KOMPLIKASI FIBROID TERHADAP KEHAMILAN

by azszua03 on 13 August 2016

Ha…nak sambung cerita semalam…pasal fibroid tu…semalam citer general tentang apa itu fibroid dan punca2 kesakitan disebabkan fibroid semasa hamil, hari ni nak cerita tentang komplikasi fibroid terhadap kehamilan pulak. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua.

komplikasi fibroid, hamil bersama fibroid, fibroid, rawatan fibroid, uri bawah, plasenta privera, keguguran disebabkan fibroid, keguguran spontan

Kes Fibroid semasa hamil mmg selalu ditemui. Sebenarnya fibroid sudah ada sebelum kehamilan lagi, cuma semasa membuat imbasan ultrabunyi bagi wanita hamil, waktu itulah fibroid dikesan. Antara 10 hingga 30% dari kes fairoid semasa hamil memberi komplikasi terhadap kehamilan. Dua waktu komplikasi yang sering terjadi ialah

Komplikasi di awal kehamilan

  • Keguguran

Kadar keguguran spontan meningkat sekali ganda bagi wanita yang mempunyai fibroid berbanding dengan wanita yg tidak mempunya fibroid semasa hamil. Bagaimana fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran spontan masih belum ada kajian yang jelas. Walau bagaimanapun, ia dikaitkan dengan kekerapan kontraksi rahim  yang disebabkan kehadiran firoid. Selain itu ia juga dikatakan berkait dengan kesan tekanan fibroid terhadap janin dan juga bekalan darah kepada uri dan janin yg terjejas.

  • Pendarahan ketika awal kehamilan

Pendarahan diawal kehamilan bagi kehamil degan fibroid ditentukan oleh lokasi dimana uri dan fibroid berada. Sekiranya uri melekat dikawasan yang hampir dengan fibroid ia akan meningkatkan potensi pendarahan diawal kehamilan. Sebaliknya jika lokasi fibroid dan uri berlainan.

Komplikasi di hujung Kehamilan.

  • Kelahiran Pramatang

Fibroid meningkatkan risiko bersalin awal atau pra matang berbanding hamil tanpa fibroid. Risiko ini meningkat sekali ganda sekiranya bilang firoid lebih byk dan berhampiran dengan uri.

  • Pendarahan Uri (Placenta abruption)

Ada kajian yang mengaitkan pendarahan uri disebabkan fibroid. Kajian ini menunjukkan risiko uri berdarah meningkat 3 kali ganda terutama wanita yang hamil dan urinya melekat pada fibroid. Secara logiknya juga bila kita fikirkan apabila uri melakat pada fibroid akan menyebabkan uri cepat lekang dan berdarah

  • Uri bawah (Plasenta privera)

Dua kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai fibroid berisiko mengalami plasenta privera  atau masalah uri kebawah. Apabila kawasan dinding rahim dihuni oleh fibroid, uri lebih terdorong untuk melakukan pelekatan dibahagian bawah.

  • Ganggu tumbesaran janin dan kedudukan mungkin tidak normal

Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi masih terdapat risiko ini. Dimana janin terpaksa berhimpit di dalam rahim bersama fibroid. Ini mungkin menyebabkan saiz bayi sedikit kecil. Ada kes terpencil yang mana wanita memiliki size fibroid yg besar menyebabkan bayi yang dikandung mengalami kecacatan struktur tubuh seperti tempang.

Itulah tadi komplikasi komplikasi yang boleh berlaku kepada wanita hamil yang mempunyai fibroid. Ngeri lak rasanya kan? apa2pun, fibroid ni boleh dicegah melalui pengambilan supplemen dan juga penjagaan pemakanan. Cuma ketika hamil, rawatan adalah terhad dan hanya dengan langkah pengambilan ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan. Tetapi jika anda tidak hamil, anda boleh mencuba berikhtiar sebagaimana ikhtiar mengecutkan cyst.

berjumpa di entry seterusnya nanti ya!

{ 2 comments… read them below or add one }

mama August 13, 2016 at 11:39 pm

Sangat berguna info ni…

Reply

azszua03 August 16, 2016 at 3:22 pm

tq mama

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: