9 CARA MUDAH UNTUK AWET MUDA

by azszua03 on 9 June 2015

Lumrah wanita, takut pada angka yg bertambah setiap tahun. Hakikatnya yang bertambah tidak boleh ditahan tahan sesuka hati. Gerun bila menjejak angka 30an? Rasa sudah turun saham yer tak? Hahaha….bukan cakap sesiapa…cakap diri sendiri. Perkara normal, takde wanita yang suka jadi tua. Bila sebut perkataan tua, yg terbayang ialah muka kedut seribu, muka kusam dan tidak berseri, kulit hilang keanjalan dan juga terbayang badan yg mula sakit sakit dan lesu.
Nanti dulu!…jgn bayangkan yg bukan2 dulu. Biarlah angka bertambah setiap tahun…tapi ada cara untuk tahan supaya supaya kecantikan yang anda miliki sekarang tidak dimamah usia. Bagaimana ingin kekal awet muda? Jom cuba 9 cara ini.
awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,

 

1. Tidur awal dan masa yang konsistant.

Tips paling mudah bukan? tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Tidur awal waktu adalah penting, kerana rehat yang cukup membolehkan badan relax dan sel2 baru menggantikan sel2 yang rosak dan mati. Tidur yang cukup juga mengelakkan mata anda mempunyai lingkaran gelap yg menampakkan anda lebih tua dari usia.

2. Minum air masak dengan banyak.

Air adalah bendalir terbesar yg terkandung dalam badan manusia. Fungsi air dalam badan ialah membawa nutrien penting keseluruh badan sekaligus menjadikan kulit anda lembab dan lebih segar. Sel kulit lebih cepat di”permudakan” jika pengambilan air mencukupi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit tegang, kering, mengelupas sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih tua. Selain pengambilan air masak, anda juga bole mengambil makanan yang tinggi kandungan air seperti buah tomato, mentimun dan sebagainya. Jika bimbang air terhidat dari badan, pengambilan air isotonik yang berkhasiat juga boleh dicuba.

3. Elak makan makanan segera.

Makanan segera atau yang diproses mengandungi garam, lemak dan gula yang tinggi sekaligus menyumbang kepada tahap kolestrol yang merbahaya. Kolestrol tinggi bermakna toksin berlebihan didalam badan. Faktor ini akan menyebabkan kesihatan dan fungsi badan menjadi lebih cepat tua dan kecenderungan masalah obesiti. Elakkan makanan yang diperoses dan makan, makanan semulajadi.

4. Jangan gosok mata

awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,
Mata yang sihat dan segar menampilkan keremajaan

Amalan menggosok mata dan lingkaranya hendaklah dihentikan serta merta. Habit ini sebenarnya merosakkan kolagen dan keanjalan kulit dikeliling mata anda sekaligus menyebabkan kedutan. Menggosok mata akan memecahkan kapilari darah yang halus disekeliling mata menyebabkan lingkaran mata menjadi sembab dan gelap. Gunakan krim pelembab yang mengandungi vitamin K dan D untuk penjagaan lingkaran mata serta pemakanan bernutrisi tinggi untuk mata yang cantik dan segar.

5. Kurangkan makanan manis

Kedut? takut bila nak sebut perkataan ini terutama bagi wanita yg berusia 30 tahun ke atas kan? kedutan pada kulit menyebabkan anda kelihatan tua dan tidak firm. Makanan manis yang berlebihan sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut dikulit anda. Bukan sahaja kedut, gula yang tinggi juga mengundang masalah jerawat. Elakkan makan manisan berlebihan selepas anda makan.

6. Jangan merokok

awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,
Tinggalkan tabiat merokok secepat mungkin

Rokok adalah musuh utama awet muda. Sekarang, tidak kira lelaki mahupun wanita, rokok menjadi trend. Mengikut kajian yang tertulis didalam Jurnal Kesihatan Awam Amerika pada 2002, Perokok yang berhenti merokok sebelum usia 35 tahun mempunyai penambahan 8 tahun jangka hayat mereka berbanding mereka yang tidak berhenti. Nampakkan? Merokok menyebabkan badan anda tua sebelum waktunya. Radikal bebas menyebabkan banyak sel2 anda mati dan rosak selain risiko penyakit kronik yang tinggi seperti kanser, sakit jantung, hypertension dan sebagainya. Nak berhenti merokok seperti suami saya? Jom cuba 10 tips berhenti merokok.

7. Jangan berdendam

Hubungan antara kesihatan fizikal dan emosi sememangnya tidak boleh dinafikan. Kajian sebuah Jurnal pada tahun 2005 menunjukkan sikap tidak memaafkan orang atau berdendam akan meningkatkan simptom saraf dan mengurangkan kualiti tidur. Jadi jangan berdendam sekiranya anda ingin hidup lebih sihat dan juga awet muda. Badan yang sihat akan melihatkan anda sentiasa muda!

8. Atasi stres segera

Stres kronik boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kronik juga. Stres menyebabkan penambahan hormon kortisol yang menyumbang kepada masalah berkaitan kardiovaskular,  seperti penyakit jantung, darah tinggi, kenaikan paras gula dalam darah dan juga pertambahan berat badan. Anda perlukan rehat yang cukup, ketenangan fizikal dan mental untuk kelihatan awet muda. Jadi jika anda stres, cepat cepatlah atasinya.

awet muda, tips awet muda, tips kelihatan muda, tips kekal muda, tips sihat,tips kulit sihat, tips muda, kulit kusam, hilang masalah kulit, vivix untuk muda, suplemen awet muda, supplemen kulit,
Bebaskan diri dari Stres

 

9. Amalkan suplemen semulajadi

Ini adalah cara utama yang anda perlu cuba. Mengamalkan pemakanan semulajadi adalah sgt bagus untuk kekal sihat dan awet muda. Tapi tahukah anda, mengamalkan makanan yang mempunyai antioksidan tinggi sangat membantu menentang radikal bebas dan sekaligus menjadikan anda kelihatan muda. Suplemen yang mesti anda amalkan untuk awet muda ialah yang mesti mengandungi Protien, Vitamin A, Vitamin C dan juga Vitamin E. Tapi terbaru terdapat satu produk yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi khas buat awet muda, tagline nya “muda 25 tahun“. Kalau nak tahu produk inilah yang artis artis malaysia seperti Ayu Raudah, Emma Maembong dan Rita Rudaini ambil untk kesihatan dan kecantikan.

Saya kongsi!

Your Trusted SID
Azmiah & Huzair
Hp: 010-3223139

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: