10 MAKANAN PENTING UNTUK TUMBESARAN ANAK

by azszua03 on 18 August 2016

Assalamualaikum kawan kawan…

Malam ni saya nak cerita tentang pemakanan bagi membantu tumbesaran kanak kanak. Bila kata tumbesaran….bermakna perkembangan minda dan pertumbuhan fizikal seseorang kanak kanak.

Terdapat beberapa jenis makanan yg membantu tumbesaran kanak kanak boleh mula disediakan semenjak kanak kanak itu boleh menerima “solid food”. Kebiasaannya berumur 6 bulan keatas sudah boleh mula erkenalkan sedikit demi sedikit. Walau bagaimanapun proses pengenalan terhadap satu satu jenis makanan perlu dilakukan dengan sabar. Kemungkinan besar kanak kanak mempunyai tabiat “eat picker” dan kurang berminat untuk makan. Bab susah nak makan ni nanti saya kupas di entry lain wokey…Apapun, ketika usia kanak kanak 2 tahun hingga 12 tahun adalah usia terpenting tumbesaran terutama perkembangan minda mereka. Berikan yg terbaik.

Jom saya perkenalkan 10 jenis makanan yg bagus untuk pertumbuhan kanak kanak :

1. Telur

Telur ialah makanan yang paling mudah ditemui dan paling mudah untuk disajikan kepada anak anak. Telur mempunyai kandungan protien dan vitamin yang tinggi dan merupakan salah satu makanan sumber Kolin yang tinggi juga. Kolin ini membantu dalam perkembangan otak. Jadi, berikan anak anak telur untuk perkembangan minda yang baik. Telur biasanya disajikan dengan pelbbagai cara, rebus, goreng atau omelet atau dimasak didalam sup dan gulai. Pastikan telur menjadi pilihan anak anak anda.

2. Buah beri

Buah Beri terdapat pelbagai jenis. Strawberry, mulberi, blueberi yg dikategorikan sebagai buah beri. Buah buahan beri ini kaya dengan vitamin seperti vitamin C, tinggi dengan antioksidan dan beberapa lagi fitokimia penting. Pengambilan buah beri ini secara konsistan boleh meningkatkan imun sistem tubuh anak anda sekaligus melindungi dari kerosakan sel disebabkan radikal bebas. Buah beri ini boleh diihidangkan kepada anak sebagai topping ais krim, bijirin, yogurt, pankek tau dimakan begitu shj.

3. Ikan

Semua sedia maklum bahawa ikan adalah sumber protien dan mineral yang tinggi.  Protien penting bagi mebina sel sel baru serta membina tulang yang sihat. Sesetengah ikan seperti salmon, tuna, dan sardin mengandungi asid lemak Omega 3 yang tinggi. Asid lemak Omega 3 sgt penting untuk perkembangan otak, mata dan juga saraf anak anak. Sajikan ikan dalam makanan mereka bersama nasi, bubur atau karbohidrat yang lain bagi memvariasikan rasa. Ibu ibu harus bijak menarik perhatian supaya anak tidak memilih hanya apa yg dia suka shj, tetapi pilih yang berkhasiat dan memberi manfaat pada mereka.

4. Daging

Daging juga tinggi dengan protien. Selain itu ia juga sumber zat besi yg penting untuk tumbesaran anak anak. Satu hidangan sekali seminggu bersama dengan ikan. Perkembangan minda anak juga berkait rapat dengan sumber zat besi yg diterima oleh tubuh anak. Sepotong daging lembut yg dimasak bersama bubur nasi atau dibuat sup pastinya sgt menyelerakan anak anda.

5. Brokoli

Ini sayur kegemaran anak saya iesya. Mmg sentiasa ada stok dlm fridge. Hehehe…buat sup ataupun kukus shj sudah mencukupi utk dia.Brokoli sgt tinggi nutrisi dan juga fibre. Pengambilan brokoli boleh mengelakkan kanak kanak dari sembelit. Brokoli boleh dimasak dengan pelbagaicara bagi memastikan khasiatnya kekal sewaktu dimakan. Antaranya ialah dengan cara kukus, celur ataupun panggang sebentar diatas api selain dibuat sup.

6. Mentega kacang

Mentega kacang mengandungi lemak tak tepu. Ia bagus sebagai protien dan juga nutrisi utk perkembangan otak anak anak. Namun, haruslah memilih mentega kacang jenis yang tidak mengandungi gula, garam lemak kelapa sawit yg tinggi, lemak terhidrat kerana ia akan mengurangkan kualiti nutrisi.

7. Keju

Keju adalah sumber kalsium dan fosfor yg paling mudah untuk diambil oleh anak anak. Ia juga digemari kerana rasanya. Kalsium dan fosfor menggalakkan proses pertumbuhan tulang anak2. Keju boleh disajikan kepada anak2 dengan menjadikan ia topping pada nasi, speggeti dan lain2.

8. Gandum

Gandum mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia bagus itk sistem penghadaman anak anak. Pengambilan gandum dapat mengelakkan anak anak dari masalah sembelit. Ia juga mengenyangkan. Berikan biji gandum atau biskut gandum kepada anak anda sebagai kudapan. Bijaklah memvariasikan makanan anak anda.

9. Susu

Sebagaimana keju, Susu juga sgt penting diambil oleh anak anak. Ia adalah sumber kalsium utama untuk anak. Diawal proses tumbesaran, kalsium adalah sgt penting untuk pembentukan tulang dan otot yg kuat. Sumber kalsium paling mudah diambil ialah susu. Tetapi jika anak anda belum mencapai 2 tahun pastikan susu yg diberi bukan susu skim atau susu rendah lemak kecuali berat badan anak anda berlebihan. Susu boleh dijadikan sebagai sarapan yg ringkas dan mudah. Sajukan bersama biji atau biskut serta dicampurkan bersama buah buahan yg  dipotong potong kecil.

10. Buah dan sayuran berwarna cerah

Buah buahan yg memiliki warna cerah seperti tomato, lobak merah, betik dan labu mempunyai kandungan beta karotina yang tinggi. Beta karotena ni akan berubah menjadi Vitamin A dalam tubuh bila diambil. Semua sedia maklum Vitamin A sgt penting untuk kulit dan kesihatan mata. Berikan anak anda buah buahan ini sebagai kudapan atau campurkan dalam masakan.

Demikian tadi 10 jenis makanan yg perlu anda perkenalkan dan amalkan untuk anak anak anda. Setiap satu mempunyai kelebihan masing masing. Dan pastinya makanan makanan ini jika diambil secara konsistan dan mencukupi, masalah sembelit atau kekurangan nutrisi anak akan dapat dielakkan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: