APA ITU FIBROID? BAHAYAKAH FIBROID KETIKA HAMIL

by azszua03 on 12 August 2016

APA ITU FIBROID?

Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yg terjadi dari sel sel otot rahim. Fenomena ini biasa terjadi dikalangan wanita pada usia subur. walaubagimanapun peratus kekerapan sebanyak 40-60 % pada usia sekitar 35tahun dan meningkat kepada 70-80 % pada usia 50 tahun.

Fibroid Ketika Hamil

Kebanyakan wanita hanya mengetahui bahawa mereka mempunyai fibroid ketika membuat imbasan ultrabunyi setelah mereka hamil. Ini kerana imbasan ultrabunyi hanya dilakukan ketika hamil bagi mengesan perkembangan janin.

Laporan kajian menunjukkan bahawa 60-70% fibroid tidak menunjukkan peningkatan saiz yang ketara sepanjang tempoh kehamilan. Manakala sesetengah fibroid pula menunjukkan peningkatan saiz semasa trimester pertama terutamanya pada 10 minggu pertama kehamilan. Pertambahan ini berlaku sehingga 25% dari saiz asal. Walau bagaimanapun bakal ibu tidak perlu risau keterlaluan apabila mengetahui hal ini kerana kebanyakan fibroid sebenarnya tidak memberikan apa apa masalah semasa kehamilan. Sebilangan kecil fibroid sahaja yang memberi impak kepada kehamilan.

fibroid, sakit fibroid, hamil dengan fibroid, sakit hamil fibroid, rawatan fibroid, komplikasi fibroid, pembedahan fibroid

Kesakitan Disebabkan Fibroid Semasa Hamil

Fibroid boleh menyebabkan kesakitan yang teramat kepada ibu hamil. Ini terjadi disebabkan beberapa kemungkinan seperti fibroid tersebut mengalami “red degeneration“, berpusing (torsion)bagi fibroid yg bertangkai (penduculated fibroid) atau terhimpit (impaction). ¬†Kesakitan yang teramat sgt ini masalah yang paling kerap terjadi kepada ibu hamil.

Antara teori kenapa ibu hamil yang mempunyai fibroid mengalami kesakitan ialah kerana

  • Peningkatan tumbesaran fibroid (atas pengaruh hormon estrogen yang tinggi) semasa hamil yg enyebabkan tisu tisu fibroid mengalami kekurangan bekalan darah dan seterusnya kekurangan oksigen. ini menyebabkan kemusnahan sel fibroid.
  • Perkembangan janin meyebabkan saluran darah kekawasan fibroid terhimpit dna proses kemusnahan sel sel fibroid berlaku
  • Penghasilan Prostaglandin, sejenis bahan kimia yg terhasil dari kemusnahan sel fibroid.

Harus diingat, peratusan ibu hamil yang mengalami kesakitan akibat fibroid ini bukanlah peratusan yg besar dan perlu dirisaukan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda di diagnose mempunyai fibroid. Saya nasihatkan anda cuba dapatkan SET KEHAMILAN Shaklee bagi menyokong nutrisi tubuh anda dan bayi. Nutrisi yang baik akan secara semulajadi menolak sel sel yang abnormal.

Oklah, cukup untuk entry hari ni….nanti saya sambung tentang komplikasi fibroid terhadap kehamilan pula ya….see you next chapter!

kak miah jual set hamil shaklee

0102333139 (wsp)

0192423139 (call)

{ 2 comments… read them below or add one }

Dila August 12, 2016 at 11:16 pm

fibroid kena jaga permakanan dan kesihatan, kalau tak habis satu badan nanti

Reply

azszua03 August 13, 2016 at 12:41 am

yer…kena jaga pemakanan yg paling utama…bykkan antioksida utk elak ketumbuhan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: