGI BAGAIMANA P.B BERHENTI MEROKOK

by azszua03 on 18 March 2015

Assalamualaikum semua…..

Disebabkan video yang diviralkan oleh rakan2 beberapa minggu sebelum ni, ramai pulak yang bertanyakan tentang bagaimana En Penjejak Bayang (P.B) kita berhenti merokok. Ok, saya buat entry khas ini untuk jawab soalan2 anda semua yer….ada yang tak percaya PB boleh lupakan rokok sekelip mata…yelah…dah 20 tahun kot dok bersahabat baik dengan rokok..Dunhill lak tu…so, maybe ada yang tak percaya dan anggap mustahil sbb P.B berhenti tanpa sebab….tapi entry ni bukan untuk anda percaya apa yang saya katakan….tapi untuk and fikir2kan…tak perlu sebab untuk berhenti merokok….cukup dengan kesedaran diri sendiri…

oh ada lagi ke yang belum tonton video tu? sebab kalau anda belum tonton susah sikit nak faham kronologi dan input2 yang akan saya terangkan dibawah nanti. Anda tonton dulu yer pengakuan En P.B dalam video ini….

ok, terima kasih jika anda sudah menonton. sekarang saya akan terangkan perjalanan sewaktu mula suami saya “kenal” rokok sehinggalah dia berhenti secara rasminya.

Umur 10-13 tahun :

Kenal rokok dan curi2 mencuba rokok daun pakcik beliau. Nakal dulu ni kecik2, suka nak cuba macam2. Kecik2 perasan mcm dah bujang.

Umur 14-19 tahun : 

Sekolah jauh dari keluarga, lagilah semakin berleluasa merokok. waktu nih dah cuba mcm2 jenis rokok. Kawan2 pun masing2 merokok sama, so makin menjadi2lah. Family tahu dan marah. Mak mertua saya cakap ” membazir jer merokok nih, buang duit, lain la kalau kau tu dah kerja…” En. PB pegang kata2 tu sebagai lesen besar.

Umur 19-23tahun :

Mula bekerja, dan kata2 emak beliau dijadikan lesen besar untuk bebas merokok. Depan keluarga pun selamba jer. Umur 23 ni kami bertunang, dia janji nak berhenti merokok. walau camner cinta sekalipun…cinta lagi dia kat Dunhill tu….takde maknanya boleh berhenti….percubaan untuk berhenti merokok cuma bertahan selama 3bulan jer….pastu heavy semula…

Umur 24 tahun :

Kami kahwin dan sekali lagi cuba berhenti merokok sbb nak masuk dalam keluarga saya yang semuanya tak merokok, tapi tak menjadi gak…mungkin sbb “paksaan” dari saya bukan degan rela hati….

Umur 32 tahun :

Masa ni mula ada kesedaran sedikit tentang kesihatan. Mungkin mula rasa diri “dah tua”. hihihi….dan masa antara umur 24 hingga 32 tahun tu pun telah cuba beberapa kali untuk berhenti, tapi xpernah berjaya…paling lama tahan 2-3 bulan je. Umur 32 nilah en. PB cuba berhenti dengan menghadiri Kauseling di Klinik Berhenti Merokok, ganti rokok biasa kepada e-cigarette dan macam2 lagi ler….gagal…gagal…tetap gagal utk berhenti merokok…

Umur 33 tahun :

Masa ni  mmg dah kenal Suplemen Shaklee dan dah makan pun beberapa jenis supplemen seperti Vitamin C dan juga Omega Guard. Makan pun sbb tahu orang merokok nih byk radikal bebas dalam badan dan pembinaan sel2 sihat sgtlah tidak normal. Kemudian saya cuba beri beliau Vivix sebagai supplemen tambahan. Amazing!, lepas beberapa hari En. PB mengadu rasa tak sedap bila merokok. Dari situ selepas beberapa minggu beliau terus dapat melupakan rokok secara perlahan2…Alhamdulillah…

 

Umur 35 tahun :

Waktu ni, sudah 2 tahun secara rasminya en PB 100% bebas dari tabiat merokok. Lansung tak terpengaruh dengan asap rokok kawan2. Penangan konsistan 2 botol Vivix sebagai permulaan dan kesedaran untuk berhenti merokok. Sekarang dia pulak marah kalau orang merokok kat dalam kedai makan…hehehe…apa lagi kalau ada baby atau anak kecil (sbb dia waktu merokok dulu tak buat gitu)

tips berhenti merokok, stop merokok, kronologi berhenti merokok, vivix shaklee, hentikan ketagihan, hidup sihat, kesedaran
 
 

So menjawab dah segala persoalan kawan2 semua kan…so, selagi ada kemahuan dan keinginan untuk berhenti merokok, cubalah, jgn pernah putus asa. Boleh cuba tips tips berhenti merokok yang saya sharekan di entry terdahulu. Selamat berjaya!

 
 
Isteri bahagia 🙂

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: