4 PUNCA GULA DALAM DARAH MENINGKAT SELAIN PEMAKANAN

by azszua03 on 27 May 2015

Assalamualaikum rakan2 sekalian…

Kita akan fokus kepada pemakanan jika bercakap mengenai punca penyakit kencing manis atau  diabetes. Memang benar makanan yang diambil yang tinggi dengan kandungan gula adalah penyebab utama kepada penyakit kencing manis ataupun diabetes. Jadi, sekiranya anda mmg penggemar makanan manis, dan juga manis manisan, segeralah membuat ujian kadar gula dalam darah dan ketahui paras gula yang normal sebagai panduan mencegah ataupun berjaga2 memilih makanan. Tapi sedarkah anda, selain makanan, ada penyebab lain yang berkemungkinan menyebabkan kadar gula dalam darah anda tinggi. Jom baca selanjutnya.

tidur kurang, kawal gula, diabetes, merokok, obesiti, kencing manis, merokok tinggi risiko, berat badan berlebihan, kawal kencing manis

4 Punca Gula Dalam Darah Meningkat

1. Makan tidak tetap masa.

Insulin dirembeskan leh pankreas manusia adalah mengikut keperuan tubuh dan kadar gula dalam darah. Tetapi badan akan memberi signal pada waktu2 tertentu bagi pankreas melepaskan insulin. Signal ini biasanya mengesan satu waktu yang selalu diperlukan. Jadi, jika anda biasa bersarapan pada jam 8 pagi….anda seharusnya mengekalkan waktu itu pada setiap hari. Menetapkan waktu makan juga memberi ruang masa kepada insulin untuk menukarkan  gula dalam darah kepada tenaga. Jika jarak waktu makan terlalu dekat, contohnya sarapan jam 10 pagi, makan tengahari jam 12 tengahari, hanya 2jam yang ada untuk insulin melakukan tugasnya. Jadi adalah mustahil gula didalam darah anda ditukarkan kepada tenaga dalam tempoh yang singkat itu. Gula akan kekal didalam darah dan menyebabkan diabetes.

2. Merokok.

Merokok menyebabkan banyak sel sel badan kita akan rosak dan mati. Ia juga akan menyebabkan byk radikal radikal bebas didalam badan kita sekaligus mengganggu sistem badan dan hormon. Radikal bebas ini akan menyebabkan salur darah menjadi terganggu dan sekaligus mengganggu insulin untuk melakukan kerjanya. Hentikan tabiat merokok sekiranya anda ingin bebas dari masalah kencing manis dan penyakit2 lain juga

tidur kurang, kawal gula, diabetes, merokok, obesiti, kencing manis, merokok tinggi risiko, berat badan berlebihan, kawal kencing manis

 

3. Kurang tidur.

Badan memerlukan rehat yang cukup untuk proses detoksifikasi, proses pertumbuhan dan juga  proses pembaharuan sel2.Jika waktu tidur tidak teratur dan cukup, semua proses ini akan terganggu dan mengelirukan tubuh badan dan organ organ kita. Sekaligus, hormon badan manusia juga akan terjejas dan tidak sihat. Insulin adalah salah satu hormon yang berfungsi penting dalam badan manusia. Jika berlaku kecelaruan, pelbagai masalah akan timbul terutamanya diabetes. Aktiviti makan di waktu malam yang sepatutnya digunakan untuk tidur juga mengundang masalah diabetes dengan lebih cepat.

4. Berat badan berlebihan.

Obesiti dan diabetes jenis 2 adalah sgt berkait rapat. Peningkatan berat badan menjejaskan kawalan gula dalam darah. Oleh itu mereka yg berisiko atau pun sudah mempunyai diabetes dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan sekurang2nya 5% dr berat asal utk membaiki kawalan gula dalam darah. Dengan penurunan ini, bukan sahaja dapat mengawal paras gula dlm darah, tetapi paras kolestrol juga mampu diturunkan. Badan juga akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

Saya sampaikan

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: