9 AKTIVITI MERANSANG MINDA ANAK BERUMUR BAWAH 7 TAHUN

by azszua03 on 25 January 2016

Assalamulaikum para pembaca..

Hari ini saya nak share sedikit pembacaan saya mengenai ransangan minda anak2 sebelum mencapai usia 7 tahun.

Tahukah anda, ketika anak berusia bawah 7 tahun, minda anak anda sedang berkembang pesat? 90% perkembangan minda berlaku antara usia bayi hinggalah 7tahun. 10% lagi adalah proses selepas mereka berusia 7 tahun. Boleh gambarkan tak? Seperti bebuah kotak kosong, perlu diisi hampir penuh dalam jangkamasa 7 tahun…begitulah ibaratnya minda mereka.

Diwaktu begini, otak mereka seperti “spounge” yang menyerap air tanpa sebarang halangan. Menyerap tanpa ada bantahan. Jadi, janganlah kita sebagai ibubapa mensia-siakan tempoh waktu ini. Isikan minda mereka dengan kebaikan dan akhlak anak soleh dan solehah. Kajian menunjukkan, apa yg mereka buat secara berulang dijangkawaktu ini, akan menjadi habit dlm kehidupan mereka. Jadi, lakukan berulang perkara yg baik agar menjadi habit anak kelak.
ransang minda anak, otak anak berkembang, sel berhubung, perkembangan anak ikut umur, tips anak bijak, aktiviti anak bijak, anak bijak, ibubapa cemerlang, anak sihat, anak otak bijak, anak pandai,

Disini saya kongsikan 9 aktiviti yang boleh meransang minda mereka utk berkembang bijak.

1. Menonton TV bersama Anak

Peruntukkan masa bersama anak anda untuk menonton TV. Lagi bagus jika pasangan juga turut serta. Waktu ini penuhi dengan perbualan dan juga kata2 positif buat si anak. Pilih rancangan yang positif dan membentuk peribadi mereka. Terangkan apa yg patut dicontohi dalam rancangan tersebut. Komunikasi 2 hala ini sgt penting untuk perkembangan minda mereka. Tak kiralah jika anak anak baru berumur 1 tahun dan belum pandai berkata2, tapi dia pasti akan mengeluarkan bunyi2 seolah2 faham apa yg kita cuba sampaikan. Jangan tak tahu…sebenarnya mereka sedang merakam apa yg anda katakan dan apa yg mereka lihat! Aktiviti begini pasti menyeronokkan buat mereka.

2. Bermain Olok olok.

Ha pasti dulu waktu kita kecil, kita juga melalui waktu gemar bermain olok2 ni kan? Berlakon menjadi cikgu, menjadi doktor, menjadi ibu,….ini adalah aktiviti yang sihat dan bagus utk anak2 tau! Minda mereka akan berkembang dan cuba berfikir mengikut apa yg mereka sedang imaginasikan. Kanak kanak yang gemar berimaginasi adalah kanak kanak yang cerdik! Mereka meneroka minda dan mencari pelbagai jawapan dari apa yang mereka dengar, rasa dan lihat. Biar mereka teroka dunia kanak2 mereka.

ransang minda anak, otak anak berkembang, sel berhubung, perkembangan anak ikut umur, tips anak bijak, aktiviti anak bijak, anak bijak, ibubapa cemerlang, anak sihat, anak otak bijak, anak pandai,

3. Latih anak kuasai lebih dari 2 bahasa

Wah….nampak mencabar kan? Tapi inilah saat terpenting utk anda ajar mereka kuasai kemahiran berbahasa lebih dari satu bahasa. Sebagaimana yg saya katakan diawal tadi, waktu ini minda mereka seperti “spounge” menyerap tanpa halangan. Menerima tanpa bantahan. Mereka mudah menyimpan maklumat yg disampaikan. Pekembangan pesat otak mereka menjadikan mereka senang mengingati apa yg mereka pelajari.

4. Aktiviti Kelas Kemahiran fizikal

Tak lupa juga, aktiviti2 fizikal akan meningkatkan lagi pembangunan minda mereka. Jangan hanya dedahkan mereka dengan gadjet dan permainan video. Tapi, lengkapkan aktiviti mereka dengan kemahiran fizikal seperti kelas kelas mempertahan diri, kelas aktiviti menari, ataupun kelas muzikal. Kanak kanak perlu aktif untuk meransang pemikiran mereka. Di dalam kelas kelas sebegini juga menggalakkan pertumbuhan komunikasi dan sosial mereka.

5. Belajar dan Membaca bersama anak

Aktiviti ini sgt meransang pemikiran anak anda. PASTIKAN ianya dilakukan setiap hari. Kelak bila mereka membesar, ia menjadi kebiasaan utk mereka. Mereka tahu bila waktu untuk belajar dan bila waktu untuk bermain. Aktiviti ini sgt penting ketika usia mereka 4-7 tahun, ketika mereka sedang belajar untuk menyesuaikan diri menghadapi alam persekolahan nanti. Ibubapa haruslah mengambil inisiatif untuk menjadikan aktiviti ini sebagai habit kepada anak2. Jangan kata ia terlalu awal utk mereka, kerana jika dimulakan sewaktu mereka sudah pandai memberontak dan membantah nanti,anda juga yg pening kepala.

6. Berkawan dan bersosial.

Berkawan menjadikan anak anda lebih kreatif, sensetif, dan faham untuk berkongsi. Biarkan dan galakkan mereka berkawan ketika umur mereka ini. Aktiviti ini juga akan menggalakkan komunikasi, berdikari dan persaingan yg sihat. Layan sewaktu mereka bercerita tentang kawan kawan dan juga berikan kata2 positif agar mereka menjadi kawan yg baik dan memahami dalam komuniti dan tidak mementingkan diri sendiri. Disinilah boleh membentuk jati diri yg baik utk permulaan.

7. Bermain permainan kanak kanak yg menjurus kepada kemahiran berfikir dan mempunyai peraturan.

Sebagai permulaan mengenalkan anak2 pada permainan jenis ini, anda haruslah faham tahap keupayaan memikir mengikut umur mereka. Kebiasaannya permainan jenis begini telah dikategorikan mengikut skill dan umur. Jadi pilihlah mengikut kesesuaian umur mereka. Permainan permainan seperti ini akan menjadikan mereka berfikir secara kreatif tetapi tidak melanggar aturan. Belajar untuk menerima arahan. Belajar untuk menang dan belajar untuk menerima kekalahan.

8. Menerokai alam semulajadi.

Jangan larang jika si kecil anda suka untuk meneroka alam sekitar. Biarakn mereka dekat dengan alam semulajadi, biarkan mereka berfikir tentang semua ciptaan Allah swt. Mereka akan belajar menghargai hidupan lain, dan belajar mencintai keindahan alam. Aktiviti ini anda boleh terapkan nilai2 murni dan juga mengajar mereka mengenal pencipta. Aktiviti ini memerlukan pengawasan anda sebagai ibubapa. Selain itu pastikan anak anda mempunyai sistem imun yg kuat dan sihat.
ransang minda anak, otak anak berkembang, sel berhubung, perkembangan anak ikut umur, tips anak bijak, aktiviti anak bijak, anak bijak, ibubapa cemerlang, anak sihat, anak otak bijak, anak pandai,

9. Outdoor aktiviti kegemaran anak.

Aktiviti kegemaran sudah tentu memberikan impak positif dalam fikiran mereka. Ingat, anak yg bijak itu ialah anak yang bahagia. Boleh juga anda perkenalkan beberapa jenis sukan sebagai aktiviti outdoor mereka. Antaranya seperti berenang, menunggang kuda ataupun mengikut anda beriadah.

Anda tahu tak? Dengan penambahan nutrisi yg baik dan pengambilan Omega 3 yang cukup pada jangkawaktu perkembangan pesat minda mereka, akan lebih membantu mereka menjadi lebih fokus, kuat ingatan, pantas menerima ilmu dan kreatif berfikir. Selain itu, nutrisi yg lengkap akan menguatkan sistem imun dan menjadikan anak anda sihat dan fit walaupun melakukan aktiviti outdoor.Jadi, bekalkan mereka dengan khasiat dan nutrisi yg lengkap jika anda mahu anak anda terus meneroka dan menjadi insan yg bijak.

Ingat tau, Pastikan anda lakukan aktiviti2 meransang minda anak anda bersama2. Kerana diwaktu sekitar umur 1 tahun hingga 7 tahun, banyak perkara yg mereka masih perlukan panduan. Mereka juga perlukan sesorang menjawab segala tanda tanya yang melintas difikiran mereka. Jika banyak persoalan yg timbul dr mulut kecil, jawab dengan penuh hemah dan positif. Insyaallah anda akan membentuk seorang insan yg berjaya dan bijak!

Jadilah ibu bapa cemerlang!

sweet mommy story

0192423139 (kak miah)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: