5 CARA MENGAWAL DAN MENGURANGKAN “MORNING SICKNESS” UNTUK IBU HAMIL

by azszua03 on 19 April 2015

Melihat double line” di UPT pasti mengembirakan anda yang sudah bergelar isteri. Apa lagi jika yang dinanti sudah lama dihajati. Begitu juga jika anak kedua, ketiga dan seterusnya tetap mengukir senyuman tanda bahagia. Namun ketidakselesaan melanda 12 minggu yang pertama membuatkan sesetengah ibu berfikir untuk hamil lagi. Apapun, ia adalah perkara biasa yang berlaku kepada wanita hamil. Bukan anda sahaja, tapi dianggarkan 70% ibu hamil mengalaminya pada trimester pertama. Beruntung lah jika anda bukan tergolong diantara 70% tersebut, tapi belum tentu anda boleh elak pada kehamilan seterusnya. Peace!

elak morning sickness, mabuk ketika hamil, loya ketika hamil, pening ketika hamil, kurangkan morning sickness, kawal mabuk dan loya, supplemen utk morning sickness, dehidrasi ketika hamil, tangani morning sickness, petua kurangkan morning sickness, 5 petua morning sickness
Oklah takmo bebel2 panjang, disini saya nak kongsikan beberapa tips atau petua bagi anda mengawal dan melegakan sedikit mabuk dan loya akibat dari morning sickess tersebut. Antara tips nya ialah :

1. Kerap makan, tapi dalam kuantiti yang kecil

Jangan biarkan perut anda kosong! Makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sedikit tetapi teratur. Sentiasa sediakan makanan bagi mengalas perut supaya badan sentiasa bertenaga. Jika perut kosong, angin akan menyebabkan anda cepat mabuk dan loya selain dari disebabkan perubahan hormon. Jadi, harus menitikberatkan jadual pemakanan anda.

2. Elak makanan berangin, pedas dan berminyak

Kenal pasti terlebih dahulu makanan yang anda ambil. Jika makanan yang anda ambil boleh menyebabkan angin dalam badan, atau membuat anda tidak selesa perut, hentikan pengambilan. Al maklumlah tekak dan citarasa orang mengandung mmg macam2…tapi jangan sampai anda lupa tentang kesihatan diri dan bayi yang anda kandung, itu yang paling utama ok.

3. Makan makanan yang mudah hadam

Sistem penghadaman anda perlu berada dalam keadaan baik. Makanan yang mengganggu sistem penghadaman terutama makanan yang lambat dan susah untuk hadam akan menyebabkan sistem badan dan mood anda terganggu.

4. Minum air secukupnya

8 gelas air masak sehari melengkapkan keperluan harian anda. Muntah2 menyebabkan banyak air dalam badan akan dikeluarkan dan mungkin menyebabkan dehidrasi. Pengambilan air yang cukup adalah salah satu cara bagi memastikan anda tidak dehidrasi yang mana sekaligus mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku kepada ibu hamil. Selain morning sickness, ibu hamil juga menghadapi byk risiko lain jika kekurangan air dalam badan.

5. Ambil supplement yang sesuai

Cara paling mudah untuk mengurangkan atau mengawal morning sickness ialah dengan mengambil suplemen yang sesuai. Saya suka untuk berikan pelanggan2 saya yang juga bakal2 ibu 2jenis suplemen ini.
  • Peppermint Ginger Plus – suplemen ini membantu melegakan perut dan ketidakhadaman ibu hamil. Ianya bagus untuk melegakan pening dan mabuk ibu hamil disebabkan angin dalam badan. Jika angin dpt dikeluarkan, insyaallah rasa loya juga dapat dikurangkan.
  • Vita C Chewable 100mg – ramai bakal2 ibu yg suka makan asam sewaktu morning sickness, tapi saya lebih suka jika mereka mengambil sesuatu yg lebih bermanfaat seperti vitamin C Chewable ini. Waktu morning sickness memang tekak dan mulut juga berasa tidak selesa. Jadi, dengan mengambil sesuatu yang masam dapat “menyedapkan mulut” tapi pastikan ianya berkhasiat.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda langsung tidak boleh makan, asyik pening dan muntah yang serius, teruslah mendapatkan khidmat Doktor bagi memastikan anda tidak menghidapi hyperemesis gravidarum yang mana satu keadaan serius yang menyebabkan penyusutan berat badan, degupan jantung kencang dan tekanan darah rendah. Keadaan ini jika berterusan akan mengganggu perkembangan bayi bila mana nutrisi yang secukupnya tidak dapat disampaikan oleh si ibu. Jadi, jangan pandang remeh sekiranya morning sickness anda sudah diluar kawalan.

Perkongsian hebat!

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: