MITOS TENTANG MASALAH KESUBURAN

by azszua03 on 2 June 2016

Assalamualaikum….lama tak bersiaran…bersawang…kihkihkih…

Ok, hari ni nak cerita tentang mitos mitos berkaitan kesuburan. Banyak pendapat yg kita dengar, tapi antara nak percaya ke tak pun kompius kan? Ok, kadang2 agak menakutkan juga mitos2 nih hingga membataskan aktiviti hariankan? So lepas nih tak perlu berteka teki lagi k….insyaallah apa yg bakal saya tulis sebentar lagi adalah hasil dari rujukan mereka yg berpengalaman dan dari sumber bacaan saya sendiri.

masalah kesuburan wanita, masalah kesuburan lelaki, masalah rumahtangga, isteri mandul, mitos kesuburan, rawatan kesuburan, petua rumahtangga bahagia

MITOS 1
Apabila pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, tapi belum dikurniakan cahaya mata, masalah berpunca dari wanita atau isteri.

Mitos ini perlu diperbetulkan semula kerana secara faktanya masalah kesuburan bukan berlaku kepada wanita sahaja, ia juga terjadi kepada kaum lelaki. Banyak kes membabitkan keegoan lelaki tentang ini. Perlu diingat lelaki juga kerap menghadapi masalah kesuburan seperti kuantiti sperma kurang atau sperma tidak sihat.

FAKTA : Kajian menunjukkan peratusan masalah ketidaksuburan yg berpunca dari wanita ialah 30-40%, dan 30-40% juga berpunca dari ketidaksuburan lelaki manakala baki 20-40% adalah disebabkan kedua2nya.

Perkara pertama jika pasangan tidak hamil setelah setahun berkahwin ialah bermuafakat untuk membuat pemeriksaan doktor bahagian O&G terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca ketidaksuburan dan sama2 berusaha dan berikhtiar. Jangan tunding jari cari salah siapa.

MITOS 2
Lelaki tidak memerlukan diet yang khusus untuk kesuburan.

Kita adalah apa yang kita makan. Jika sihat makanan yg kita ambil, maka akan sihatlah badan dan organ kita. Sama seperti ingin mendapatkan kulit yang cantik, kita perlu menjaga pemakanan dan mengambiltahu tentang nutrisi yg diperlukan oleh kulit. Begitu juga dengan kesuburan, bagi seorang lelaki menghasilkan sperma yg sihat dan sempurna haruslah dari diet yang sihat.

Satu kajian dibuat di Brazil, lelaki yang mempunyai diet yg buruk iaitu dengan pengambilan alkohol, kaffein dan daging merah yang banyak menghasilkan sperma yang lembap dan tidak sihat berbanding lelaki yang mengamalkan diet sihat dengan sayur sayuran, buah buahan dan sumber nutrisi lain.

Jadi, mitos tentang lelaki tidak memerlukan diet yg sihat adalah tidak benar sama sekali.

MITOS 3
Menahan diri dari melakukan seks untuk memperbaiki kualiti dan kuantiti sperma

Mitos ini paling selalu kita dengar, dan rasanya ramai dikalangan kita yg percaya mitos ini. Ada pasangan yang menahan diri sehingga berhari hari malahan berminggu minggu dengan harapan supaya dengan “menyimpan” sperma boleh menyebabkan wanita hamil. Kebiasaannya mereka menunggu sehingga waktu subur wanita didalam kes mitos ini.

Percayakah anda bahawa penghasilan sperma bagi seorang lelaki yang sihat hanya memerlukan tempoh selama 24 sahaja. Ya, itulah hakikatnya. Manakala lelaki yang tidak mempunyai kitaran sperma yang tidak sihat, juga memerlukan satu atau 2 hari sahaja selepas enjakulasi utk menghasilkan sperma, malahan sekiranya menunggu lebih lama boleh menyebabkan sperma bertukar bentuk dan menjadi tidak aktif.

 

MITOS 4
Merokok tidak mengganggu Kesuburan

Mulai hari ni, salah anggapan ini perlu diperjelaskan. Rokok mengganggu tahap kesuburan anda! Merokok menyebabkan seorang lelaki mempunyai bilangan sperma yang rendah dan kurang aktif sehingga 30%. Hentikan segera tabiat merokok ini. Walaupun anda tidak rasa sekarang kesan dari rokok, penambahan usia dan habit merokok yang diteruskan sedit sebanyak akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesuburan dan kualiti sperma. Apatah lagi terhadap tahap kesihatan anda. Jadi, berhentilah merokok segera.

MITOS 5
Umur seorang lelaki tidak mempengaruhi tahap kesuburan mereka.

Sebagaimana wanita, lelaki juga sebenarnya mempunyai jam biologikal. Penuaan bagi lelaki sebenarnya memberi kesan kepada tahap kesuburan mereka juga. Kajian mendapati penghasilan sperma yang mengalami ketidaknormalan kromosom serta kuantiti juga berkurang apabila usia semakin meningkat. Dan peratusan bapa yg jauh berusia memperolehi anak autistik dan skizofrenia ada lebih tinggi.

MITOS 6
Lelaki tidak memerlukan Asid Folik sebagaimana wanita.

Ini juga mitos yg perlu diperbetulkan. Ya betul, seorang wanita yg sedang mencuba utk hamil perlu mengamalkan pengambilan asid folik setiap hari sebagai satu pencegahan kecacatan kepada bayi yg dikandung. Lelaki juga memerlukan supplemen Asid folik! Satu kajian oleh University Of Carlifornia menunjukkan lelaki yg tidak mendapatkan asid folik yang cukup mempunyai kadar ketidaknormalan kromosom yang lebih tinggi berbanding lelaki yg mendapat cukup asid folik dalam dietnya. Tambahan kepada asid folik, amalkan juga supplemen antioksidan seperti Vitamin E dan Vitamin C yang menggalakan sperma dan juga mineral seperti Zink dan Selenium.

Demikian lah tadi mitos2 tentang kesuburan yg biasa kita dengar dan biasa menjadi perbualan mereka yang sudah berumahtangga. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada semua.

Boleh dapatkan semua jenis Vitamin yg disebutkan diatas daripada saya atau hubungi 0103223137 (En Huzair)untuk maklumat lanjut.

Posted from WordPress for Android

{ 2 comments… read them below or add one }

Joe Labu June 10, 2016 at 10:38 pm

mitos terbesar, pasangan susah dapat anak sebab perempuan, bukan sebab lelaki, hahhaha

Reply

azszua03 August 12, 2016 at 5:35 am

drama melayu sgt kan….

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: