TIPS DAN CARA KURANGKAN KETAGIHAN GADGET ANAK

by azszua03 on 30 January 2016

Risau? Runsing dengan anak anak yg asyik menghadap Ipad, tablet atau smartphone? Jangan risau, mmg zaman ni zaman mereka….zaman teknologi org kata. Jadi, anak2 pastilah terdedah dengan pelbagai gadget dan dunia siber. Tak boleh nak lari…walau kemana pergipun mereka pasti akan didedahkan dengan kecanggihan teknologi….cuma, sebagai ibubapa, apa yg boleh kita buat ialah mengawal atau menghadkan aktiviti mereka agar tidak sampai ketagihan…

gadjet, ketagihan gadget, kanak2 dan gadget, keburukan gadget, kurangkan ketagihan gadget, tips ketagih gadget,

Apapun, nak mengawal dan menghadkan penggunaan gadget dikalangan anak anak ni perlukan kerjasama dan peranan kedua2 belah pihak ibu dan bapa. Tak jadi kalau sorang jer beria dan sorang lagi buat tak tahu sahaja. Tips tips yg bakal saya kongsikan ini perlulah anda sesuaikan memgikut umur anak2 anda, tapi jika anak anda berumur bawah 5 tahun, kesemua tips ini boleh anda terapkan bagi mengawal ketagihan terhadap gadget. Ok jom saya kongsikan tips dan caranya.

 

1. Tegaskan dan terangkan bahawa gadget itu BUKAN milik anak.

Jangan sekali kali maklumkan bahawa gadget ini adalah pemberian kepada mereka atau kepunyaan mereka. Sekiranya mereka rasa berkuasa keatas gadget tersebut, maka akan susahlah utk mengawal aktiviti mereka dengan gadget. Terutama sekiranya mereka tahu bagaimana untuk “Lock dan unlock” atau memasang “password”. So, perkara pertama ni sangat penting. TEGASKAN bahawa gadget itu bukan kepunyaan mereka.

2. Sepakat dengan pasangan untuk hadkan waktu penggunaan.

Hadkan penggunaan gadget pada mereka. Sebagai contoh 2jam shj utk satu hari. Boleh juga tetapkan sebagai ganjaran jika mereka membuat kebaikan atau mematuhi arahan anda. Perkara ini haruslah dibincangkan bersama pasangan, kerana ibubapa harus memberikan ketegasan yg sama. Apabila anak tidak mematuhi peraturan, jgn ada pula salah sorang berlembut hati “biarlah dulu…nanti dia berhentilah…” sedangkan sorang lagi bersungguh mahu membentuk. Si anak akan rasa ada org mempertahankan kelakuannya, dan rasa apa yg dilakukan itu betul. Big NO!
Selain itu, hadkan juga waktu yg sepatutnya mereka menggunakan gadget. Bukan bila bila masa mereka suka. Hadkan tempat dan waktu mereka boleh memegang gadget dan waktu bila ia menjadi larangan.

3. Jangan pernah penuhkan bateri gadget tersebut.

Cara paling mudah untuk anak anda berhenti bermain gadget ialah apabila gadget kehabisan bateri dan off sendiri. Kebiasaannya kanak kanak akan faham bila bateri habis berbanding kita memgarahkan mereka berhenti. Rasanya kita sebagai ibu bapa boleh anggarkan berapa peratus utk charge bateri yg boleh bertahan utk 1 atau 2jam bermain kan? Gunakan kepakaran anda ;)…tips ini boleh digunapakai sekiranya anak anda tidak diajar untuk mengecas gadget sendiri.

4. Alih perhatian anak kepada aktiviti yg lebih menyeronokkan.

Happy children having fun

Selain gadget, saya pasti ada perkara lain yg boleh memberi kegembiraan kepada anak2. Dan saya yakin aktiviti fizikal diluar rumah lebih menarik minat mereka. Jadi, divert ketagihan mereka kepada aktiviti yg lebih menyeronokkan seperti berbasikal dengan kanak2 lain. Yang penting mereka ada kawan untuk bermain dan melupakan gadget sebentar. Saya percaya, gadget hanya menjadi “teman” dikala mereka tiada aktiviti.

5. Bersama anak ketika mereka menggunakan gadget

Tips ini utk juga boleh digunapakai bagi meransang minda anak anda disamping mengawal ketagihan gadget mereka. Bermula dari anda “on” gadget, anda haruslah bersama2 membimbing dan berinteraksi dengan mereka. Pilih aplikasi yang baik, yang memberi ilmu dan tauladan. Terangkan pada mereka seolah olah mereka sedang dalam proses pembelajaran. Ingat yer…kanak2 yang melalui proses berulangkali dibawah umur 5tahun akan menjadikan aktiviti itu sebagai habit mereka. Jadikan ketagihan mereka menuju ke satu aktiviti yang lebih baik dan dikawal. Terapkan nilai bahawa gadget adalah “tools” utk proses pembelajaran bukan mainan semata.

6. Tunjukkan tauladan kepada anak.

Tips yang ini adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa mahupun org dewasa yang berada disekitar anak tersebut. Semua tahukan, anak2 terdidik melalui apa yg mereka lihat dan perhatikan disekeliling mereka. Jadi, kurangkan “memegang” smartphone dan gadget anda juga. Hadkan juga penggunaan seperti di meja makan, sewaktu bersama2 keluarga. Insyaallah sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak anda melepaskan ketagihan mereka. Kepimpinan melalui tauladan kan?

7. Banyakkan komunikasi dan melayan percakapan anak

Ini perkara paling penting yang harus anda dan pasangan lakukan untuk mengurangkan ketagihan anak terhadap gadget. Lumrah insan inginkan teman utk meluah rasa hati, berkongsi cerita dan mendengar pendapat orang lain. Mereka tidak akan dapat semua ini jika hanya menghadap gadget!…seimbangkan keperluan jiwa dan emosi mereka agar sama dengan keperluan asasi mereka. Komunikasi yang berkesan antara ibubapa dan anak akan meransang perkembangan minda dan melahirkan kanak kanak yg bijak. Percayalah, gadget boleh menjadikan mereka tidak mempedulikan persekitaran dan juga menimbulkan rasa “selfish” jika ketagihan. Ajak mereka menyuarakan apa yg sepatutnya, walaupun hanya bercerita tentang apa yg mereka lalui disekolah, ataupun cerita tentang mereka bermain bersama kawan kawan. Jadilah pendengar setia mereka dan selitkan dengan nilai2 murni dalam komunikasi kita. Lama kelamaan, mereka seronok berkongsi cerita dan meninggalkan sedikit demi sedikit gadget.

Demikian tadi 7 tips yang dapat saya kongsikan buat ibubapa cemerlang semua. insyaallah, akan datang akan saya kongsikan lagi tips tips dan cara agar kita sama sama dapat membina keluarga yang mahabbah wa sakiinaah….melahirkan anak2 bijak yang soleh dan solehah. insyaallah.

Pengedar shaklee melaka

Posted from WordPress for Android

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: