4 TIPS ANAK MAHU DUDUK DI CAR SEAT

by azszua03 on 10 October 2015

Alhamdulillah byk respond yg saya terima dari entry semalam berkenaan cara memilih car seat untuk anak. Tak kurang juga yg mengadu tentang masalah bayi atau anak mereka tidak mahu duduk di car seat. Ada anak mereka yang menangis sampai meraung2 tak nak masuk langsung car seat kata ibunya. Dapat digambarkan bagaimana situasi tu. hehehe….

 

Hari ini saya ingin berkongsi cara saya melatih Nur Aleesya Sofea yang kini berusia 11 bulan 8 hari tetap duduk di dalam car seat nya kemana pun kami travel, tak kira dekat mahupun jauh. Mungkin tips tips yang bakal saya kongsikan ini boleh memberi idea untuk anda mencuba. Manalah tahu berkesan pada anak anak anda pula kan…
Sebelum tu, jom kita layan gambar2 iesya dengan car seat nya.
car seat, cara pilih car seat, car seat mahal, car seat murah, anak taknak duduk carseat, pilih carseat, buckles, harness, bayi dan carseat, carrier atau carseat, booster, step pilih carseat, perlukah carseat, tips anak duduk car seat, anak tak nak car seat, keselamatan, safety for baby

 

 Waktu iesya masih dalam hari, kami guna Graco Car set and Carrier
car seat, cara pilih car seat, car seat mahal, car seat murah, anak taknak duduk carseat, pilih carseat, buckles, harness, bayi dan carseat, carrier atau carseat, booster, step pilih carseat, perlukah carseat, tips anak duduk car seat, anak tak nak car seat, keselamatan, safety for baby
Baru baru ni kami tukar Car seat Iesya ke Step 2 Car seat (2 org boys tu anak Bff saya)
so nampak happy je kan dia duduk dalam tu. Ya, bukan lakonan semata…dia mmg xde masalah nak duduk dlm car seat tu walaupun kami travel jauh…5-6jam sekalipun perjalanan, iesya xpernah merengek atau menjerit minta diangkat. Mungkin ada yg terkejut jika saya katakan…kebiasaannya iesya akan duduk sorang dalam car seat nya dibangku penumpang belakang. No problem at all. Mungkin akan ada yg berkata…”ala anak xbanyak ragam boleh la…”. Helo! Bukan nak mengajar sesiapa…kadang2 kita yg jadikan anak kita punya byk ragam tanpa kita sedar. Rasanya jika jiwa tak kental, maybe iesya sekarang jenis nak berpangku shj…iesya penah nak reject car seat, waktu tu saya xbyk travel, dan selalu ulang alik dr my shop ke rumah dlm 3-4kilometer shj, jadi saya pangku dia…kena dalam 1 week duduk berpangku dlm kereta dia dah sedap…dah jerit xnak duduk dlm car seat. Tapi, saya keraskan hati dan dia jerit pun saya pekakkan telinga, bagi susu terus tidur. Lepas2 dari tu dekat ke..jauh ke saya xajar lagi dah berpangku dalam kereta. Nampak kejam? Tak…tu untuk keselamatan dia.
Ok, jom saya ringkaskan tips2 yang saya buat pada anak saya :

Tips 1: Carrier satu kemestian barangan menyambut kelahiran.

Mulakan dr rumah. Sediakan car seat cum carrier sebagai salah satu barangan untuk menyambut kelahiran bayi, sebagaimana anda sediakan baby cot, tilam atau bantal bayi, carrier juga harus ada. Kenapa? Sbb proses utk bayi selesa dengan carrier perlu diajar seawal mungkin…jgn tunggu dia dan pandai “demand” baru nak perkenalkan…mmg rejection akan berlaku. Sebagaimana kita tahu, bayi akan selesa dengan kebiasaan yg kita ajarkan padanya. Jika kita biasakan memangku dia waktu tidur, itulah yg dia mahu setiap kali nak tidur. Begitu juga jika kita biasakan dengan buaian untuk tidur, mmg buaianlah yg perlu diusung kesana kemari. Jadi, jgn salahkan anak kita jika dia byk karenah. Dia belajar dr apa yg kita “hidangkan” padanya.

Tips 2 : Pastikan anak anda berasa selamat berada dalam car seat.

Maksud berasa selamat ini ialah, dia nampak kita, dia rasa kita berada dekat dengannya dan “feel safe”. Jika masih bayi, kita boleh bedung dia terlebih dahulu sebelum pasangkan safety harnes. Gunakan body supporter dan letakkan bantal kecil diatas perutnya supaya wujud “feel safe“. For muslim, alunkan bacaan Al quran atau zikir sebagai penenang. Insyaallah baby akan rasa selamat dan tenang dan memudahkan ia lena.

Tips 3 : Sediakan sesuatu untuk mengalih perhatian atau mengelakkan bayi anda merasa bosan.

Waktu iesya masih bawah 4 bulan, waktu tidurnya mmg masih lama. Jadi, mmg takde masalah dia terjaga selalu. Tapi kalau travel jauh, kami pastikan selalu berhenti dlm sejam atau 2jam sekali untuk pastikan iesya selesa dan nyenyak. Selepas usia 4 bulan, iesya sudah pandai mencapai objek, jadi kami sediakan accessories pada carriernya. Kemudian kami sediakan juga teether untuk pengalih perhatian. By now, kami berikan bath book sebagai mainan dia didalam kereta. Ini semua sebagai alat untuk mengelakkan dia bosan duduk terlalu lama. But sampai sekarang, most of the time kalau dlm kereta iesya mmg suka tidur. Hehehe…

Tips 4 : Pastikan bayi atau anak anda selesa sepanjang perjalanan.

Tips ini penting terutama sewaktu ingin memulakan perjalanan yang jauh dan ingin memastikan anak anda duduk di car seat dengan selesa. Apa yg perlu dibuat ialah kemas dan bersihkan anak anda jika boleh mandikan sebelum memulakan perjalanan dan jangan lupa untuk kenyangkan perutnya terlebih dahulu. Bila bersih, pampers berganti dan perut kenyang, senanglah dia lena sewaktu perjalanan. Insyaallah xlah byk ragamnya nanti.
Oklah tu antara tips yang boleh saya kongsikan bersama. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat ataupun idea kepada ibu2 muda yang mementingkan keselamat anak anak sewaktu dijalanraya. Beringat sebelum kena, biar kita nangis sekarang sbb tengok anak meraung xnak duduk di car seat…dari kita menangis menyesal kemudian hari…
Sekian terima kasih….maaf jika ada ayat2 yang menyinggung mana2 pihak….its me! Belajar dan terus belajar…
sweet mommy story

{ 7 comments… read them below or add one }

razlita October 11, 2015 at 4:51 pm

ye..sy dan suami beli carrier cum car seat ketika bayi masih dlm kadungan sbb itu brg paling mahal (bersama stroller.. Hauck Shopper n Drive). Bila sdh kandungan 8 bln lebih sema brg brgan sdh ada. Kami berdua plan keluar wad nnt akan terus letakkan bayi di dlmnya..Kami mahu pastkan keselmatan bayi diutamakan. dan bayi akan diltakkan di seat belakang..bkn di hadapan spt sesetgh org buat walau tahu ia salah. t ksh atas perkongsian ilmu.

Reply

Zaza October 12, 2015 at 2:15 am

Trima kasih utk tips sbb ramai yg ngadu, baby xnk duk lam car seat….Alhamdulillah… baby akak pun dah stahun stakat ni xde mslh duk lam car seat. Mmg kena sediakan something utk distract dia tp dia nmpknye lebih enjoy tgk permandangan kat luar. Hubby slalu outstation, 1st time dia duk lam car seat mase umur 39 hari. Rezeki baby, abg ipar yg hadiahkan car seat tu, Alhamdulillah sbb plan nk beli lmbt lai, kena budget sbb paling murah, car seat harga dr RM500 lebey… Skarang pun, wpun hubby ade, baby tetap duk atas car seat dia…

Reply

azmiah mohamad October 12, 2015 at 2:31 pm

Tahniah puan, apa2pun mmg safety 1st…insyaallah kita ikhtiar yg terbaik buat baby

Reply

azmiah mohamad October 12, 2015 at 2:33 pm

Bagi ibu2 yang selalu travel dan suami os…penggunaan car seat adalah satu kewajipan…didik dr kecil…insyaallah selain menyenangkan kita, keselamatan pun dipertingkatkan.Tahniah puan!

Reply

Rosmawati Ahmad October 12, 2015 at 11:44 pm

saya ada 2 orang anak. Dua-dua duduk dalam carseat. Kalau dah terbiasa duduk dalam carseat waktu baby, memang senang lah.

Reply

azmiah mohamad October 13, 2015 at 7:48 am

tahniah puan, mmg kita sebagai ibu bapa perlu biasakan anak2 dengan keselamatan.

Reply

suffian October 14, 2015 at 3:59 am

tak jadi pun,, anak saya tak mau ikot

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: