PETUA MERAWAT BAYI KEMBUNG PERUT

by azszua03 on 1 April 2015

Seronoknya bila mencium bau bayi baru lahir. Orang kata bau syurga. Yerlah dilahirkan suci bersih tanpa secalit dosa tentunya bauan syurga masih bersama mereka. cium iesya yang masyam baru lepas bangun tido pagi2 tu pun nikmatnya….hahaha…dah 5 bulan tu…kalau yg baby2 kecil lagi tu lagi best kan?

Ermm…biasanya bayi kecil ni masalah yang selalu mereka hadapi ialah kembung perut. Pening kadang2 mak ayah tak dapat tidur malam sbb bayi mereka merengek tidak selesa. Sekali rasa perut, mak aih tegang dan bulat gitu. Kembung! kalau orang dewasa “ubat” nya mudah shj, telan 3 biji Peppermint Ginger keluarlah anginnya, kalau bayi?

Jangan tak tahu yer, kembung perut yang berlarutan boleh membahayakan dan juga boleh menyebabkan masalah penghadaman, seperti sembelit. Itu salah satu sebab juga mengapa bayi yang berumur bawah 6 bulan dilarang untuk diberikan makan lain selain susu. Sewaktu berumur bawah 6 bulan, sistem penghadaman mereka masih belum matang sepenuhnya.

Kembung perut akan buat bayi meragam

 

Eisya pun pernah menghadapi masalah kembung perut, tapi sekejap jer…masa tu dia belum sebulan lagi usia. Memang tak tidur malam la saya dan suami, macam2 jenis minyak kami beli dan sapu, tapi tak juga lega. Fikir semula apa silap, almaklumlah iesya masa tu campur minum susu ibu dan juga susu formula.

Alhamdulillah duduk dengan Mak, adalah beberapa petua yang mak berikan. Dan yang paling bersyukur petua petua mak kongsikan serasi dengan Eisya. Lelap la tidur malam kami suami isteri. hehehe…Jom saya kongsikan dengan anda semua

Petua 1 : Daun Pokok Mengkudu Menghilangkan kembung bayi.

Kalau duduk dikampung, daun mengkudu ni mmg senang la nak jumpa. Kadang kala pokok mengkudu boleh ditemui tumbuh meliar disemak dan tepi2 hutan. Ada juga yang tanam pokok mengkudu kerana kegunaan pokok ini serbaguna dalam bidang perubatan traditional. Kenal tak daun pokok mengkudu? Kalau tak kenal jom tengok gambar ihsan dari pakcik google ni.

daun mengkudu, noni, kembung bayi, masalah kembung, kembung perut, petua kembung bayi, bayi selalu kembung, tips hilangkan kembung bayi, buang angin kembung, daun mengkudu untuk angin, bayi kembung,
Daun dan buah mengkudu

Cara menggunakannya daun mengkudu :

1. Layur diatas api kecil sehelai daun mengkudu sehingga lembut.

2. Tuam ke atas perut bayi yang kembung. Hati2 jangan sampai daun terlalu panas.

3. Buat urutan mengikut arah jam sewaktu menuam

4. Anda juga boleh biarkan daun mengkudu di atas perut bayi (bahagian atas pusat) sebelum memakaikan barut.

Petua 2 : Petua Junjung Bayi

Selain dari petua daun mengkudu ini, Mak saya juga ada ajar supaya “junjung perut bayi” sebanyak 7 kali sambil membaca selawat ke atas nabi junjungan kita. Caranya ialah dengan mengangkat bayi dan kenakan perut bayi ke bahagian umbun2 kepala kits sambil selawat.

Insyaallah kedua2 petua ini saya lakukan dan selepas itu bayi akan keluar angin (kentut) dan sudah tentu melegakan perut yang kembung tadi. Selain itu antara tips2 yang anda perlu tahu untuk mengelakkan dari bayi anda kembung ialah :

1. Dinasihatkan juga sekiranya anda memberi susu formula kepada bayi anda, air yang digunakan perlulah dimasak hingga mendidih sebelum digunakan. Jangan sesekali digunakan air langsung dari tapisan. Perut bayi sgt sensetif.

2. Sekiranya bayi anda menyusu badan, ibu haruslah menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan2 yang berangin dan sejuk.

3. Elakkan bayi berada dalam keadaan sejuk, kurangkan kipas angin atau air cond. Jika tiada keperluan untu berjalan waktu malam, elakkan.

4. Mandikan bayi dengan air suam sekurang2nya untuk 6 bulan pertama. Jika bayi anda sememangnya mudah untuk kembung perut, amalan ini perlu diteruskan sehingga ia serasi atau boleh menerima air sejuk.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat dan dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah sebegini.

Saya kongsi!

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 5 comments… read them below or add one }

Maziah Jamaludin April 1, 2015 at 5:09 am

suka..sukaa..sukaaa,petua yg sgt menarik…bru ni ada kawan tnya ank kembung tp kena waktu malam je..nk jwb pun dok errrr,errr,errr….nice sharing..

Reply

azmiah mohamad April 1, 2015 at 5:11 am

🙂 tq singgah sini maziah…boleh la pas nih share ilmu ni pada kawan2 dan mommies2 diluar sana kan…

Reply

Fazly Yusuf January 1, 2016 at 10:23 pm

Terima kasih.. Lepas baca terus angkat anak dan junjung perutnya.. Alhamdulillh angin terus keluar dan sendawa skali.

Reply

Fazly Yusuf January 1, 2016 at 10:24 pm

Terima kasih.. Lepas baca terus angkat anak dan junjung perutnya.. Alhamdulillh angin terus keluar dan sendawa skali.

Reply

azmiah mohamad January 7, 2016 at 7:21 am

alhamdulillah….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: