TIPS MENANGANI SAKIT BELAKANG BADAN KETIKA HAMIL

by azszua03 on 22 April 2015

Sakit belakang badan sering menyerang ibu hamil terutama kita di trimester ke 2 dan ke 3. Keadaan ini menyebabkan si ibu tidak selesa dan tidak dpt menikmati hari2 dengan sempurna. Sakit belakang atau “back pain” disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah perubahan postur badan oleh kerana saiz kandungan yang semakin membesar. Selain itu perubahan hormon juga menyumbang kepada sakit belakang kerana perubahan hormon menyebabkan kekenduran kepada ligamen.
Punca dan penyebab kepada sakit belakang badan atau back pain ini mungkin boleh dikurangkan dan dirawat dengan beberapa cara, antaranya ialah :

1. Gunakan tilam dan bantal yg sesuai ketika tidur

Keselesaan sewaktu tidur sangat penting buat ibu mengandung. Pemilihan tilam dan bantal juga memainkan peranan penting, agar sakit belakang si ibu tidak berlarutan dan postur badan tetap terjaga biarpun kandungan semakin membesar. Jangan gunakan tilam yang terlalu lembut dan menyebabkan tulang belakang anda berbentuk curve. Posisi tidur secara mengiring adalah sangat selesa dan memberikan tidur yang berkualiti.
posisi-tidur-ibu-hamil
 Posisi tidur yang selesa buat ibu hamil

2. Lakukan sedikit senaman dan regangan

Senaman ringan dan juga regangan boleh melegakan kesakitan belakang badan anda secara beransur ansur. Cuba untuk konsistan dan anda pasti akan rasa perbezaannya.
 senaman-ringan-ibu-hamil

3. Elak menggunakan kasut bertumit tinggi dan berdiri lama.

Larangan khas buat ibu2 hamil yang begitu menitikberatkan penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja merbahayakan anda dan kandungan, tetapi akan menyebabkan postur badan anda tidak berada didalam keadaan relax dan lurus. Keadaan ini menyebabkan sakit belakang terutama apa bila kandungan anda semakin membesar. Gunakan kasut berbentuk sandal atau tapak flat yang selesa.

4. Urutan dapat memberikan keselesaan

Memerlukan pihak ketiga bagi menangani sakit belakang anda. Suami terutamanya haruslah berkongsi suka duka sewaktu proses kehamilan berlangsung. Fahami kemahuan isteri diwaktu sukarnya, ringankan tulang dan tawarkan pertolongan bukan hanya sewaktu diminta. Perhatian suami kepada isteri sewaktu hamil sgt memainkan peranan dalam perubahan fizikal emosi beliau. Urutan dan sentuhan suami mampu melegakan kesakitan belakang isteri dan juga menenang emosi isteri.
foot-pregnant-massage
Tenang….

5. Suplemen membantu meredakan kesakitan dan stress.

Sebelum hamil anda dinasihatkan agar mengambil nutrisi secukupnya dari makanan mahupun suplemen, apa lagi ketika hamil dimana anda memerlukan nutrisi untuk 2 orang. Anda perlu tahu kenapa anda perlu ambil setiap supplemen yang dicadangkan. Kenapa anda perlukan Kalsium ketika hamil?, Kenapa B complex sangat penting utk bakal ibu?, Kenapa Protien penting untuk tumbesaran bayi anda dan apa pentingnya kepada anda?, apa pula fungsi Vita C dan Omega yang terdapat dalam set kehamilan?, Apa fungsi Iron dalam Vitalea Iron Formula utk ibu hamil?
Secara ringkasnya, supplemen yang diambil dari set kehamilan juga membantu anda dalam menangani masalah sakit belakang. Antara suplemen yang sangat membantu ialah Ostematrix, B complex dan Omega. Jadi, konsistan mengamalkannya. Suplemen seperti Ostematrix membantu anda dari kekejangan otot dan membina tulang yg lebih kuat. B complex dan Omega pula mempunyai fungsi anti radang dan bagus untuk sistem saraf. ketiga2 ini amat bagus diamalkan oleh ibu hamil, apa lagi sekiranya anda mengalami kesakitan belakang badan.

Sebarang pertanyaan lanjut
whatsapp 0103223139

saya kongsi!

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: